556 views 2 comments

Counters – Pantau Panggilan, Pesanan & Penggunaan Data Untuk Nokia Lumia

by on July 31, 2012
 

Pihak Nokia baru sahaja melepaskan aplikasi Counters dalam versi Beta untuk telefon pintar Nokia Lumia di BetaLabs. Aplikasi ini membenarkan pengguna Nokia Lumia memantau & menguruskan panggilan dan pesanan serta penggunaan data setiap bulan. Aplikasi ini juga mempunyai fungsi reset jumlah penggunaan setiap bulan mengikut tarikh pengebilan bulanan yang telah ditetapkan oleh pengguna itu sendiri.


Antara fungsi Utama Counters

  • Menetapkan had untuk panggilan, pesanan, dan penggunaan data.
  • Menetapkan tarikh permulaan pengiraan mengikut pengguna.
  • Memaparkan senarai kenalan terbanyak dihubungi.

Aplikasi Counters ini memerlukan Windows Phone versi 8773 atau 8779 untuk dijalankan. Maklumat berikut boleh didapati di Settings>about>more information>”OS version”.

Jika korang masih belum mempunyai versi berikut, sila periksa firmware terkini untuk peranti Lumia korang. Langkah mengemaskini Nokia Lumia boleh rujuk pada artikel [Tutorial] Langkah Mengemaskini Nokia Lumia (Gambar & Video)

 Disebabkan aplikasi ini masih dalam versi beta, terdapat beberapa fungsi tidak disertakan buat masa ini.

  • Tiada notifikasi dipaparkan apabila jumlah penggunaan mencapai had. (Akan disertakan pada kemaskini akan datang)
  • Panggilan berbentuk ‘conference’ tidak dikira secara tepat
  • Tidak boleh menetapkan nilai had data dalam bentuk pecahan. (Sebagai contoh : Nilai had data sebanyak 1.5GB/bulan)

Muat Turun Counters

Muat Turun Aplikasi Counters Untuk Nokia Lumia

Jika korang klik pada link diatas ianya memaparkan ‘App not found‘, sila imbas kod QR dibawah menggunakan peranti Nokia Lumia korang. Selamat mencuba. Err.. Korang dah try Camera Extras?

Kongsikan Artikel Kami
comments
 
Leave a reply »

 

Leave a Response