349 views 3 comments

CarotDAV – Aplikasi Portable Untuk Dropbox, FTP, SkyDrive & Lain-lain

by on September 23, 2012
 

Tidak lama dahulu aku ada menulis mengenai satu laman yang menawarkan perkhidmatan yang mampu menyatukan kesemua perkhidmatan ruangan storan atas talian yang aku miliki ke dalam satu akaun yang dikenali sebagai Otixo. Seterusnya aku menulis mengenai Attachment.me iaitu satu addon/plugin untuk pelayar web yang mampu mengintegrasikan pelbagai akaun perkhidmatan ruangan storan atas talian dengan perkhidmatan G-Mail.

Jika hari ini ramai yang mengalami masalah untuk melakukan perkongsian fail melalui ruangan storan atas talian kerana perlu memasang kesemua aplikasi perkhidmatan itu secara berasingan dan ianya tidak boleh dibawa kemana-mana. Tetapi dengan wujudnya CarotDAV ianya menyokong pelbagai perkhidmatan storan atas talian. Antaranya adalah SkyDrive, DropBox, Google Drive, Box dan SugarSync. Selain dari itu ianya juga menyokong WebDAV, FTP, dan IMAP protocol.

Di CarotDAV, ianya membenarkan pengguna melihat dan memuat turun segala fail-fail didalamnya. Memuat naik fail atau folder juga boleh dilakukan termasuk fungsi sokongan pengurusan fail seperti cut, copy, paste, copy to, move to dan lain-lain. Tetapi harus diingatkan, CarotDAV ini bukanlah aplikasi yang boleh melakukan penyelarasan (sync) terhadap segala fail dari komputer anda dan fail dari storan atas talian. Ianya dikatakan paling selamat kerana aplikasi ini menghubungkan anda dan akaun storan atas talian anda menggunakan OAuth authorization.

Muat Turun CarotDAV

Muat Turun CarotDAV Sekarang!

Kongsikan Artikel Kami
 

Tinggalkan komen anda