452 views 7 comments

10 Aplikasi Dan Permainan Yang Telah Dicuba Pada Nokia E7 #Maxis10

by on Mar 20, 2011
 

Sudah hampir 2 minggu Nokia E7 berada ditangan aku, pelbagai aplikasi dan permainan yang telah aku cuba. Ada yang ok, ada yang tak. Semuanya terpulang pada cita rasa seseorang itu la kan. Begitu juga dengan harga, ada yang perlu dibayar, ada juga yang boleh dimuat turun secara percuma. Jadi untuk entri kali ini aku akan memberitahu pada korang apakah aplikasi dan permainan yang menjadi kesukaan aku dan telah aku cuba gunakan pada Nokia E7 yang dikuasakan oleh Symbian^3 OS ini.

Aplikasi

Twitter

Aku adalah salah seorang yang agak addict dengan Twitter. Dulu sebelum E7 ini berada ditangan aku hanya online di twitter hanya bila berada dirumah. Tetapi sekarang tidak lagi. Aku boleh tweet dimana sahaja sekarang. Jadi dengan Nokia E7 ini aku menggunakan Gravity untuk ber’tweet’. UI nya pun mudah digunakan. Selain dari Twitter, korang juga boleh log masuk kedalam akaun Facebook dan Foursquare. Nak berkongsi gambar dengan Twitpic pun boleh. Oh ya, hampir terlupa plak nak mention, Gravity ni aplikasi berbayar, tetapi korang diberi tempoh 10 hari untuk menggunakannya. Cuba dulu, kalau berminat boleh la beli.

Muat Turun Gravity

Muat turun Gravity 10-Days Trial | Gravity Full Version

Jika korang memilih untuk menggunakan aplikasi yang percuma dan hanya untuk Twitter, aku sarankan korang mencuba TwimGo. Aplikasi ini juga mempunyai UI yang menarik dan mudah untuk digunakan. Aplikasi TwimGo ini belum lagi dimasukkan didalam Ovi Store. Tetapi ia memang direka untuk Symbian^3 dan bukan sahaja untuk Nokia E7.

Muat Turun TwimGo

Muat Turun TwimGo untuk Symbian^3

Facebook

Mesti korang mempunyai Facebook kan. Kadang-kadang korang bukan ada depan komputer masing-masing. Jadi dengan aplikasi Snaptu, korang boleh log masuk ke akaun Facebook korang menggunakan Nokia E7 nie. Walaupun aplikasi ini tidak la secanggih aplikasi Facebook yang ada pada iPhone, Android dan Blackberry, tetapi ia sudah cukup untuk aku dapatkan berita/kemaskini terbaru rakan-rakan aku di Facebook. Snaptu ini, bukan sahaja Facebook sahaja yang korang boleh login, pelbagai lagi laman social yang korang boleh log masuk. Antaranya, Twitter, Friendster, dan Orkut. Nak baca email, nak upload gambar pun boleh juga. Menarik kan. Snaptu nie percuma je. Tak payah bayar-bayar. Aplikasi dia pun kecik jerk. Kejap jerk dah siap download.

Muat Turun Snaptu melalui Ovi Store

Selalunya aku akan bukak Facebook pakai Ovi tak pun pakai Facebook Touch

Browser

Seriously aku tak bekenan langsung dengan browser yang ada kat Nokia E7 nie. Masa dapat pun terus aku download Opera Mobile. Opera Mobile? Bukan ke Opera Mini? Kedua-duanya berlainan. Menurut seorang Geek yang bernama Aman Firdaus, Opera Mini lebih ringkas dari Opera Mobile. Nak tau betul ke tak, ko bukak la link yang aman bagi tu. http://goo.gl/l26km Mana-mana version pun takpela.. Janji fungsi best ye tak.

Muat Turun Opera Mini 5.1/Mobile 10.1

Battery Monitor

Aplikasi Battery Monitor nie bukanlah aplikasi yang boleh menjimatkan bateri korang pun. Ia hanya mengeluarkan statistik berapa lama telefon korang boleh hidup. Agak menarik gak la apps ni sebab siap ada statistik penggunaan bateri/telefon dalam masa satu hari.

Muat Turun Nokia Battery Monitor via Ovi Store

Aplikasi Kemera

Mungkin korang tidak tahu, kamera Nokia E7 ini tidak mempunyai fungsi AutoFokus walaupun ia menggunakan kamera 8MP. Jadi gambar yang dihasilkan agak kabur dan kadang-kala banyak noise (member aku la cakap, dia budak DSLR). Bagi pengguna yang hanya menggunakan kamera biasa-biasa saja, aku rasa blur ngan noise sume tue korang pun tak perasan. Yela, aku sendiri takde seni untuk menilai sesebuah kualiti kamera dan gambaryang dihasilkan tue. Cukup la sekadar setting untuk kemera yang sedia ada. Selain tu korang juga boleh download apps yang menggunakan kemera, sebagai contoh app Nokia Panorama.

Nokia Panorama

Apps Nokia Panorama ni memang best. Boleh buat gambar panorama tanpa perlu menggunakan aplikasi luar di windows. Aku tahu pasal apps nie pun masa Khai buat review pasal Nokia N8. Tak perlu la aku bercerita panjang. Korang download dan cuba sendiri. Mesti korang suka punya. Kat bawah ada contoh gambar panorama yang aku cuba buat. Klik untuk lihat gambar pada resolusi sebenar.

Muat Turun Nokia Panorama

Hmm.. Aku rasa dari dua gambar kat atas nie, korang dah boleh bandingkan kualiti gambar dari E7 ni. Gambar atas aku ambik masa tengahari, dan gambar bawah aku ambik dalam kul 8.30 malam kat Stesen LRT Hang Tuah

Quick Office & Adobe PDF

Disebabkan Nokia E7 ini disasarkan untuk pengguna yang berada dikalangan ahli perniagaan atau eksekutif, kedua-dua aplikasi diatas memang diperlukan. Korang tak perlu memuat turun aplikasi ini kerana ia telah pun dipasang pada setiap unit Nokia E7. Walaupun aku bukanlah berada dikalangan eksekutif mahupun ahli perniagaan, tetapi, aplikasi ini memang membantu aku sebagai seorang pelatih di Malaysia Airlines. Format yang aplikasi ini menyokong adalah doc, docx, ppt, pptx, xsl, xslx, dan pdf.

Permainan/Games

Tom Clancy’s H.A.W.X HD

Permainan ini adalah permainan berbayar. Aku membelinya kerana ingin mencuba pada Nokia E7. Ternyata Nokia E7 mampu mengendali permainan yang bersaiz hampir 150MB ini dengan lancar. Tindak balas Accelerometer/Gyro yang terdapat pada Nokia E7 ini amat sensitif. Ia memberikan kesan yang sebenar untuk seperti betempur diudara. Permainan ini menyerupai permainan di PC. Jadi siapa yang pernah main di PC, korang pasti akan berminat untuk mengalami pengalaman bermainan di Nokia E7.Permainan ini berharga RM 6.00 dan ia amat berbaloi-baloi.

Muat Turun Tom Clancy’s H.A.W.X HD

Tetris

Untuk pengguna Nokia E7/Ovi Store yang berada di Malaysia, aplikasi ini boleh dimuat-turun secara percuma kerana ia telah ditaja oleh Nokia. Cara permainan ia tidak berubah, masih sama seperti brick game yang mungkin korang pernah miliki.

Muat Turun Tetris Free (SEAP)

The Sim 3 Free (SEAP)

Aku rasa tak perlula kot aku bercerita permainan The Sim 3 pasal apa. Mungkin majoriti dari korang tahu apakah game nie. Seperti Tetris, The Sim 3 ni juga boleh dimuat-turun secara percuma oleh pengguna Ovi Store Malaysia. Tempoh adalah terhad. Download sebelum terlambat.

Muat-turun The Sim 3 Free (SEAP)

Selain permainan yang disenaraikan, aku ada juga memuat turun permainan Angry Bird, Fruit Ninja, dan lain-lain. Apasal la Need For Speed Shift takde untuk E7 ye…

comments
 
Leave a reply »

 

Leave a Response