10 Tips Penjagaan Bateri Komputer Riba

Ditulis oleh

Bagi pengguna komputer riba atau laptop, penggunaan bateri adalah satu kemestian jika tiada bekalan elektrik. Adakah korang tahu jangka hayat sesebuah bateri bergantung kepada penggunaan harian korang? Untuk memastikan bateri itu boleh digunakan dalam jangka masa yang lama memerlukan korang tahu cara penjagaannya. Dan hari ini aku ingin berkongsi pada korang semua bagaimana cara untuk memanjangkan hayat sesebuat bateri dan prestasi bateri tersebut. Bagi sesiapa yang tidak menjaga bateri laptop mereka, korang perlu tahu berapakah harga sesebuah bateri tersebut di Malaysia dan dimanakah boleh mendapatkannya. Jadi, jom ikut tips yang penjagaan bateri yang boleh korang praktikkan seperti dibawah.

Sebelum terlupa, sebelum ini aku pernah tulis entri tentang cara-cara untuk korang memeriksa prestasi bateri laptop korang. Sebabnya, bateri laptop akan berkurangan apabila kerap digunakan. Jadi untuk mengenal pasti berapa peratus yang tinggal, meh ke entri dibawah.

Periksa Bateri Laptop Menggunakan Command Prompt

1. Charger/AC Power

Jika korang berada dirumah, memang digalakkan untuk korang menggunakan AC Power selain dari menggunakan sumber elektrik yang datangnya dari bateri. Carilah tempat yang berdekatan dengan sumber elektrik sebelum menggunakan laptop. Kalau boleh bila pakai plug, tanggalkan bateri dari laptop.

2. Kawal Suhu Laptop

Jika korang menggunakan bateri, pastikan suhu laptop korang tidak terlalu panas. Jika suhu laptop korang terlalu tinggi/panas, ini akan menyebabkan kipas dibahagian bawah laptop korang berpusing lebih pantas daripada biasa. Selain daripada itu, korang perlu memastikan ruang pengudaraan tidak terhalang dengan kotoran ataupun terlalu rapat dengan permukaan meja/alas laptop. Ini akan menyebabkan udara panas yang terhasil dari laptop akan berada disekitar itu sahaja. Sebaik-baik, condongkan laptop korang untuk memberi ruangan udara yang luas.

3. Kawal Kelajuan CPU

Korang boleh mengawal/mengurangkan kelajuan CPU semasa menggunakan bateri. Untuk melakukan sedemikian, korang perlu ke Control Panel dan pilih Power Options. Korang boleh memilih samaada untuk menggunakan pilihan Balanced, Power Saver atau pun Custom (Change Plan Settings).

4. Tambah RAM

Kekurangan RAM juga boleh menyebabkan jangka masa penggunaan bateri berkurang. Ini kerana jika RAM mengalami ‘Low Amount’, CPU akan membuat satu virtual memory didalam hard disk. Jika CPU perlu mengakses virtual memory yang terdapat didalam hard disk tersebut, ia memerlukan sumber kuasa yang banyak.

5. Guna Hibernation Mode

Jika korang mahu meninggalkan laptop korang dalam keadaan terpasang, aku cadangkan korang guna Hibernation Mode. Jika korang hanya melakukan Standby, penggunaan kuasa lebih banyak jika dibandingkan semasa laptop didalam keadaan Hibernate.

6. Kurangkan Kecerahan Skrin

LCD screen dan hard disk adalah komponen yang menggunakan kuasa elektrik paling banyak jika dibandingkan dengan komponen lain. Matikan skrin LCD korang jika tidak menggunakannya. Selain itu, korang boleh mengurangkan kecerahan skrin tersebut melalui kekunci tambahan yang terdapat pada laptop. Ia akan mengurangkan penggunaan bateri dan dapat menjaga mata korang juga.

7. Kurangkan Penggunaan Hardware Dalaman

Apa yang aku maksud hardware dalaman? Ianya adalah peranti bluetooth, wireless, dan infrared. Jika tak guna, matikan. so, jimat sikit bateri. Boleh pakai lama.

8. UnPlug Peranti Luaran (External Device)

Penggunaan external hard disk, USB drive, USB keyboard dan USB mouse, adalah salah satu punca yang mempercepatkan lagi pengurangan kuasa bateri. Jadi, kalau nak guna dalam jangka masa yang lama, unplugkan ia. Kalau boleh mouse tue, tak payah la cucuk, pakai touchpad je.

