44 views 18 comments

Demo USB On The Go Di Nokia E7 #Maxis10

 

Nokia E7 adalah salah satu daripada smartphone yang menyokong fungsi USB On The Go (OTG). Ia dikatakan menyokong kebanyakkan peranti yang menggunakan USB seperti Flash Drive. Disebabkan Nokia E7 ini tidak mempunyai slot untuk menambah kapasiti memori, dengan USB OTG korang boleh gunakan Flash Drive sebagai salah satu alternatif lain untuk berbuat demikian. Melalui USB OTG juga, korang boleh melakukan data backup. Seorang rakan aku ada mengemukakan pertanyaan iaitu “USB OTG boleh disambung pada portable hard disk dan tetikus tak?“. Bagi menghilangkan keraguan dia, aku telah rakamkan video 3 percubaan aku menggunakan USB OTG dengan 3 peranti yang lain iaitu USB flash drive, portable hard disk (aku menggunakan Maxtor 320GB), dan tetikus.

Kabel dan Lokasi

Kabel USB OTG ini didatangkan sekali dengan unit Nokia E7.

Lokasi slot USB OTG ini adalah pada bahagian atas sebelah kiri Nokia E7 tersebut. Ia berkongsi slot bersama pengecas, dan kabel sambungan ke komputer.

 

Demo USB OTG

Nak tahu berjaya atau tidak, tontonilah video dibawah.

Please enter the url to a YouTube video.

[box type=”note”]Nasib baik proses upload ke Youtube berjalan lancar. Jika korang ada pertanyaan mengenai Nokia E7 ini, korang boleh ajukan di mana-mana ruangan komen entri Nokia E7 ini.[/box]

comments
 
Leave a reply »

 

Leave a Response