728 views 91 comments

11 Sebab Kenapa Self-Host WordPress Lebih Baik Daripada Blogspot

by on Aug 17, 2010
 

Seperti yang korang tahu, pada 1 Mei lalu bermulalah pejalanan aku sebagai blogger yang menggunakan self-host WordPress. Oleh yang demikian, blog aku yang di’host’kan di Blogspot (http://mrpiratz.blogspot.com) telah ditutup sepenuhnya bermula dari tarikh tersebut. Begitu banyak email yang aku terima bertanyakan apakah kelebihan WordPress jika dibandingkan dengan Blogspot. Dan hari ini aku tergerak untuk menulis beberapa sebab yang terlintas difikiran dan diciplak ideanya dari blog lain, untuk dikongsikan pada korang semua tentang kelebihan WordPress. Mungkin topik ini akan mengundang kemarahan pengguna Blogspot, tetapi dengan secara jujurnya ini adalah hanya pendapat peribadi aku mengenai WordPress dan Blogspot. Bukan niat untuk memandang rendah Blogspot, tetapi hanya untuk menjelaskan kepada sesiapa yang bertanya dan ingin tahu apakah kelebihan WordPress. Aku pun pernah guna Blogspot tau.

Seperti yang korang tahu, WordPress juga menawarkan platform blogging percuma melalui WordPress.com, tetapi mempunyai WordPress yang dihost sendiri ternyata memberi pengalaman yang baru untuk diri aku. Ini kerana korang mengeluarkan wang untuk meng’host’ sendiri blog tersebut dan memupuk sikap professional dalam penulisan blog. Jadi dibawah adalah 11 sebab kenapa aku mengatakan Self-Host WordPress lebih baik daripada Blogspot.

1. Branding, Hak Milik dan Hak Cipta.

Dengan WordPress, korang mempunyai pemilikan penuh keatas blog dan isi kandungannya. Korang mempunyai domain & server sendiri, dan kurang risiko keatas gangguan luar yang disebabkan platform blog korang disekat. Apa yang aku mahu maksudkan adalah, dengan Blogger korang tidak mempunyai hak milik penuh terhadap blog tersebut kerana korang termasuk dibawah kawalan Admin Blogspot. Dengan Blogspot, korang boleh disekat dari mengakses terus ke blog korang ataupun disekat secara sementara apabila kandungan blog korang melanggar peraturan yang dibuat oleh Blogger. Cuba korang bayangkan, tanpa membuat sebarang ‘backup’ terhadap blog, hasil usaha korang menulis akan hilang kesemuanya dan tiada satu pun yang akan ditinggalkan. Tetapi dengan WordPress, korang boleh melakukan backup secara automatik atau manual, lantas mempunyai pemilikan dan kawalan penuh terhadap blog.

2. Kawalan Penuh

Tiada sekatan fail tertentu yang ditetapkan pada blog korang. Ini kerana di Blogger korang tidak boleh meng’upload‘ file sesuka hati. Jadi, di WordPress, korang boleh mengupload apa jenis file yang korang mahu uploadkan. Ya, memang betul korang boleh menggunakan laman web perkongsian percuma seperti Mediafire, Hotfile, dan lain-lain. Tetapi, mereka juga mempunyai had dan peraturan yang perlu korang ikut.

3. Sokongan Plugin

Dengan mempunyai lebih daripada 10K plugin, Blogger memang tidak dapat menewaskan WordPress. Di Blogger, terdapat widget (nama yang digunakan untuk plugin) yang seakan sama seperti WordPress, tetapi ia terhad. Ditambah pula dengan tiada sokongan yang dibuat untuk widget tersebut melainkan widget yang dikeluarkan oleh Blogger Development Team. Tetapi, lain pula di WordPress. Jika korang mahukan sesuatu ciri terhadap plugin tersebut, mungkin korang akan dapat ciri-ciri yang seakan sama atau ciri yang lebin baik. Setting untuk plugin tersebut juga tidak memerlukan langkah yang sukar untuk digunakan oleh orang yang kurang arif dengan coding-coding pun boleh buat. Hari ini ribuan Plugin Developer berlumba-lumba untuk membuat plugin baru yang mempunyai ciri-ciri terbaru dan menarik. Ditambah pula dengan sokongan, undian dan ulasan, yang boleh dilihat melalui halaman Rasmi Plugin WordPress dapat membantu serba sedikit perkembangan plugin tersebut.

4. Pengurusan Code


Bagi aku di WordPress, pengurusan code untuk theme atau plugin lebih mudah daripada Blogspot. Jika korang seorang yang ‘quick learner‘ mungkin korang menjadi expert dalam mengubah ciri yang terdapat pada plugin. Disebabkan code tersebut menggunakan PHP, code dilihat terurus. Disebabkan setiap code diletakkan pada file yang berbeza, ia memudahkan korang untuk menambah/meng’edit‘ code tersebut di tempat yang dikhaskan dan tidak seperti di Blogger, template, css, scripts, widgets, code, meta keywords dan tracking codes disimpan atas satu file yang sama (XML) yang menyukarkan pengguna untuk mengubah atau menambah code yang sedia ada.

5. Privasi dan Sokongan Database.

Disebabkan korang mempunyai hosting, kesemua post, setting, dan option disimpan pada database yang mempunyai tables yang berbeza. Korang mempunyai access secara terus untuk melihat ke semua tables database, dari tables ke tables yang lain. Dengan cara ini korang boleh mengedit / menambah / memadam sesuatu dari mana saja yang korang inginkan. Dan sudah tentu database ini boleh disimpan oleh korang di tempat lain secara automatik mahupun manual.

6. Multi-Site dan Sokongan CMS

WordPress dianggap salah satu platform blogging yang terbaik untuk membuat sebuah blog yang  mempunyai multi-author dan CMS (Content Management System). Dengan hanya memasang beberapa plugin, korang boleh menukar blog kepada CMS. Seperti yang dikatakan diatas, dengan sokongan plugin yang meluas, korang boleh menjadikan WordPress bukan sahaja blog, malah laman web  yang mengikut cara korang tersendiri. Sebagai contoh Nuffnang yang meggunakan source WordPress dan dijadikan halaman CMS. (Perbetulkan jika aku salah)

7. Theme dan Sokongannya

Di WordPress, korang boleh mendapatkan theme yang lebih baik semasa di Blogspot. Berdasarkan code PHP, theme tersebut lebih selamat, customizable dan serasi kepada semua jenis browser/pelayar internet. Sementara theme/template untuk blog Blogspot berdasarkan XML dan kebanyakannya adalah di inspirasi dan diconvert dari theme WordPress. Di WordPress, terdapat pelbagai theme premium yang menawarkan perkhidmatan jual beli theme yang mempunyai ciri-ciri tersendiri. Selain daripada mempunyai forum, sokongan/support dari pihak mereka, mereka juga dapat membantu korang mendapat sokongan penuh dan secara langsung mempunyai tempat untuk bertanya jika mempunyai masalah mengenai theme yang digunakan. di Blogger, jarang sekali mempunyai premium theme. Dan jika korang mempunyai masalah mengenai theme, korang perlu bertanya pada rakan-rakan blog mengenainya atau mengenal pasti masalah itu sendiri.

8. Pengurusan Kategori dan Tag

Di Blogger, korang boleh melabel posting blog dengan satu atau beberapa label untuk membezakan posting blog. Tetapi di WordPress korang bukan hanya boleh mengkategorikan posting blog tetapi juga boleh memasang “tag” dengan keyword yang berbeza. Search engine akan menggunakan tag di blog WordPress untuk menyajikan hasil carian yang lebih baik. Hal ini secara tidak langsung membantu Search Engine untuk mengindeks blog korang melalui tag, meningkatkan kemungkinan lebih banyak pengunjung dan meningkatkan paparan halaman jika pengunjung masuk ke blog korang untuk mencari bahan .

