
Paparan tab pada Windows Explorer bukanlah suatu perkara baru. Jika sebelum ini terdapat pelbagai aplikasi yang membenarkan pengguna Windows menambah fungsi tab pada Windows Explorer mereka seperti TabExplorer, QTTabBar, dan Q-Dir. Malangnya ketiga-tiga aplikasi ini kurang mendapat sambutan mungkin kerana reka bentuknya yang kurang menarik minat pengguna untuk mencubanya.
Tetapi dengan kehadiran Clover ianya menarik minat aku untuk mencubanya atas reka bentuknya seakan-akan tab yang terbina pada pelayar web Google Chrome. Bukan sahaja reka bentuknya yang seakan-akan Chrome, aplikasi ini juga menyokong penggunaan keyboard shortcut antaranya kekunci CTRL+T untuk membuka tab baru.
Antara perkara yang boleh dilakukan oleh Clover
- New tab
- Duplicate
- Pin tab
- Close tab
- Close other tabs
- Close tabs to the right
- Reopen closed tab
- Bookmark all tabs

Muat Turun Clover
Muat Turun Clover
Perhatian : Menurut pembangun aplikasi ini, Clover menyokong Windows XP, Windows Vista, Windows 7 dan Windows 8
Untuk senarai keyboard shortcut yang boleh korang gunakan pada Clover, sila rujuk disini.
29/08/2012, 04:45 pm
Dah berapa lama guna Clover? Puas hati tak?
29/08/2012, 05:09 pm
Aku dah pakai dalam seminggu camtu… Agak best la.. boleh bookmark, pin tab, dll… nice app la.. UI pun cantik..
29/08/2012, 05:46 pm
Okeh. Aku nak pi cuba kejap. Thanks for the info, bro!
29/08/2012, 08:15 pm
boleh try ni..
30/08/2012, 03:59 pm
lambatnye nk download
boleh bagi link mediafire x?
31/08/2012, 04:53 pm
ni theme apa :O cantik ! nak boleh ? haha
08/09/2012, 10:09 am
Maaf.. Baru perasan komen ko masuk spam.. aku pakai theme nie.. http://k-johnson.deviantart.com/art/Clearscreen-Sharp-for-Windows7-141360821
05/09/2012, 01:09 pm
cantik tema windows 7 tu.. blh share x Mrpiratz??
08/09/2012, 12:32 pm
agak hang klu pki lptop cikai mcm ak ni.hahaha
08/09/2012, 11:54 pm
Benda nie tak ganggu memory usage sangat pun…