Aktifkan Panggilan Video Di Facebook

Ditulis oleh

Seperti yang dinyatakan oleh laman blog Amanz.MY, Facebook & Skype memperkenalkan fungsi panggilan video untuk kesemua pengguna laman sosial Facebook. Panggilan video ini boleh dibuat/diterima secara terus melalui pelayar internet korang. Buat masa kini, fungsi panggilan video ini hanya diperkenalkan pada beberapa pengguna sahaja dan akan dibuka kepada umum tidak lama lagi. Sehingga kini, hanya beberapa pelayar internet yang menyokong fungsi ini iaitu, Firefox, Google Chrome, Safari dan Internet Explorer. Bagi pengguna Linux, fungsi ini masih belum boleh digunakan. Hanya sistem operasi Windows dan Mac sahaja yang menyokong fungsi baru ini.

Bagi mereka yang ingin mencuba fungsi ini, sila ikuti langkah-langkah yang diberikan dibawah. Kualiti video yang dihasilkan bergantung pada kualiti sebuah kamera yang korang gunakan dan sambungan internet yang korang pakai. Jika korang pernah menggunakan perisian Skype, kualiti video dan audionya sama seperti di Skype.

Screenshot

Paparan Panggilan Video

Paparan video pemanggil akan berada pada bahagian atas kiri & kecik, manakala paparan penerima akan kelihatan besar. (Sila rujuk gambar diatas)

Paparan ketika menerima panggilan

Paparan ketika membuat panggilan

Langkah Untuk Mengaktifkan Panggilan Video Di Facebook

1. Pastikan korang sudah pun mendaftar masuk akaun Facebook korang. Seterusnya, pergi ke pautan dibawah.

Pergi ke http://www.facebook.com/videocalling

2. Klik pada butang Get Started, dan muat turun plugin Facebook Video Call

3. Berikut adalah langkah yang korang perlu lakukan untuk mengaktifkan fungsi panggilan video ini.

4. Sebaik sahaja korang memuat turun plugin tersebut, ia akan memuat turun file yang berkenaan terlebih dahulu sebelum memasangnya didalam sistem komputer korang. Aktiviti ini dijalankan secara automatik. Sebaik sahaja windows/popup seperti dibawah hilang, maka selesailah proses pemasangan plugin.

5. Sesudah sahaja pemasangan plugin Facebook Video Call tersebut, korang sudah boleh menggunakan fungsi ini. Untuk membuat panggilan, sila gunakan cara yang ditunjukkan seperti gambar dibawah.

6. Selamat mencuba. Selain membuat panggilan video, korang juga sudah boleh meninggalkan pesanan video pada rakan korang.

Jika berlaku sebarang ‘Error’, sila lakukan restart keatas pelayar internet korang atau meng’uninstall‘ plugin tersebut dan memasangnya semula. Untuk meng’uninstall‘nya, sila ke Control Panel > Programs and Features (Windows Vista dan 7) atau Control Panel > Add or Remove Programs (Windows XP).

Komen

  • wahahaha…dah try dah video call kat fb ni :smile:

    khairil Jul 8, 2011 2:26 am Reply
    • haha… tadi call ko takde bunyi sebab pe tah… pastu aku try uninstall n install semula terus ok… TQ wei

      Mr Piratz Jul 8, 2011 2:28 am Reply
  • Assalam..
    Dah try jgk …..tp kawan tu tak ada kamera la pulak….adeh…kena tunggu kawan yg ada kamera la nampaknya ni…
    Thanks atas info tu…selalunya guna YM je…

    iza Jul 8, 2011 6:32 pm Reply
  • facebook tidak pertimbangkan lagi ke untuk pengguna linux seperti kitorang? google menang sebab Google+ sudah pertimbangkan untuk pengguna linux pada google hangout mereka

    FD Jul 8, 2011 8:15 pm Reply
  • andy hasut aku guna jadah nieh
    hahaha

    akmalhilmi Jul 9, 2011 8:53 am Reply
  • mnarik…mesti cuba ni

    hanif Jul 10, 2011 2:52 am Reply
  • mantap
    wajib cuba sekali ni

    wazy Jul 15, 2011 9:12 am Reply
  • eh, kenapa die kuar msg “Video calling will be available soon
    Please check again later”

    ashaari.com Jul 17, 2011 9:19 am Reply
  • “Video calling will be available soon
    Please check again later” Alahai!

    Muhammad Iqbal Jul 17, 2011 3:43 pm Reply
  • PC aku tak ada camera so tak boleh nak test

    Fazreen Jul 19, 2011 9:44 pm Reply
  • belum sempat test lg ni..hehe :smile:

    Nadia @ ShahAlamCity Jul 22, 2011 11:01 pm Reply
  • :grin: :grin: :bored: :clown:

    roly caniago Jan 23, 2012 1:14 pm Reply
  • :love:

    lieydarin Jul 30, 2012 7:55 pm Reply

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *