184 views 13 comments

Aktifkan Animasi Pada Explorer Windows 7 & Windows 8

by on May 15, 2012
 

Mengubahsuai paparan desktop kini mungkin tidak diminati sekarang. Aku pun berasa sedemikian kerana aku kini lebih sukakan paparan yang minimalis. Tetapi, hari ini aku ingin menunjukkan korang satu fungsi yang telah ditambah/diperbuat oleh andreascy iaitu animasi pada bahagian explorer. Jika korang tidak memahami mengenainya, korang boleh melihat pada gambar gif yang telah aku buat dibawah. Mungkin ada yang ragu-ragu adakah dengan mengaktifkan animasi ini akan melembabkan kelajuan atau prestasi komputer. Jangan risau, ianya tidak mengganggu kelajuan atau prestasi komputer korang.

Harap maaf, mungkin gambar animasi diatas agak lambat untuk dipaparkan. Korang juga boleh rujuk pada video yang telah aku muat di YouTube (http://youtu.be/pAWTdWxpEkI).

Langkah Pemasangan Animasi Explorer

Aku menganggap korang memasang Windows korang pada bahagian C:. Jika tidak, sila tukarkan pada lokasi dimana korang memasang Windows tersebut.

1. Pergi ke C:WindowsSystem32, dapatkan hak permilikan (ownership) keatas fail ExplorerFrame.dll. Sila muat turun registry dibawah untuk memudahkan proses mendapatkan hak pemilikan.

Muat Turun Take Ownership Registry

Untuk memasang, jalankan ‘Add Take Ownership Option.reg dan klik butang Yes. Untuk menggunakannya, pilih fail yang mahu korang dapatkan hak pemilikan dan klik butang kanan pada tetikus.

2. Sebaik sahaja korang mendapatkan hak pemilikan, sila tukar nama fail ExplorerFrame.dll kepada ExplorerFrame_old.dll atau ExplorerFrame_bak.dll.

3. Seterusnya, masukkan fail ExplorerFrame.dll yang telah dimasukkan fungsi animasi kedalam folder C:WindowsSystem32.

Muat Turun ExplorerFrame.dll untuk Windows 7

Muat Turun ExplorerFrame.dll untuk Windows 8 Consumer Preview

Muat Turun ExplorerFrame.dll untuk Windows 8 Developer Preview

4. Lakukan Restart atau Log Off keatas Windows korang untuk mengaktifkan fungsi animasi tersebut.

5. Untuk mengubah semula fungsi kepada yang asal, dapatkan hak pemilikan kepada ExplorerFrame.dll, tukarkan nama fail tersebut dan kembalikan nama fail yang korang lakukan telah ubah pada langkah kedua kepada ExplorerFrame.dll.

Selamat mencuba. Style gak ada animasi camni. Harap-harap developer dia nanti buat macam-macam efek lagi.

Kongsikan Artikel Kami
comments
 
Leave a reply »

 

Leave a Response