
Hari tu aku ada menulis mengenai Keyboard Shortcut Untuk Facebook. Dan kali ni aku nak tulis pulak pasal fungsi kekunci ‘F’ yang ada kat keyboard korang. Mungkin korang suka menggunakan tetikus untuk melakukan apa-apa, tetapi masih ramai yang belum tahu apakah fungsi kekunci tersebut. Bagi yang tak tau, korang terpaksa la menghafal fungsinya. So, lepas ni dah boleh guna dah.
F1 untuk Help/Support
Bila korang tekan jerk kekunci F1, ia akan membawa korang ke bahagian Help. Jika korang berada di Desktop, ia akan membawa korang ke Windows Help and Support Centre.

Tetapi, jika korang kat Firefox, ia akan membawa korang ke halaman Support Mozilla.
F2 untuk Rename
Klik je pada folder/file, dan tekan kekunci F2. Dengan mudah korang boleh menukar nama folder/file tersebut. Tidak lagi perlu menekan butang kanan pada tetikus. Mudah kan?
F3 untuk Carian/Search
Bila korang tekan je kekunci F3, secara automatik korang akan dibawa ke Search Dialog Box (jika korang berada di Desktop). Jika korang berada di browser, ia akan mengeluarkan popup yang mempunyai fungsi yang sama, iaitu Search Box.

F4 untuk Select Address Bar di Explorer
Kalau korang tekan kekunci F4 plak, secara automaik ia akan select dan highlight address bar. Tidak kiralah sama ada korang berada kat Windows Explorer atau pun pelayar internet.

F5 untuk Refresh
Aku rasa ni semua orang tau kot fungsi dia. Jadi tak perlu kot aku terangkan secara detail. Hehe.
F6 untuk Toggle Active Windows
Fungsi ni untuk toggle elemen yang ada kat active windows. Korang perlu tekan F6 berulang-ulang sehingga dapat apa yang korang mahu.
F10 untuk Memperlihatkan Menu Bar
Kekunci ini akan mengaktifkan menu bar pada Windows Explorer. Menu bar ini disembunyikan (Windows 7). Kadang-kadang ia juga disembunyikan pada pelayar internet (Google Chrome, Firefox dan lain-lain). Contoh yang terdapat pada menu bar; File, Edit, View, Tools dan Help.

F11 untuk Paparan Penuh/Full Screen
Akhir sekali, pabila korang tekan kekunci F11, ia akan memaparkan paparan penuh. Jika di Windows Explorer, ia akan menghilangkan top menu bar dan status bar. Begitu juga pada pelayar internet.
Harap maaf jika entri kali ini agak membosankan. Ini sahaja yang terlintas didalam kepala. Hehe. Pada sesiapa yang belum tahu shortcut lain yang korang boleh aplikasikan dari keyboard korang, jemput baca entri 127 Keyboard Shortcuts Key untuk Windows.
23/01/2011, 09:47 pm
sumpah baru tahu yang F2 tu.. isk isk iskk.. terima kasih share.. dah dapat ilmu baru.. wahahaha
23/01/2011, 09:51 pm
same la.. aku pun baru tau.. sebelum2 nie, right clicks je.. hehe
24/01/2011, 10:35 am
wah encik piratz! blog hang ni dh ade PR… 2/10 lak tu.. tahniah.. haha…
24/01/2011, 06:14 pm
ala.. aku tak ambik kisah pun pasal pagerank tue..
24/01/2011, 09:14 pm
bagi aku pagerank ‘nyawa’ blog…. alexa rank boleh tipu guna software tukanas atau alexa enhancer je… haha…
24/01/2011, 09:21 pm
huh… watpela nak tipu2… lol…
23/01/2011, 09:57 pm
baru sy tahu beberapa perkara … tq
23/01/2011, 10:27 pm
Aku kerap gune F2 dan F5 jek
Most convenient key :)
23/01/2011, 11:38 pm
Salam…
Dulu2 ada jgk belajar benda ni tp skrg ni dah berkarat otak, dah malas nak mengapal….ingat F5 je…
24/01/2011, 12:26 am
mudah kalau dah taw fungsi F nie kan…
shortcut paling mudah dan cepat
24/01/2011, 02:50 pm
besh pa… thanx
24/01/2011, 07:33 pm
Suke gune F5 utk refresh,mmg pantas jari ku menekan. Satu lg yg best ( F4 + Alt ),mudah utk exit/padam suatu ‘open window’. i like….
25/01/2011, 12:57 pm
aku selalu guna F2 dgn F5 je..hu3
aku try kat Ubuntu..patut la x leh..hahaha
26/01/2011, 06:17 pm
hoho, baru aku tahu bertapa noob nya aku pasal shortcut dalam windows ni. ehem, kalau dalam ubuntu plak apa fungsi2 nyer yerk?
26/01/2011, 06:31 pm
entah la isa.. Tue kena tunggu aku pakai ubuntu la plak.. :P
27/01/2011, 10:07 pm
hoho, abistu bila ko nak pakai ubuntu ni? leh jd buntu cam aku sekali. haha
30/01/2011, 03:42 am
aduh.. kalau aku tak baca habis2.. mmg aku ingatkan huruf F tu.. huhuhuhuhu
30/01/2011, 09:29 am
fikir lucah ar tue..
30/01/2011, 09:33 am
erkkk serius aku tak tahu apa kena mengena huruf F dengan kelucahan :D btw cpanel aku dah bebas daripada kena hack..
03/02/2011, 01:36 pm
tnkq bro psal info ni…aku pn tau skit ke stkat f5.hehe
ske bce blog ni
04/02/2011, 12:34 am
Hampir kekunci shotcut ‘F’ ni aku noob kecuali F11. Tapi dah baca baru tau. hehehe.
11/02/2011, 07:35 am
thanks for info derr