403 views 9 comments

Aplikasi Yang Patut Dicuba Pada Nokia N9

by on December 7, 2011
 

Beberapa hari yang lepas aku telah menulis mengenai 20 permainan terbaik untuk Nokia N9. Pada yang masih belum membacanya, bolehla pergi ke artikel tersebut pada pautan yang diberi. Dan pada hari ini aku ingin menulis mengenai beberapa aplikasi yang aku cuba pada Nokia N9 yang dijanakan dengan sistem operasi MeeGo Harmattan. Walaupun pembangunan aplikasi untuk MeeGo ini akan perlahan berbanding sistem operasi yang lain, bagi aku pembangunan aplikasi yang sedia ada/sudah dibangunkan sudah mencukupi untuk penggunaan aku sekarang. Mungkin pembangunan aplikasi lain yang mempunyai fungsi yang unik bakal menarik minat korang kelak. Jadi untuk masa sekarang, inilah antara aplikasi yang terbaik telah aku cuba pada Nokia N9.

Untuk aplikasi ini, aku cuba mengkategorikannya mengikut fungsi ianya sendiri.

Internet & Sosial Network

1. Firefox 8.0

Selain pelayar web asal Nokia N9, aku juga menggunakan aplikasi Firefox 8.0. Ini kerana menggunakan Firefox lebih mudah untuk melayari internet bila aku membuka banyak tab. Mengapa aku berkata sedemikian? Ini kerana pelayar web asal N9 ini tidak membuka tab, tetapi ia membuka tetingkap baru. Jadi, jika aku melayari internet menggunakannya agak sukar kerana perlu pergi ke bahagian multitasking untuk ke tetingkap yang lain. (Gila skema ayat). Untuk pengetahuan korang, Firefox 8.0 ini bukan dibuat oleh Mozilla, tetapi ia dibuat oleh pembangun biasa untuk Maemo dan boleh digunakan untuk peranti MeeGo. Untuk memasang aplikasi ini, korang perlu membenarkan non-Store sources/installer digunakan.

Cara untuk mengaktifkannya; Pergi ke Settings > Applications > Installations > Allow intallations from non-Store sources.

Muat Turun Firefox Fennec 8.0

2.Foursquare/4Squick

Jika korang diantara pengguna Foursquare, korang jangan risau ye, untuk MeeGo korang still boleh check-in ke lokasi yang korang mahu. Korang boleh menggunakan aplikasi Foursquare ataupun 4Squick. Bagi aku, aku lebih suka menggunakan aplikasi 4Squick berbanding Foursquare. Ini kerana aplikasi Foursquare selalu memaparkan error jika aku membukanya. Nasib baik aku ada beli aplikasi 4Squick untuk Nokia E7 aku, jadi aku boleh install untuk Nokia N9 ini dengan percuma. 4Squick Free juga ada diperbuat untuk mereka yang memilih untuk tidak mahu membeli aplikasi tersebut. Tetapi penggunaanya adalah terhad.

Muat Turun 4Squick

Muat Turun Foursquare For MeeGo

3. fMobi

fMobi adalah satu laman sosial Facebook. Mungkin korang tahu, untuk Nokia N9 ini sendiri ianya sudah mempunyai aplikasi Facebooknya sendiri tetapi fungsinya masih memerlukan masa untuk ditambah. Sebagai contoh, aplikasi Facebook untuk Nokia N9 ini tidak menyokong group, pages, dan checkin. Jadi untuk melakukan itu semua, aku memerlukan fMobi.

Muat Turun fMobi

4. CuteTube

Mungkin korang antara pelawat laman video YouTube, aplikasi ini mempunyai paparan UI yang menarik berbanding dari aplikasi YouTube sendiri kerana aplikasi YouTube pada N9 menggunakan paparan mobile YouTube. Antara kelebihan CuteTube, korang boleh memuat naik dan turun video, memainkan video dan menyelenggara Channel YouTube korang sendiri. Selain itu, korang juga boleh mengikuti channel yang telah korang subscribe secara terus. Oh ya. Aplikasi ini aplikasi berbayar. Aku harap lepas ni adalah untuk Symbian.

Muat Turun CuteTube

5. DropN9/Dropian

Ini adalah aplikasi untuk Dropbox. Bagi mereka yang masih belum mengetahui mengenai Dropbox, sila ke pautan berikut. Kedua-dua aplikasi ini mempunyai fungsi yang sama. Ianya terpulang pada korang sama ada suka pada paparan yang mana. Tetapi bagi aku, disebabkan kedua-dua aplikasi ini tidak menyokong multiuser, aku terpaksa menggunakan kedua-duanya.

