169 views 5 comments

Camera Extras Akan Tiba Untuk Semua Peranti Lumia Bulan Hadapan

by on June 27, 2012
 

Seperti mana yang korang tahu, kini Nokia sedang mempromosi model telefon pintar Windows Phone mereka iaitu Nokia Lumia 610, Lumia 710, Lumia 800 dan Lumia 900. Kesemua model ini korang boleh dapati di mana-mana Nokia Store seluruh Malaysia. Bagi menambahkan minat pengguna untuk memiliki telefon pintar Lumia tersebut, Nokia telah memperkenalkan lagi fungsi/ciri baru kepada aplikasi kamera mereka dengan menambah fungsi Camera Extras. Melalui Camera Extras ini, pengguna boleh mengambil gambar dari 4 mode yang disediakan iaitu Smart Group Shot, Action Shot, Panorama, Self-timer. Untuk pasaran Malaysia, aplikasi tersebut akan boleh dimuat-turun pada bulan hadapan (Julai 2012). Tetapi, aku tidak tahu bagaimana aku boleh memuat aplikasi tersebut sebelum ianya dilancarkan di Malaysia.

Smart Group Shot

Smart Group Shot ini mempunyai kelebihan tersendiri. Ianya akan mengesan wajah orang yang mahu kita ambil. Seterusnya, ianya akan mengambil 5 gambar secara berterusan. Seterusnya, pengguna boleh memilih wajah-wajah yang sesuai untuk dipadan didalam satu gambar.

Action Shot

Fungsi ini boleh dikatakan sama seperti Burst Mode pada mana-mana telefon pintar yang mempunyainya. Dengan fungsi ini, pengguna dapat memilih aksi/gaya yang paling menarik untuk dikongsikan bersama-sama rakan yang lain.

Untuk menggunakan fungsi ini, pengguna perlu menekan butang kamera tanpa melepaskan butang tersebut.

Panorama

Aku pernah menggunakan beberapa aplikasi yang boleh melakukan fungsi ini tetapi kebanyakkannya memerlukan pengguna membeli aplikasi tersebut atau mempunyai had gambar yang boleh diambil. Tetapi, kini aku merasakan kualiti dan penggunaannya adalah terbaik untuk peranti Nokia Lumia.

Self-Timer

Mungkin pihak Nokia terlambat mengeluarkan fungsi ini tetapi ianya amat ringkas dan penting untuk sesiapa yang mahu mengambil gambar sendiri tetapi ingin mengelakkan dari dilabel camwhore. Haha.

Malangnya, untuk fungsi ini pengguna tidak boleh menetapkan tempoh masa yang sebelum ianya mengambil gambar.

Sumber :

Nokia Lumia Update

Nokia Conversations Blog

Aku telah mengujinya dan merasakan aplikasi tambahan untuk kamera ini memang menarik dan perlu dimuat turun oleh semua pengguna Nokia Lumia. Bagi mereka yang ingin mencuba sebelum ianya datang di pasaran Malaysia, korang boleh mencuba dengan mengimbas kod QR dibawah atau klik padanya. Samaada berjaya atau tidak, aku tak sure. TQ

Kongsikan Artikel Kami
comments
 
Leave a reply »

 

Leave a Response