Pasang Android 4.0 Pada Windows, Mac & Linux Menggunakan VirtualBox

Diterbitkan Pada . Oleh

Mungkin sebelum ini korang pernah mendengar mengenai aplikasi BlueStacks yang dapat membenarkan Windows menjalankan aplikasi Android. Bagaimana pula jika korang mahu menjalankan aplikasi tersebut pada sistem operasi Android itu sendiri tanpa membeli peranti Android. Ianya kini bukan mustahil kerana korang boleh menjalankan sistem operasi Android tersebut dari komputer korang tidak kira korang menggunakan sistem operasi Windows, Mac ataupun Linux. Dengan bantuan Oracle VirtualBox, korang boleh menjalankan Android virtual disk image didalamnya dengan mudah sekali.

Langkah Pemasangan Android 4.0 (Ice Cream Sandwich)

1. Pertama sekali korang perlulah memuat turun fail pemasangan VirtualBox dan Android v4 Ice Cream Sandwich virtual disk image terlebih dahulu.

Muat Turun Oracle VirtualBox

Muat Turun Android v4 Ice Cream Sandwich | Saiz : 88MB

2. Sila lakukan pemasangan VirtualBox ke dalam komputer korang terlebih dahulu.


3. Extract fail ‘Android-v4.7z‘ dan letakkan pada lokasi yang korang rasa sesuai.

Untuk mengextract fail .7z korang boleh menggunakan perisian WinRar atau seangkatan dengannya.

4. Sebaik sahaja selesai korang mengextract fail tersebut, sila jalankan aplikasi Android-v4.vbox seperti yang ditunjukkan pada gambar dibawah.

5. Secara automatik, Android v4 tersebut akan dimuatkan pada Oracle VirtualBox. Klik Start jika korang sudah bersedia untuk menjalankan Android v4 pada komputer korang.

6. Semasa proses boot, sila pilih Android Startup from /dev/sda.

7. Jika ianya berjalan lancar, korang akan dapat melihat paparan seperti dibawah.

Beberapa Screenshot Android v4

Oh ya.. Lupa plak nak bagitau, untuk versi Android v4 ini tiada Google Play/Android Market disertakan. Aku masih mencari-cari cara untuk menjalankannya. Akan dikemaskini kemudian.

 

28 Komen Diterima.

  1. Nak tanya

    04/05/2012, 09:31 pm

    Dia kuar msg “init: Timed out waiting for /dev/.coldboot_done
    Kernel panic – not syncing: Attempted to kill init!
    atkbd.c: Spurious ACK on isa0060/serio0. Some program might be trying access hardware directly.”

    Saya rasa dia tak sesuwai ntuk processor AMD n hanya ntuj yang pakai processor Intel..Help me ?? “(

    Reply

Tinggalkan Komen Anda

:amazed: :angel: :angry: :beaten: :bored: :clown: :confused: :cool: :cry: :devil: :doubtful: :emo: :frozen: :grin: :indian: :karate: :kiss: :laugh: :love: :millionaire: :nerd: :ninja: :party: :pirate: :punk: :sad: :smile: :speechless: :sweating: :tongue: :vampire: :wacky: :wink: :actress: :archaeologist: :artist: :comedian: :genius: :hippie: :newpolitician: :politician: :queen: :robot: :singer: :villian:

(*) Penting!! Jangan tinggalkan ianya kosong!

Trackbacks/Pingback