Hari ini aku mahu berkongsi dengan korang semua tentang cara memasukkan gambar untuk menjadikan latar belakang folder komputer korang? Apa yang dimaksudkan aku ni? Korang boleh rujuk gambar dibawah, dan jika mahu paparan yang lebih jelas, klik pada gambar tersebut. Okla. Disebabkan sekejap lagi aku akan pulang ke Pahang, entri ini akan ku tulis agak singkat. Okey la, aplikasi yang aku ingin perkenalkan pada hari ini adalah AveFolderBG. Dengan menggunakan AveFolderBG ini, korang boleh menukar latar belakang folder korang melalui Folder Properties. Disebabkan ia berintegrasi dengan shell, ia membuatkannya lebih mudah dan lebih cepat.
Muat-Turun AveFolderBG
Cara Pemasangan
‘Run’kan Install.bat sebagai Administrator, seterusnya ia akan memasang beberapa registry key secara automatik. Korang perlu Restart sebelum menggunakannya. Sebaik sahaja selesai, pergi ke folder yang korang mahu masukkan gambar sebagai latar belakangnya, dan klik butang kanan pada mouse (right click) dan pilih Properties. Disana terdapat satu tab yang dilabelkan sebagai Folder Background. Selain itu, disana terdapat beberapa fungsi iaitu ; Remove Image, text colour, dan shadow. Lebih menarik, ia disertakan dengan pilihan untuk memasukkan latar belakang bagi sub folder. Jika korang tidak lagi mahu menggunakan fungsi ini, korang bolehla menekan Uninstall.bat dan tab Folder Background akan hilang.
Cara ini diuji pada Windows 7 Ultimate 32bit. Jadi ia boleh digunakan pada Windows 7. Jika korang pengguna Windows Vista korang boleh mencubanya. Samaada ia berjaya atau tidak aku tidak tahu. Maklum balas dari pengguna Vista aku perlukan.
Alternatif Lain
Alternatif lain untuk memasukkan latar belakang folder bergambar boleh korang gunakan adalah Windows 7 Folder Background Changer. Mana kala bagi pengguna Windows XP, korang jangan bersedih, korang juga boleh membuat dengan menggunakan WindowPaper XP.

Windows 7 Folder Background Changer

Windowpaper XP


11/06/2010, 10:54 pm
Menarik gak ni,huhu kena try
12/06/2010, 02:50 pm
Aku dah download bro…TQ
13/06/2010, 02:44 pm
menarik.. but i prefer default backround.. thanx.. jadikan koleksi :P
13/06/2010, 10:38 pm
Aku pun… hehe.. :P
23/06/2010, 03:28 am
Menarik.. Ni cara untuk tukar background folder, kalau background partition bleh wat ke utk Windows 7 nie?
07/07/2010, 10:14 pm
kompem folder akan menjadi lebih menarik… boleh cuba jugak ni.. jangan letak gambar yang bukan2 plak dah la.. hehe…
18/07/2010, 10:24 pm
Dah try kat windows vista..tak jadi la..ermm..
19/07/2010, 12:27 am
TQ for your information…
11/10/2010, 08:10 am
05/05/2011, 10:51 pm
Hai..i baru download..tab folder background dah ada dalam properties..but why bila i set image, image tak kuar pun..tak jadilah..ke image ada jenis file (ex. jpeg, bitmap).. boleh ajar detail lagi tak? i windows 7 gak..
05/05/2011, 11:21 pm
Ko pakai Windows 7 SP1 tak? kalau pakai maybe tak compatible.. nanti aku periksa balik ye… TQ
09/07/2011, 03:18 pm
download ni free ke?