9. Matikan Jadual Tugasan (Scheduled Tasks)

Apa yang aku maksudkan dengan jadual tugasan tue. Bunyinya cam kelakar plak. Hm. Dipendekkan cerita, matikan semua kemaskini/update yang sedang berjalan. Ini kerana, untuk mendapatkan kemaskini terbaru terhadap aplikasi tersebut, ia menyemak data yang telah dipasang pada sistem korang. Jadi, lebih banyak kerja yang dilakukan, lebih banyak kuasa akan dihabiskan.

10. Matikan Aplikasi Yang Tidak Perlu

Ini yang terakhir dan memang penting. Pastikan korang matikan aplikasi yang tidak digunakan untuk mengurangkan bebanan kepada CPU. Lebih banyak bebanan CPU, lebih banyak kuasa bateri digunakan. Semak pada System Tray untuk memastikan aplikasi yang perlu sahaja. Selain itu, Elakkan penggunaan aplikasi yang memerlukan pemprosesan yang tinggi. Bermain permainan yang memerlukan grafik, audio, RAM, dan kekunci harus dielakkan semasa dalam mode bateri.

Cukuplah 10 tips penjagaan bateri laptop/komputer riba. Diharap tips ini dapat memanjangkan jangka masa bateri dan prestasi bateri tersebut.

Komen

  • aku jarang gila guna bateri..selalu guna lektrik je..lagi satu..kalau guna lektrik…lebih baik cabut bateri siap2.. :villian:

    aizuddin Nov 27, 2010 9:54 pm Reply
    • aku pun cabut… :grin:

      Mr Piratz Nov 27, 2010 9:55 pm Reply
      • herm..tp btol ker kner cabot?? service centre ckp,xyah..laptop lame jer kner cabot,laptop skunk dah siap ngan current cut off kalau bateri dah penuh time guner AC

        putraz Nov 28, 2010 4:22 pm Reply
        • camne nak tau laptop tue lama ke baru, dia ada bagitau tak… tak cabut pun takpe.. aku cabut taknak bagi bateri tu panas.. so kalau panas, die akan heat casing then mobo..

          Mr Piratz Nov 28, 2010 4:27 pm Reply
    • klo gne letrik…lebih baik cabut bateri…itu mmg saya tau…tp bateri yg kte cabut tu mst dlm keadaan bercas @ xd cas lgsg…

      pak angah Nov 28, 2010 1:12 pm Reply
  • urm aku plug out terus je..
    bateri aku ni macam tak best je performance dia..<–ayat..haha

    syahrilhafiz Nov 27, 2010 10:00 pm Reply
    • kadang2, kena bawak.. untuk bagi cantik.. haha.. :P
      kalau tak nampak rompong jerk.. tak syok..

      Mr Piratz Nov 27, 2010 10:03 pm Reply
      • haha! memang tak syok nampak laptop rompong memanjang…
        entah ak pun blurr ni :amazed:

        syahrilhafiz Nov 28, 2010 10:03 am Reply
  • aaaaaaaaa battery aku kong

    sickchild72 Nov 27, 2010 10:07 pm Reply
    • uih.. dalam sejarah aku nampak ko komen.. kalau dah kong ape boleh buat..

      Mr Piratz Nov 27, 2010 10:08 pm Reply
      • masuk tong sampah jelah :laugh:

        salam Mar 9, 2011 9:21 pm Reply
  • parh..nice tips..betry laptop yg skrg aq pakei mcm lingkup ja..cabut ja plug cas, x smpai seminit laptop terpadam..hmm..

    naem Nov 27, 2010 10:23 pm Reply
  • normal bettery boleh tahan berapa tahun yek??

    Cipot Cedot Nov 27, 2010 10:45 pm Reply
    • dalam 3-4 tahun sebelom kong.. tu dari pengalaman sendirik la. kadang2 boleh sampai 5-6 tahun… tengok model…

      Mr Piratz Nov 27, 2010 10:51 pm Reply
  • erm patutla bateri cepat kong..hehe

    zik Nov 27, 2010 10:54 pm Reply
  • selalu pun tak pakai bateri..

    terus cucuk suis elektrik..

    naimulfirdaus Nov 28, 2010 8:47 am Reply
  • tak pernah lagi rasanya lappy aku ni dok sorang2 tanpa bekalan letrik…huhu

