171 views 4 comments

Blogr.MY V2.0 Tampil Dengan Paparan Baru

by on Jun 8, 2012
 

Jika sebelum ini aku ada menulis mengenai beberapa laman blog aggregator yang dibuat khas untuk para blogger Malaysia diantaranya Negaraku.MY & Kartikel.Com. Hari ini aku ingin memperkenalkan satu lagi laman blog aggregator yang dikenali sebagai Blogr.MY. Ianya mula dilancarkan pada awal tahun ini. Dan hari ini mereka telah melancarkan versi kedua  yang menampilkan pelbagai pembaharuan & pengubahsuaian demi memastikan keselesaan pembaca dan blogger yang menggunakan aplikasi web ini. Sehingga artikel ini ditulis, laman Blogr.MY mempunyai seramai 937 blogger mendaftar dan mempunyai 15616 aritkel yang didalamnya.

Video Promo Blogr.MY V2.0

Antara Pembaharuan Yang Diperkenalkan

1. Halaman Utama Yang Serba Baru


Paparan utama baru ini memberi keselesaan kepada pengguna untuk melayarinya. Amat mudah untuk dilayari

2. Pilihan Ping

Bahagian untuk menghantar artikel kini diperbaharui dengan kehadiran popup yang muncul apabila pengguna menekan butang ping. Tidak seperti dahulu, pengguna perlu ke halaman khas untuk menghantar artikel.

3. 12 Saluran Diperkenalkan

12 Saluran diperkenalkan yang berfungsi untuk mengkategorikan kesemua artikel yang dihantar. Jadi pengguna mudah mencari artikel yang berkaitan dengan mengakses pada salah satu dari 12 saluran yang disediakan.

Banyak lagi pembaharuan yang diperkenalkan pada versi ke-2 Blogr.MY ini. Jika korang pernah mendaftar laman ini, apa lagi hantarkan artikel terbaru. Bagi pengguna baru, korang boleh mendaftar sekarang. Proses pendaftaran juga mudah kerana ianya menggunakan akaun Twitter atau Facebook.

Daftarkan diri di Blogr.MY sekarang

Esok ada TwtUpKami di Stadium Bukit Jalil. InsyaAllah kalau aku rajin, aku akan kesana. Dan esok juga adalah dimana keputusan Anugerah DiGiWWWOW. Dah tau aku tak menang pun. Tapi terima kasih pada korang yang mengundi sehingga laman blog ini mencapai ke Top 10.

comments
 
Leave a reply »

 

Leave a Response