Muat Turun DropN9

Muat Turun Dropian

Utilities

1. Filebox

Untuk pengetahuan korang semua, untuk Nokia N9 ini, tiada aplikasi khas diperkenalkan oleh Nokia yang berfungsi sebagai pengurus fail (File Manager). Setelah mencuba beberapa aplikasi yang mempunyai fungsi yang sama, aku memilih aplikasi Filebox sebagai aplikasi terbaik untuk korang pasangkan didalam Nokia N9. Kenapa aku memilih aplikasi ini? Seperti mana aplikasi lain, korang masih boleh menghantar, membuat folder, membuang, atau menukar nama sesetengah fail tersebut. Tetapi, aplikasi lain tidak membenarkan aku melakukan perkongsian fail yang banyak dalam satu masa. Tetapi dengan fungsi multiselect, aku boleh memilih fail yang aku mahu kongsi/buang/mengubah lokasi dengan mudah. Aplikasi ini juga membenarkan aku menyembunyikan fail sistem yang boleh merosakkan sistem Nokia N9 dengan mudah. Lain-lain adalah fungsi menukar warna, mempaparkan gambar thumbnail, dan penetapan skrin orientasi juga diperkenalkan.

Muat Turun FileBox

2. Battery Usage

Disebabkan kesukaran melihat baki kuasa bateri yang tinggal, aku memasang aplikasi ini bagi membuat perbandingan penggunakan bateri Nokia N9. Aplikasi ini juga mempaparkan jumlah kuasa bateri didalam peratusan bagi penggunakan sesetengah aplikasi, permainan dan lain-lain. Ia serba sedikit membantu korang mengawal penggunaan aplikasi dan permainan yang telah dipasang pada Nokia N9 ini.

Muat Turun Battery Usage

3. Swipe Manager

Seperti yang korang sedia maklum, untuk Nokia N9 ia dicipta sepenuhnya untuk skrin sentuh. Maka, proses membuka, keluar aplikasi jugak memerlukan pergerakan pada permukaan skrin yang dikenali sebagai swipe. Dengan adanya Swipe Manager, korang boleh menetapkan cara keluar dari aplikasi, me’minimise’kannya dan membuka sesetengah paparan dengan pantas.

Muat Turun Swipe Manager

4. Shortcut

Mungkin sebelum ini korang pernah membaca ulasan ringkas aku mengenai Nokia N9 ini. Pada masa itu, aku ada mengatakan icon Quick Launch tidak boleh ditukar ganti. Tetapi kini dengan aplikasi Shortcut, korang boleh melakukannya. Dengan adanya aplikasi sedemikian, korang dapat pergi ke aplikasi paling kerap korang gunakan dengan mudah dan cepat.

Muat Turun Shortcut

5. QAD Cleaner

Adakah korang tahu apakah itu cache? Cache dengan bahasa mudahnya adalah fail/data sementara sesetengah aplikasi yang menyimpan beberapa maklumat mengenai aplikasi yang korang gunakan. Sebagai contoh : Twitter dan Browser (Web). Untuk memudahkan pelayarkan, cache akan dibentuk untuk menyimpan beberapa fail yang boleh mempercepakan proses memuat turun sesuatu laman web. Jadi apabila terlalu banyak cache yang disimpan, serba sedikit ia akan mempengaruhi ruangan pada Nokia N9.

Muat Turun QAD Cleaner

6. ScreenshotMee

Inilah aplikasi yang aku guna untuk mengambil paparan skrin untuk review ini. Selain dari aplikasi ini korang juga boleh mencuba aplikasi Screen Capture. Apa yang menarik untuk aplikasi ini, ia menggunakan sensor pada Nokia N9 untuk mengambil gambar. Cubalah. Menarik woo..

Muat Turun ScreenshotMee

7. The Flashlight

Serius aku katakan aplikasi ini memang berguna pada aku. Ia menerangi hidup aku diwaktu malam. Haha. Kadang-kadang aku kerja shift malam. Disaat lampu diperlukan, aku hanya perlu menggunakan flash yang ada pada Nokia N9 ini. Mungkin bagi korang aplikasi ini tidak beberapa penting. Cuba bayangkan semasa bekalan elektrik tiba-tiba terputus ataupun kenderaan korang rosak dan tidak boleh dihidupkan. Nak buat suluh ayam kat reban pun boleh. Hihi. Selain dari tu, aplikasi ini juga disertakan dengan 2 lagi fungsi iaitu Strobe mode dan SOS mode. Melalui Strobe mode, korang boleh mengawal kadar kelipan lampu melalui toggle yang disediakan. Manakala untuk SOS mode. lampu akan berkelip mengikut kadar kelipan yang telah ditetapkan untuk isyarat SOS.

