518 views 6 comments

Menambah Pilihan Carian di Windows Explorer

by on Jun 12, 2012
 

Beberapa artikel terbaru disini aku banyak menulis mengenai telefon pintar. Dan hari ini aku nak berkongsi pula tips/tweak yang korang boleh lakukan pada Windows korang iaitu dengan menambah pilihan hasil carian di Windows Explorer. Dengan kata lain, korang boleh melakukan carian di Google, Bing, mahupun Wikipedia melalui Windows Explorer. Mungkin macam pelik la plak kan, tapi serba sedikit membantu aku yang asyik nak buat kerja dengan pantas. Untuk lebih memahamkan korang mengenai apa yang aku akan perkatakan, sila lihat video dibawah yang telah aku rakamkan sebelum ini.

Berminat? Aku akan memberi 2 cara bagaimana korang boleh memasang fungsi seperti ini di Windows korang. Aku akan mengajar korang cara memasang secara manual, atau pun korang boleh terus ke cara kedua, kerana aku sudah menyediakan registry key yang boleh korang muat turun.

Cara ini hanya boleh digunakan pada Windows 7 dan 8 sahaja.

Langkah Pemasangan Secara Manual

1. Pertama sekali korang perlulah membuka Group Policy Editor. Caranya sila buka Run/Start Menu, dan masukkan gpedit.msc.

Untuk membuka tetingkap Run, korang boleh menggunakan kekunci Win+R

2. Sekarang pergi ke User Configuration > Administrative Templates > Windows Components > Windows Explorer. Pada Windows Explorer, sila cari “Pin Internet search sites to the Search again links and the Start menu” seperti yang ditunjukkan pada gambar dibawah.

3. Double klik padanya dan satu tetingkap akan dibuka, sila tanda pada butang Enable.

4. Merujuk pada gambar dibawah, sila masukkan URL laman carian dan namakannya untuk memudahkan korang nanti. Dibawah adalah beberapa contoh URL yang korang boleh gunakan.

Google – http://www.google.com/search?q={searchTerms}

Bing – http://www.bing.com/search?q={searchTerms}

YouTube – http://http://www.youtube.com/results?q={searchTerms}

Wikipedia – http://en.wikipedia.org/wiki/{searchTerms}

Untuk laman blog yang menggunakan WordPress, korang perlu menambah /?s={searchTerms} sebagai contoh http://MrPiratz.Com/?s={searchTerms}.

5. Dah siap masukkan URL yang korang nak guna, klik OK. Siap dah.

Pemasangan Menggunakan Registry Key

1. Registry key ini telah aku buat bagi memudahkan korang. Laman web yang terdapat didalamnya adalah Google, Bing, dan Wikipedia. Jika korang tidak mahu menggunakan salah satu dari laman tersebut, terpaksa la korang buat secara manual. Bagi yang tak kisah, muat turun file dibawah ye.

Muat Turun Registry Key Tambah Hasil Carian Di Windows Explorer

2. Dah siap muat turun, extract file tersebut. Seterusnya jalankan Carian-di-Windows-Explorer.reg dan klik Yes.

3. Dah siap pasang. Kalau korang nak buang, boleh gunakan Uninstall.reg.

Selain di Windows Explorer, korang juga boleh menggunakan cara ini melalui ruangan carian/run yang terdapat pada start menu.

comments
 
Leave a reply »

 

Leave a Response