207 views 3 comments

20 Permainan Terbaik Pada Nokia N9

by on November 29, 2011
 

Kembali semula pada review Nokia N9. Harap maaf kerana aku lambat mengeluarkan review ini kerana aku teramat sibuk dengan praktikal. Disebabkan hari ini aku cuti, aku akan cuba siapkan kesemua review. Untuk memudahkan korang membaca, aku akan membahagikan review ini ke beberapa bahagian. Mesti korang tertanya-tanya, untuk MeeGo terdapatkah permainan yang menarik untuk dibuat untuk Nokia N9. Bagi aku, banyak juga permainan yang dibuat, tetapi ianya masih lagi belum dapat menyaingi bilangan aplikasi yang menggunakan sistem operasi lain. Jika korang kata permainan untuk sistem operasi Symbian sukar didapati, jadi untuk MeeGo lagi la payah nak cari. Mungkin korang menggunakan telefon pintar Nokia N9 ini bukan untuk memasang permainan, tetapi kadang-kadang ianya perlu untuk mengisi masa lapang. Takde la cepat bosan dengan telefon pintar tersebut.

Dibawah adalah 20 permainan yang telah aku cuba pada Nokia N9 ini. Sebenarnya banyak, tetapi ini adalah antara 20 permainan yang terbaik bagi aku. Aku akan bahagikan permainan ini kepada 2 bahagian, iaitu berbayar dan percuma. Kita mulakan pada permainan percuma dulu la kan.

Entri ini mungkin panjang dan mengambil masa yang lama kerana lebih dari 20 gambar perlu dimuatkan

Permainan Percuma

Untuk permainan percuma, korang hanya perlu log masuk ke dalam Store, lakukan carian terhadap permainan tersebut. Seterusnya muat turun permainan dan mulakan bermain apabila ia sudah siap dipasang. Proses pemasangan akan dijalankan secara automatik.

1. Angry Birds Free with Magic


Untuk permainan ini korang tidak perlu memuat-turunnya, kerana ianya sudah dilengkapi didalam telefon pintar Nokia N9. Cara permainan masih sama seperti versi yang lain. Tetapi yang uniknya, korang boleh berkongsi level bersama rakan melalui fungsi NFC. Jika korang tidak sengaja membuang aplikasi ini, korang boleh mendapatkan semula aplikasi ini dengan memuat turunnya di Nokia Store.

http://store.ovi.com/content/211484

2. Galaxy on Fire 2


GoF2 ini juga didatangkan secara percuma bersama unit Nokia N9 sama seperti Nokia N9. Permainan ini berkisahkan seorang veteran perang yang cuba menyelamatkan alam semesta dari ancaman makhluk asing. Seriously aku sangat tak reti nak main permainan ni. Rakan aku ada mencubanya dan mengatakan aplikasi ini berjalan lancar pada Nokia N9.

http://store.ovi.com/content/215930

3. Real Golf 2011


Jika tidak silap aku, aplikasi Real Golf 2011 ini juga didatangkan secara percuma pada Nokia N9 ini. Bermain permainan ini sedikit sebanyak menambah pengetahuan aku mengenai cara pengiraan mata permainan golf. Biar pun pada permainan aku amatlah hebat sehingga boleh melakukan ‘hole in one’ tetapi ianya hanya sekadar di permainan ini. Kalau direalitinya aku masih terfikir-fikir adakah terdapat club (kayu golf) untuk orang kidal seperti aku.

Untuk permainan ini aku tidak menjumpai sebarang link yang berkenaan dengan Nokia Store. Mungkin ianya ditawarkan didalam bentuk kemaskini MeeGo

4. Need For Speed Shift


Semasa aku mendapat unit Nokia N9 ini, permainan Need For Speed Shift sudah pun dipasang kedalamnya. Aku cuba mencari maklumat mengenai permainan ini samaada ianya diberi secara percuma ataupun tidak. Aku tidak pasti. Jadi aku letakkan dulu permainan ini didalam bahagian percuma. Pengalaman bermain Need For Speed Shift pada beberapa peranti yang menggunakan sistem operasi lain memberi sedikit pengetahuan mengenai permainan ini. Jika di Nokia E7 aku, permainan ini amatlah berat dan kadang-kadang ianya menyebabkan telefon Nokia E7 aku ‘hang’. Tetapi di Nokia N9 ini, permainan ini begitu lancar. Walaupun aku sedang melakukan multitasking bersama-sama aplikasi atau permainan lain. Ternyata permainan ini tidak mempunyai masalah langsung jika di Nokia N9. Kawalan pada permainan juga begitu responsive.