Muat Turun The Flashlight

8. MesInput

Korang mesti suka guna smiley seperti (>’_’)>O dan @}}>—–. Dengan aplikasi MesInput nie, korang boleh menggunakannya tanpa perlu menaip satu persatu. Aplikasi ini menyokong ke semua aplikasi.

Muat Turun MesInput

Media

1. Sigma Player Free

Jika mahu dibandingkan dengan pemain muzik asal Nokia N9, aplikasi ini biasa sahaja. Cuma ia mempunyai pilihan tetapan 10-bands equalizer yang dapat korang sesuaikan dengan keadaan sekeliling ataupun genre lagu itu sendiri. Ini adalah versi percuma. Jadi iklan akan terpapar kadang-kadang semasa korang membuka aplikasi ini. Jika mahukan Sigma Player Pro, boleh dibeli dengan harga RM 2.00.

Muat Turun Sigma Player Free

2. Open Video Player

Bagi aku, aplikasi Open Video Player ni telah berjaya menutupi kekurangan pemain video asal Nokia N9. Antara fungsi yang tiada pada pemain video asal Nokia N9 seperti berikut;
[bullets type="black"]

  • Video masih boleh dimainkan walaupun telah di’minimise’kan background.(Fungsi ini boleh dimatikan pada bahagian tetapan)
  • Menyokong auto rotation, dan memperbaiki mode landscape dan potrait.
  • Boleh menyenaraikan beberapa video yang mahu dimainkan seperti playlist.
  • Paparan thumbnail boleh diubah mengikut kehendak pengguna
  • Terdapat butang kawalan tambahan pada playback toolbar
  • Theme boleh diubahsuai.

[/bullets]

Muat Turun Open Video Player

Lain-lain Aplikasi

1. Simple Mirror

Kalau perempuan yang asyik nak bergaya tu, sesuai download aplikasi ni. Yela, kadang-kadang nak betulkan mekap, tapi cermin takde. Ini lah gunanya aplikasi ni. Aplikasi ni menggunakan kamera depan Nokia N9. Jangan korang fikir kamera hadapan Nokia N9 takleh berfungsi plak. Tapi, buat masa ini masih belum ada aplikasi yang boleh menangkap gambar menggunakan kamera hadapan.

Muat Turun Simple Mirror

2. AroundMe

Dengan AroundMe, ia membenarkan korang mengetahui lokasi sesuatu bangunan, perkhidmatan dan lain-lain disekeliling korang. So, takdela korang nak terpusing-pusing lagi pas nie. Sebagai contoh, korang boleh mengetahui lokasi restoren, stesen minyak, ATM, hotel, dan lain-lain dengan pantas. Aplikasi ini juga diintegrasi dengan Google Maps.

Muat Turun AroundMe

3. MeeToDo


Ini adalah salah satu aplikasi To-do untuk Nokia N9. Korang boleh menguruskan tugasan ke dalam senarai yang berbeza dan menandakannya dengan mudah untuk tugasan yang sudah dilakukan. Selain itu, korang juga boleh menggunakan aplikasi ini untuk menyenaraikan barangan yang mahu dibeli semasa membeli-belah.

Muat Turun MeeToDo

4. Butaca

Kaki Wayang? Aplikasi ini membantu korang melihat senarai & waktu tayangan disetiap wayang yang korang nak pergi. Malangnya aplikasi ini tidaklah mempunyai fungsi untuk membeli/booking tayang dan juga tayangan untuk hari seterusnya. Aplikasi ini mendapatkan maklumat melalui Google Showtimes.

Muat Turun Butaca

5. Toshl

Seorang yang sukar menguruskan wang? Aplikasi ini dapat membantu korang menguruskan wang korang. Selain dari itu, ia juga mempunyai fungsi pertukaran matawang dunia. Pembelanjaan juga boleh di export ke CSV, Excel, PDF, Google Docs melalui web.

Muat Turun Toshl

Akhirnya, berjaya jugak aku menulis artikel mengenai aplikasi yang mungkin dapat korang gunakan pada Nokia N9. Mintak maaf jika aku mengeluarkan artikel ini terlalu lambat. Ianya kerana aku sedikit sibuk dengan praktikal aku di KLIA. InsyaAllah, untuk ulasan penuh aku akan publish secepat yang mungkin.

Kongsikan Artikel Kami
 

Tinggalkan komen anda