57 views 41 comments

[Tips]Blogger Ke WordPress Tanpa Kehilangan PageRank

by on August 24, 2010
 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Sebelum ni aku ada membuat tutorial mengenai cara bagaimana ingin membawa kesemua entri/post dari Blogger ke WordPress. Aku merasakan entri tersebut tidak lengkap bagi mereka yang mementingkan PageRank dan lain-lain. Banyak email aku dapat bertanyakan bagaimanakah cara untuk mengekalkan Google PageRank jika berpindah dari Blogger ke WordPress. Sebelum ini aku pernah mencuba pelbagai tutorial yang terdapat didalam laman-laman blog luar negara tetapi aku tidak berjaya berbuat demikian. Dan pada hari ini aku menjumpai satu cara bagaimana korang boleh mengekalkan PageRank dan tidak memerlukan korang memasang plugin redirect di blog Blogger korang seperti mana yang aku buat.

Aku mulakan tutorial ini bagi mereka yang telah menggunakan custom domain pada Blogger.

a. Tukar URL Blog Ke ***.blogspot.com

Langkah ini adalah untuk mereka yang menggunakan custom domain di Blogger dan ingin menggunakannya pada WordPress. Jika korang menggunakan URL (http://blogkorang.blogspot.com/) sila terus ke langkah b. Bagi yang menggunakan custom domain pastikan korang sudah menukar nameserver untuk domain tersebut. Untuk proses penukaran nameserver, sila hubungi syarikat dimana korang beli domain tersebut.

1. Log masuk kedalam akaun Blogger korang, dan pergi ke bahagian Settings > Publishing

2. Seterusnya, klik pada ‘switch to blogspot.com’ seperti gambar diatas ikut langkah seterusnya.

Note : Pastikan korang menukar URL blog kepada Default URL kerana akan mengalami masalah semasa proses pemindahan post.

b. Import Blog Post Ke WordPress

1. Sekarang, log masuk kedalam akaun WordPress korang dengan pergi ke http://www.blogkorang.com/wp-admin. Bagi sesiapa yang menggunakan custom domain, pastikan domain korang telah di’direct‘kan ke hosting baru. Oh ya, pastikan korang dah install WordPress. Nak tau cara install WordPress, boleh refer pada E-Book Pemasangan WordPress Dalam Bahasa Melayu.

2. Sebaik sahaja korang boleh akses ke dalam Dashboard blog korang, pergi ke Tools > Import. Seterusnya pilih Blogger pada senarai seperti gambar diatas. Install dan Active kan plugin tersebut dan apabila korang akan diminta untuk membenarkan WordPress untuk akses akaun Blogger korang. Seterusnya pilih blog korang dan klik pada butang Import.

3. Proses tersebut akan mengambil masa yang agak lama bergantung pada kuantiti post dan gambar. Jika korang mengalami error seperti 403 – Invalid AuthSub token, korang boleh menggunakan tutorial yang pernah aku tulis sebelum ini.

Tutorial Berpindah Dari Blogger Ke WordPress.

Nota: Jika kora menggunakan khidmat 3rd party comment box, korang haruslah import comment secara berasingan melalui plugin Comment’s Service.

c. Menukar Permalink Settings

Inilah tips yang paling penting bagi mengekalkan Pagerank dan segala rank yang korang ada. Dengan menukar permalink segala link di Blogger akan di’redirect‘kan secara automatik tanpa korang perlu memasang plugin atau code redirect. Ini kerana Blogger permalink berbeza dengan WordPress permalink.

1. Langkah ini adalah untuk menyamakan URL Blogger dengan URL WordPress korang. Caranya adalah pergi ke bahagian Settings > Permalink dan pilih Custom Structure. Rujuk gambar dibawah.

2. Seterusnya, masukkan “/%year%/%monthnum%/%postname%.html” seperti gambar dan save.

3. Masih belum tamat lagi ye. Ini kerana korang baru sahaja menukar custom permalink. Pengunjung akan mendapat paparan ‘Error 404‘ sebaik sahaja klik pada link entri. Untuk memperbaikinya, korang perlulah memasang plugin “Maintain Blogger Permalinks“.

4. Sila muat-turun plugin melalui link berikut. [download id="29" format="2"]

5. Sebaik sahaja muat turun selesai pergi ke Plugin > Add New. Pilih Upload dan upload plugin tersebut.

6. Klik pada Activate untuk mengaktifkan plugin.

7. Pergi ke bahagian setting Maintain Blogger Permalinks dengan ke Tools > Maintain Blogger Permalinks. Rujuk pada gambar.

8. Klik pada Maintain Blogger Permalinks. Dan proses akan memakan sedikit masa tapi takde la lama pun.

9. Sebaik sahaja selesai, cubalah search entri blog korang di Google untuk melihat keberkesanan.

d. Menukar Domain Blogger ke Custom Domain

Cara ini adalah untuk membantu korang meng’direct’kan pengunjung blog Blogger korang ke blog WordPress secara automatik tanpa mengeluarkan error. Caranya adalah seperti dibawah.

1. Pergi ke Blogger Dashboard > Settings > Publishing dan klik pada custom domain.

2. Seterusnya, klik pada switch to advance settings dan masukkan domain korang disana.

3. Save dan selesai.

p/s : Selamat menikmati pagerank pagerank yang sama apabila bertukar ke WordPress. Kepada pengguna Blogger, bila nak bertukar ke WordPress. Jika terdapat sebarang error, broken link dan lain-lain boleh hubungi aku melalui ruangan komen dibawah. Terima Kasih kerana meluangkan masa untuk membaca entri aku kali ini.

Kongsikan Artikel Kami
comments
 
Leave a reply »

 

Leave a Response