Untuk permainan ini aku tidak menjumpai sebarang link yang berkenaan dengan Nokia Store. Mungkin ianya ditawarkan didalam bentuk kemaskini MeeGo

5. Rip Off


Permainan ini berdasarkan seekor burung yang cuba melindungi adik-adiknya (3 biji telur) dari diambil oleh musuh. Permainan ini mudah difahami dan boleh dimain oleh sebarang tahap umur. Terdapat beberapa misi/mode yang korang perlu selesaikan untuk mendapatkan mata. Yang lebih penting, permainan serupa ini dibuat khas untuk MeeGo dan masih belum terdapat pada sistem operasi yang lain dan semestinya percuma.

http://store.ovi.com/content/198540

6. Urban Fatburner


Permainan Urban Fatburner berkisahkan seorang pemuda yang gemuk gila cuba menguruskan badannya. Oleh disebabkan itu, ia cuba membakar lemaknya dengan berlari diantara satu bangunan ke bangunan yang lain. Terdapat pelbagai halangan yang perlu dirintanginya untuk menjadi seorang jejaka yang tampan, sihat, dan yang paling penting kurus.

http://store.ovi.com/content/213101

7. Incredible Circus


Permainan ini aku pernah bermain di Nokia E7 aku. Ianya mengenai seorang pelagak ngeri sarkas perlu ke platform dengan menggunakan tali yang elastik, trampolin, dan meriam sambil melalui pelbagai rintangan seperti api, pisau dan lain-lain. Terdapat 32 level yang perlu ditempuhi oleh pelagak ngeri sarkas ini. Muat turun permainan ini melalui pautan dibawah. Pasti korang tidak akan kecewa.

http://store.ovi.com/content/214283

8. World Of Rabbit – The Dig!


Disebabkan dunia telah dikawal oleh robot, sang arnab terpaksa membina kehidupan baru didalam tanah. Bantu arnab tersebut membina kehidupan barunya.

http://store.ovi.com/content/213180

9. Stack the Stuff


Stack the Stuff adalah permainan yang memerlukan kreativiti korang menyusun barang-barang yang diberi supaya stabil didalam masa yang diberikan. Selain itu, korang perlu mendapatkan kesemua bintang yang diberi. Sila abaikan icon permainan ini.

http://store.ovi.com/content/217429

10. Sudoku United


Aku bukanlah orang yang addict akan permainan sudoku. Tetapi kadang-kadang aku nak jugak cuba bermain permainan ini. Serius aku katakan, level yang mudah pun kadang-kadang aku ambik masa yang lama. Noob la katakan.

http://store.ovi.com/content/207546

11. SwipeMeeOut


Permainan ini adalah sama seperti Get Me Out. Permainan ini mudah sahaja kerana korang perlu memberi laluan kepada bongkah merah untuk keluar di pintu yang terdapat pada bahagian kanan skrin. Tapi, yang tidak menyeronokkan, apabila korang keluar, korang perlu melalui dari level 0 semula.

http://store.ovi.com/content/195845

Permainan Berbayar

Permainan berbayar ini sudah mesti memuaskan hati korang. Takkan dah la berbayar, tak best pulakkan. Tapi aku suka satu mengenai Nokia Store kerana ia memudahkan transaksi pembayaran walaupun korang tidak mempunyai kad kredit. Korang boleh menggunakan bil telefon korang untuk membayarnya. Untuk pengguna prepaid aku tidak pasti samaada korang boleh menggunakan kredit untuk membeli aplikasi atau permainan di Nokia Store.

1. Castle Warrior


Permainan ini memerlukan korang merancang stategi untuk menyerang menara lawan dan mempertahankan menara korang dari pihak lawan didalam lingkungan masa yang diberikan. Permainan ini memerlukan korang merancang strategi, waktu serangan dan bilangan tentera sewaktu menyerang atau bertahan.

http://store.ovi.com/content/218767

Harga : RM 4.00

2. Fragger


Jika tidak silap, permainan ini terdapat didalam pelbagai jenis sistem operasi. Jika belum pernah bermain permainan ini, ia seakan-akan Angry Birds dan yang uniknya, korang perlu menetapkan sudut balingan yang betul untuk membaling bom bagi menghapuskannya. Terdapat 310 jenis level yang perlu ditempuh dengan 10 jenis lokasi.