    MuJE Nov 28, 2010 10:52 am Reply
  • bagus semua info ni bro
    aku tolong sharekan sekali ek

    wazy Nov 28, 2010 3:20 pm Reply
  • aku pakai laptop tak sampai sethn dah jahanam..gara2 online time ada kiat…ceh

    Piston Pecah Nov 28, 2010 7:41 pm Reply
  • oitttt…nk tanye nih..hehe :smile:

    leh x kalo lptop tgah cas letrik..pas tu cabut bateri cam tu jek dlm keadaan tgah bercas..
    de effect pape x kat bateri??hehe :grin:

    cikniza Nov 29, 2010 12:53 am Reply
    • aku selalu buat camtu.. eheh.. tahla niza…

      Mr Piratz Nov 29, 2010 5:22 pm Reply
      • hahahhaaaa…aku ingat kn ko tau…rupenye ko pun wat gak cam tu..heheh :laugh:

        cikniza Nov 29, 2010 6:06 pm Reply
  • Memanjang jangka hayat bateri amat kritikal apabila tidak ada sumber elektrik. Pada zaman sekarang kebanyakkan laptop mempunyai bateri management sendiri akan automatik berubah seiring dengan load dan baki voltage.

    akubiomed Nov 29, 2010 5:50 pm Reply
  • artikel yg baik…. aku sebagai kawan memyokong ko dr belakang…syabas…. :party:

    Taufik Mansor Nov 30, 2010 7:11 pm Reply
  • hai piratz.. 1ft time bace blog ni n first time komen.thanks a lot bagi info yang sangat2 berguna ni.saya ni dah 3tahun pakai laptop ni baru nak cari cara2 pergunaan yang btul.hikhik..
    nak tanya sikit boleh?
    1: knp bila saya cabut bateri lepas cas atau masukkan bateri masa lap top tengah on cam awk n cik niza buat tu laptop saya hang?( jadi camni sejak minggu saya beli laptop ni). :sad:

    2: kenapa sekarang skrin laptop ni kuar cahaya hijau2? lid dia nak rosak ke?

    3:ha! lupa jap soalan nye tadi.hehe.. berapa lama jangka hayat normal bateri? biasa bila saya guna mode power saver pastu saya kecikkan segalanya cam cpu speed, bateri saya leh tahan sejam lebih je.kadang2 2jam. :bored: xbest guna bateri.

    untuk pengetahuan awak saya mmg jarangggggggg sangat guna bateri tu.nyampah sebab mudah hang n bateri abis cepat.
    ok sekian terima kasih.. semoga awak sudi jawab soalan sengal ni..lama dah kekeliruan ni dlm benak saya. :grin:

    maiza Dec 1, 2010 1:06 pm Reply
    • lupe nak cakap. laptop saya adalah
      :jenama acer
      :model aspire 4920G
      : intel centrino duo

      betul ke orang cakap laptop ni boleh tahan paling lama 3tahun je?
      ha 1 lagi, sbenarnya lcd laptop ni pernah ditukar dulu. sbb skrin dia tukar jadi putih2. skrg tukar jadi hijau lak. :cry:

      maiza Dec 1, 2010 1:19 pm Reply
    • 1. mungkin laptop ko tak boleh buat macam tue. Sebenarnya tak elok.. Tetiba power putus..

      2. LCD jadi warna hijau? kehijau2 an ke pe?

      3. tengok pada usage gak.. laptop aku pun paling lama bateri boleh tahan 2jam gak

      Mr Piratz Dec 1, 2010 5:57 pm Reply
  • klau cabut bateri time psng unplug, xpsal2 time gune eliktrik putus,terpdm terus lah laptop tu,,kantoi lah gtu…

    salam Mar 9, 2011 9:23 pm Reply
  • Pingback: *10 Tips Penjagaan Bateri Komputer Riba* « …..SONATA Rindu…..

  • :laugh: :laugh: :kiss: Thanks atas tip yg begitu berguna ini.. Tp sy ada satu soalan, dan ingin meminta pandangan daripada anda.. Skg sy mnggnakan 2GB RAM, boleh berikan khidmat nasihat dlm sy ingin meningkatkan RAM sy.. … Terima ksh byk2

    Mohd Rifaat bin Hussin Aug 19, 2011 3:32 pm Reply
  • Bagus threat ni…:laugh:

    CT Apr 20, 2012 6:58 pm Reply
  • wahh.. terima kasih informasinya

    Akulah.com Apr 23, 2012 10:41 am Reply

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *