19 Fungsi Lain WordPress Selain Blog
|
|
|
Banyak blogger di dunia ni menggunakan platform WordPress untuk menulis blog. Dengan menggunakan WordPress, korang boleh melakukan pelbagai benda selain menulis blog. Korang boleh membuat WordPress tersebut sehingga ia tidak kelihatan seperti menggunakan platoform WordPress. Untuk melakukan sedemikian, korang perlulah menggunakan theme yang berbayar. Agak sukar untuk korang menjumpai theme yang percuma. Hari ni aku bukan nak bagi theme, aku just nak preview kegunaan WordPress selain daripada blog.
Berikut adalah antara WordPress Theme yang telah mengubah WordPress dari platform blog ke fungsi lain.
1. Voting Site

Theme seperti Nominate ni membantu korang membina laman sosial aggregator seperti digg.
2. Laman Soal Jawab (Questions & Answers Site)

Laman ini seperti Yahoo Answer. Dan mungkin juga boleh dibuat seperti Formspring. Antara theme yang diperbuat khas untuk fungsi ini adalah Answer dan Instant Q&A.
3. Laman Forum

Theme gForum aku pernah mencubanya. Memang kelihatan sama seperti laman-laman forum yang menggunakan vBuletin, phpBB, dan lain-lain.
4. Laman Wiki

Mungkin laman Wiki ini diinspirasikan dari laman Wikipedia.ORG. Antara theme yang boleh melakunya adalah WordPressWiki.
5. Laman FAQ (Frequently Asked Questions)

Benda ni selalu digunakan kat laman-laman yang mempunyai khidmat pelanggan (Customer Service). Dengan adanya laman FAQ seperti Knowpress, ia akan memudahkan kerja-kerja khidmat pelanggan.
6. Laman Classified

Aku nak terang laman Classified ni camne pun tak tau. Tapi ia berfungsi seperti laman periklanan dan jual beli seperti Mudah, Lelong, Ebay, dan lain-lain. Antara contoh yang korang boleh lihat seperti ClassifiedTheme.
7. Laman Coupon

Ni satu lagi laman yang aku memang tak paham macam mana ia berfungsi. Dari apa yang aku lihat, ia seolah-olah laman yang berkongsi segala Coupon Discount yang ada. Menarik jugak tu. Contoh : CouponPress.
8. Laman Aggregator

Laman aggregator ni tak perlu la aku perjelaskan sangat. Sebagai contoh seperti KakiKomplen. Laman KakiKomplen ni menggunakan platform WordPress dan yang penting ia milik seorang warganegara Malaysia. Antara theme yang korang boleh gunakan untuk membuat laman aggregator ni seperti Accumulo dan OneNews.
9. Laman Direktori

Walaupun laman direktori ini sudah tidak berapa popular, tetapi mungkin ia berguna pada sesetengah orang. Contoh laman direktori yang menggunakan WordPress sebagai platformnya adalah, DirectoryPress. Sangat mudah untuk menguruskan kesemua datanya.
10. Laman Review

Addict pada PC Game dan nak review game tersebut? Theme Mammoth antara theme yang boleh korang gunakan.
11. