436 views 0 comments

[Firefox] Tukar Bookmarklet Kepada Paparan Butang/Ikon

by on May 23, 2012
 

Adakah korang pengguna Mozilla Firefox dan mempunyai bookmarklet yang memenuhi bookmark toolbar? Jika ya, mungkin cara ini boleh membantu korang memperkemaskan lagi paparan Mozilla Firefox. Bagi aku sendiri, aku menggunakan bookmarklets untuk memudahkan aku melakukan kerja-kerja. Antaranya adalah Classic RT, Share On Twitter dan WP Toolbar. Walaupun hanya 3 bookmarklets yang aku gunakan, ianya agak kurang kemas. Jadi hari ini aku terjumpa satu cara untuk menjadikannya butang. Gambar dibawah adalah contoh sebelum butang bookmarklets dihasilkan dan selepas ianya dihasilkan.


Sebelum


Selepas

Langkah Menghasilkan Butang Bookmarklets

1. Pertama sekali, korang perlulah memuat turun addon Custom Buttons dan memasangnya didalam Firefox.

Muat Turun Custom Buttons

2. Sebaik sahaja korang selesai memasang addon tersebut, korang perlu mengaktifkan Menu Bar. Untuk mengaktifkan Menu Bar, korang perlu menekan kekunci ‘ALT‘. Seterusnya klik pada View > Add new button seperti yang ditunjukkan pada gambar dibawah.

3. Seterusnya , namakan butang tersebut dan biarkan ruangan Button URL kosong. Addon ini didatangkan dengan pelbagai warna bintang, tapi aku gunakan ikon untuk memudahkan aku mengenalpasti bookmarklet. Jadi korang boleh menggunakan gambar sebagai ikon untuk butang tersebut. Pastikan korang menggunakan gambar yang bersaiz 16X16. Untuk kod javascript bookmarklets, korang perlu masukkan pada bahagian Code.

Untuk kod Javascript, korang perlu menambah kod berikut.
loadURI(“KOD BOOKMARKLETS DISINI”);

4. Bila butang tue dah siap buat. Untuk memaparkannya korang perlu pergi ke View > Toolbars > Customize.

5. Akhir sekali, seretkan (drag) ikon/butang korang buat tadi ke bahagian toolbar yang korang mahu ianya berada. Selamat mencuba.

Siap jugak entri ketiga minggu ini. Target minggu ini untuk paparkan artikel baru tiap-tiap hari. Pada mereka pembaca setia laman blog ini, kesemua entri baru mungkin akan dikeluarkan pada jam 12 tengah malam hingga 2 pagi.

Kongsikan Artikel Kami
Be the first to comment!
 
Leave a reply »

 

Leave a Response