9. Custom Pages, Menus dan Widgets

Seperti yang korang tahu, baru-baru ini Blogger baru sahaja melancarkan halaman statik untuk pengguna bagi memudahkan pengguna mereka meletak halaman seperti About Me, Contact, dan sebagainya. Tetapi, di WordPress, ia telah wujud sejak mula ia dikeluarkan. Dengan mempunyai link yang agak mudah dan senang diingati contoh (http://domain.com/about). Berlainan pula di Blogspot, dengan menggunakan link yang agak sukar untuk diingati dan mempunyai permalink yang agak kurang user-friendly contoh (http://domain.blogspot.com/p/about.html). Selain itu, WordPress dapat mencipta menu dengan mudah, dan boleh membuat drop-down navigation menu untuk setiap link atau kategori. Bagaimana pula di Blogspot. Korang perlu mencari dan menempatkan secara manual code/javascript sebelum boleh menggunakannya.

Ciri-ciri lain yang menarik di WordPress adalah ” Page Template “, iaitu korang dapat membina laman statik atau blog post yang berbeza dari template asal/default. Korang boleh membuat halaman mempunyai kelebaran penuh, iaitu membuang sidebar atau bahagian footer dengan memilih template semasa membuat posting / halaman. Ciri ini benar-benar tiada di Blogger.  Walaupun Blogger juga boleh membuatnya, tetapi ia memerlukan perubahan besar keatas code template blog dan jika mungkin tersilap ia akan memusnahkan kesemua template blog korang.

10. SEO (Search Engine Optimization)

WordPress terkenal dengan fungsi SEO yang bagus dan pantas. Dengan tambahan sokongan Tag, enjin carian lebih mudah untuk menjelajah dan mengindeks kandungan blog. Korang boleh membuat halaman sitemap secara keseluruhan (termasuk arkib dan halaman statik) dan boleh membuat pilihan semasa menetapkan tetapan untuk egen pencarian mengindeks blog. Ditambah dengan bantuan plugin tertentu korang boleh membuat setiap posting dioptimumkan dengan memberi tajuk yang unik, menetapkan kata kunci meta, tatacara robot pada setiap posting.

Halaman Meta Kata Kunci, Search Engine kod meta boleh dipasang dan dikendalikan oleh antara muka pengguna yang ringkas. Bahkan tidak perlu membuka code untuk memasang mereka (seperti di Blogger). Dengan mempunyai perkhidmatan ping, ia akan menghantar ping kemaskini blog ke laman web ping popular secara percuma. korang juga boleh menambah perkhidmatan ping secara manual melalui pilihan/option yang terdapat didalamnya. Blog di Blogger tidak ada pilihan tersebut sama sekali dan perlu menggunakan khidmat dari pihak ketiga dan perkhidmatan ping blog secara manual.

11. Admin Dashboard

WordPress telah menyediakan all-in-one dashboard untuk memantau posting, status, komen, backlink, trackback, halaman statistik (menggunakan Google Analytics) dan banyak lagi. Membuat posting baru, balasan komen atau melakukan tugas-tugas lain  boleh dilakukan dari dashboard ini tanpa perlu kemana-mana. Tetapi di Blogspot ia mempunyai paparan yang sangat terhad. Untuk membalas komen, perlu ke halaman berbeza dan paparan komen yang agak kurang mesra pengguna malah ada pengguna Blogspot memilih untuk menggunakan perkhidmatan pihak ketiga seperti Disqus dan Intense Debate.

Note :

Berikut adalah pendapat aku sebagai penulis entri ini. Aku tidak dapat mengubah persepsi korang terhadap Blogger mahupun WordPress. Ini adalah sekadar untuk menjawab pertanyaan melalui email yang dihantar kepada aku daripada individu yang mahukan maklumat mengenainya. Tiada pembayaran/rasuah semasa entri ini ditulis.

Custom Pages, Menus and other Widgets

comments
 
Leave a reply »

 

Leave a Response