460 views 17 comments

3 Custom ROM Popular Untuk Peranti Android

by on April 28, 2012
 

Jika dahulu aku ada menulis mengenai Stock ROM, Custom ROM dan Firmware tapi kali ini aku ingin berkongsi pula beberapa custom ROM yang popular untuk telefon pintar Android. Custom ROM ini adalah berasal dari stock ROM yang telah diubahsuai bagi menambah beberapa fungsi lain yang sesuai untuk sesebuah telefon pintar. Ini juga adalah satu sebab mengapa ramai memilih Android dikalangan mobile OS yang lain kerana Android datangnya dari sumber terbuka.

1. CyanogenMod

CyanogenMod memang popular dikalangan custom ROM untuk Android. Ini kerana custom ROM yang dihasilkan oleh CyanogenMod meliputi hampir kesemua jenis peranti yang menggunakan Android. Untuk melihat model peranti Android yang menyokong CyanogenMod sila ke pautan dibawah.

Model Peranti Android Yang Menyokong CyanogenMod

LockScreen Gesture


Pengguna boleh melukis apa-apa sahaja pada bahagian lockscreen untuk melancarkan sebarang aplikasi.

Phone Goggles


Aplikasi ini berkeupaya menapis segala komunikasi keluar dan mengelak apa-apa panggilan yang tidak diperlukan atau SMS dihantar. Pengguna boleh menetapkan konfigurasi.

OpenVPN


Fungsi ini membolehkan pengguna menetapkan VPN yang mahu mereka guna. Maklumat lanjut : OpenVPN on CyanogenMod

Incognito Mode


Di Incognito Mode, pengguna boleh melayari internet pada browser dalam mod halimunan. Ini bermakna, segala laman web yang korang layari tidak direkod didalam History dan segala Cookies dibuang sebaik sahaja korang keluar dari laman tersebut.

DSP Equalizer


DSP dari perkataan digital signal processor jika korang mahu tahu. Pada fungsi ini, ia meningkatkan keupayaan memproses bunyi. Pengguna boleh mengubah beberapa parameter seperti bass boost, 5 band equalizer, virtual room effect dan lain-lain mengikut citarasa pengguna tersebut.

Sokongan Tema


Pada Theme Manager, pengguna dibenarkan membina fail APK untuk yang dapat menukar seluruh paparan.

2. MIUI

Cara menyebut MIUI adalah ‘mee-you-eye‘ (Mi-U-I). MIUI adalah custom ROM yang pernah aku cuba pada Google Nexus S abang aku. Ianya juga menyokong pelbagai peranti Android, tetapi tidak sebanyak CyanogenMod. MIUI adalah diantara custom ROM yang mempunyai paparan yang cantik dan menarik. MIUI juga mempertingkatkan bahagian notifikasi, pendailan, dan beberapa peningkatan pada aplikasi seperti Gallery, Music, & Camera. Ianya juga mempunyai File Manager yang menarik.

MIUI Desktop


Widget dan app dipaparkan disini. Terdapat 8 jenis transaksi skrin yang boleh digunakan dan diakses dengan mudah

Smart-Dailer


T9 Smart-Dailer boleh mencari kenalan mengikut nama, no. telefon, atau kekerapan pengguna menghubungi mereka. Secara asasnya, tiada aplikasi dari Android yang boleh memantau aktiviti telefon.

Messaging (Pesanan)


Mudah bagi menghantar pesanan secara pukal kepada banyak nombor/kenalan. Kenalan boleh ditambah bila-bila masa.

Phonebook


Aplikasi ini memudahkan pengguna mencari kenalan mereka. Penambahan kenalan baru juga boleh dilakukan dengan mudah. Selain dari itu, ianya juga mempunyai ruangan pengurusan kenalan berkumpulan (advanced group-management) dan pengguna boleh mengubah saiz paparan gambar kenalan.

Tema dan Paparan


Proses penukaran paparan dapat dilakukan dengan mudah dan pantas. Pengguna juga boleh mencampurkan bahagian-bahagian yang mereka minati pada sesuatu tema. Selain dari tema, pengguna juga dapat mengubahsuai nada dering, wallpaper, font, lockscreen dan lain-lain.

Camera


Proses melancarkan aplikasi kamera dilakukan dengan pantas, jadi pengguna tidak akan terlepas peluang untuk mengambil gambar yang bermakna. Pelbagai ciri-ciri baru seperti Continuous shooting, Timers, special effects, dan ISO adjustment.

Gallery


Proses melayari galeri lebih lancar. Pengguna juga boleh memilih jenis paparan mengikut album atau folder.

Music


Lirik, kulit album, dan track ID3 boleh diubah pada aplikasi ini. Menyokong gesture dan shaking untuk menukar lagu dengan mudah.

Bar Notifikasi


Kesemua pautan kawalan (seperti Wi-Fi, Bluetooth, dan tahap kecerahan) boleh diakses secara terus dari bar notifikasi. Menariknya, apabila pengguna seretkan bar ke bahagian bawah skrin, ia akan memaparkan 12 jenis tetapan yang biasa digunakan.

Lihat peranti yang menyokong MIUI

3. DarkyROM


DarkyROM lebih kepada custom stock ROM. Jika tidak silap, DarkyROM hanya menyediakan custom ROM untuk peranti Samsung yang menggunakan Android (Galaxy S & Galaxy SII). Pada DarkyROM, ia mengubahsuai TouchWiz UI, mengeluarkan beberapa aplikasi/fungsi yang tidak diperlukan dan menambahkan fungsi mereka sendiri.

Pergi Ke Laman Komuniti & Pembangunan DarkyROM

Kongsikan Artikel Kami
 

Tinggalkan komen anda