Buat Watermark Pada Gambar Menggunakan Photoscape

Ditulis oleh

Hi semua. Hari ni aku nak ajar korang cara buat Watermark pada gambar menggunakan perisian Photoscape. Idea ini datang dari member aku yang suka mengambil gambar. Ia ada bertanya kepada aku mengenai cara untuk mengelakkan gambar yang diambil tidak digunakan tanpa izin/persetujuan dari dia. Jadi aku mencadangkannya untuk meletakkan watermark pada setiap gambar tersebut. Tetapi untuk memasukkan watermark pada setiap gambar yang banyak pasti satu perkara yang melecehkan. Tetapi dengan tutorial ini masalah tersebut selesai.

Photoscape adalah satu aplikasi Photo Editing percuma. Walaupun ianya percuma, ia didatangkan dengan pelbagai fungsi-fungsi yang menarik dan bukan sahaja untuk membuat watermark. Aku sendiri masih belum habis menjelajah ke semua fungsi-fungsi yang terdapat didalamnya. Jadi untuk kali ini, aku rasa kita pergi ke salah satu fungsinya.

Muat Turun Photoscape 3.5 Sekarang

Muat Turun Photoscape

  • Aplikasi ini sesuai untuk kesemua jenis Windows iaitu Windows XP, Vista dan 7.
  • Cara Masukkan Watermark

    1. Lepas download Photoscape, mestila kena install kan. Pas siap je install, jalankan Photoscape dan klik pada ‘Batch Editor‘ seperti yang ditunjukkan seperti gambar bawah.

    2. Untuk memudahkan tutorial ini aku telah membahagikan layout Photoscape kepada 3 zon iaitu, Zone A, B, dan C. Sila refer gambar dibawah untuk mengetahui kedudukan zon.

    3. Pertama sekali sila cari file/gambar yang korang mahu masukkan gambar tersebut pada zon A. Seterusnya, ‘drag‘kan gambar tersebut ke ruangan kosong di zon B.

    Gambar diatas hanya menggunakan satu keping gambar sahaja. Jika korang ingin memasukkan kesemua gambar, sila gunakan kekunci CTRL+A, dan dragkan seperti diatas.

    4. Langkah seterusnya, korang perlu pergi ke zon C dan pilih tab ‘Object’. Jika korang ingin menggunakan gambar sebagai Watermark, tandakan pada Photo 1 atau seterusnya, dan jika korang memilih untuk menggunakan ayat, sila pilih Text 1.

    Gambar diatas aku memilih untuk menggunakan ayat sebagai watermark.

    5. Kemudian, klik pada gambar pensel yang bewarna kuning pada hujung kotak (rujuk gambar diatas) untuk memulakan proses memasukkan watermark dan customize mengikut kreativiti korang sendiri.

    Semasa proses customize watermark, korang boleh lihat pada gambar yang terdapat pada zone B untuk melihat hasilnya.

    6. Sebaik sahaja korang berpuas hati, klik sahaja pada ‘Convert All‘ atau ‘Convert Current Photo‘. Dah siap pun watermark. mudahkan kan. Tak perlu lagi susah-susahkan diri korang masukkan satu-satu watermark.

    Sekian sahaja tutorial kali ini. Semoga ia memberi manfaat pada korang.

    Komen

    • watermark ni boleh save tak?

      Mohd Isa Apr 3, 2011 2:01 am Reply
      • Maksud ko tue ape? ke bila nak guna lain kali tak payah nak setting2 sume.. yup.. dia akan save.. so, next time kalau nak guna, just tick kat text 1, die terus kuar…

        Mr Piratz Apr 3, 2011 11:42 am Reply
        • aha, betul la tu. maksud aku camtu la. hehe, kiranya dia akan save la yerk watermark kita tu. nak kena cubalah camni…

          Mohd Isa Apr 3, 2011 4:55 pm Reply
          • senang jerk.. tak payah susah2…

            Mr Piratz Apr 3, 2011 8:24 pm Reply
            • lepas ni nak kena cr8 watermark baru la…kasi kemas skit…bro…meh tolong edit author.php kasi kemas macam home page…please…

              Mohd Isa Apr 3, 2011 8:26 pm
    • As salam..
      Susah jgk kalau nk buat sendiri watermark ni dulu..
      tp ada rakan blogger yg sudi membantu..dpt jgk merasa guna watermark.

      iza Apr 3, 2011 5:09 pm Reply
    • owhh… tengs! wajib try ni

      MuJE Apr 4, 2011 3:48 am Reply
    • Terima kasih bro kalau sebelum ini guna PhotoScape dengan meletakkan watermark secara manual. Tidak sangka boleh buat sekali banyak.

      akubiomed Apr 5, 2011 1:12 pm Reply
    • bro kalau dlm linux software seangkatan ni ada tak?

      kaizendeen Apr 6, 2011 11:47 am Reply
    • PhotoScape ni senang dan mudah nak guna
      kalau buat tutorial aku guna PhotoScape je
      sava masa nak buat watermark

      wazy Apr 7, 2011 1:55 pm Reply
    • Thanks bro…mmg menarik dan sangat membantu

      rosli May 4, 2011 12:02 am Reply
    • ape beza antara photoscape n photoshop which one better?

      anie Jan 16, 2012 1:27 pm Reply
      • err.. satu free, satu berbayar..

        Mr Piratz Jan 16, 2012 6:35 pm Reply
        • thanx..visit my blog too n pls advice sekiranya ader apa2 kekurangan…:)

          anie Feb 7, 2012 10:46 am Reply
    • dh jadi, cuma nk save camne? hehehe…tqvm :vampire:

      eez Mar 4, 2012 5:40 pm Reply
    • Software yg lu upload ini ber-bayar nyet..
      Payah lu akh..

      Ndoey Jun 4, 2012 5:16 am Reply
      • sejak Bila photoscape kena beli plak ni.. free kot…

        Mr Piratz Jun 4, 2012 7:02 am Reply
    • Sangat2 membantu…
      Terima kasih..
      akak dah cuba. :smile: :smile:

      Baby and Kids Land Jun 27, 2012 4:37 am Reply
    • dah jadi tapi taktau nak save . macam mna erk ? :nerd:

      Aina Oct 18, 2012 8:03 pm Reply
    • nk tnyer skit jeww nk buat kotak kosong macam ni camna??

      syarah May 20, 2013 2:12 pm Reply

    Leave a Comment

    Your email address will not be published. Required fields are marked *