http://store.ovi.com/content/177637

Harga : RM 6.00

3. Frisbee Forever


Korang tau apakah yang dimaksudkan dengan Frisbee? Rujuk sini untuk maklumat tentang Frisbee. Berbalik kepada permainan ini, korang perlu membaling frisbee dan mengawalnya untuk mengumpul bintang, melalui gelung, dan mengelak rintangan seperti pokok sebelum ianya jatuh ke tanah. Untuk kawalan, korang boleh memilih untuk menggunakan butang yang terdapat pada skrin atau sensor gyro.

http://store.ovi.com/content/215521

Harga : RM 4.00

4. Gravity Guy


Permainan Gravity Guy ini seakan-akan permainan Urban Fatburner. Yang melainkannya ianya boleh dimain secara multiplayer. Selain dari itu, corak permainan yang memerlukan respon yang pantas untuk mengelak halangan dan dari ditangkap. Permainan ini terdapat didalam 2 mode iaitu, Story dan Endless.

http://store.ovi.com/content/177640

Harga : RM 4.00

5. GT Racing: Motor Academy HD


Permainan ini bagi aku lebih sukar berbanding daripada Need For Speed Shift. Ianya disebabkan korang perlu mengumpul duit untuk membeli kereta, mengubahsuainya dan sehingga tahap mengambil lesen. Terdapat kira-kira 100 kereta yang disertakan didalam permainan ini tetapi sebelum memilikinya korang perlulah melepasi ujian memandu, memenangi piala dan lain-lain sebelum dapat menggunakan kereta idaman korang.

http://store.ovi.com/content/196751

Harga : RM 6.00

6. Icy Tower


Jika korang pernah bermain permainan ini pada Symbian Anna/3, ianya sama dah telah pun datang ke peranti MeeGo. Korang hanya perlu melompat ke bahagian atas menara sebelum boleh beralih ke menara yang lain tanpa jatuh ke bawah dalam masa yang cepat. Korang hanya perlu menggerakkan telefon kekiri atau kekanan sambil menyentuh skrin untuk menggerakkan Harold dan rakannya melompat dari satu platform ke platform yang lain. Harus diingatkan sekali lagi, jangan jatuh ke bawah.

http://store.ovi.com/content/178762

Harga : RM 4.00

7. Real Football 2011


Disebabkan tiada PES2012/PES2011, Real Football 2011 ini cukuplah untuk aku melengkapkan telefon N9 ini dengan permainan bola sepak. Bagi aku, Real Football ini lebih mudah berbanding dari PES2011 atau permainan bola sepak yang lain, tetapi yang menariknya setiap gol yang dibuat akan diberi mata. Jadi ianya merangsang aku untuk membuat jaringan yang dapat mata yang lebih tinggi. Menang tue sudah pasti punya. Haha..

http://store.ovi.com/content/208642

Harga : RM 6.00

8. Roboto


Roboto adalah permainan yang berkisahkan seekor robot yang cuba menyelamatkan teman wanitanya yang telah ditangkap oleh pihak musuh. Korang perlulah membantu Roboto menyelamatkan teman wanitanya dengan bantuan hoverboardnya dan senjata yang dilengkapi pada hoverboard tersebut bagi mengelak halangan musuh.

http://store.ovi.com/content/209300

Harga : RM 6.00

9. Samurai II: Vengeance


Permainan ini mengisahkan seorang samurai yang ingin membalas dendam. Sebab aku aku tak pasti. Korang harus membantu beliau menghapuskan segala halangan yang muncul. Berjayakan samurai ini membalas dendam?

Untuk permainan ini aku masih lagi mencari-cari link untuk Nokia Store. Banyak laman blog lain juga tidak menjumpainya. Kenapa aku meletakkannya pada bahagian berbayar kerana ianya tidak disertakan didalam Nokia N9. Korang boleh buat carian pada Google mengenai permainan ini.

Kesemua permainan ini telah aku cuba sendiri pada Nokia N9 yang telah diberi pada aku oleh Nokia. Ternyata prestasinya mantap. Untuk ulasan seterusnya aku akan menulis beberapa aplikasi yang telah aku cuba dan diakhiri dengan ulasan penuh dan pengalaman aku selama menggunakan Nokia N9. Terima kasih kepada korang semua kerana menunggu ulasan dari aku. Aku memohon maaf atas kelambatan entri-entri ini keluar atas kesibukkan yang terlampau.

Kongsikan Artikel Kami
 

Tinggalkan komen anda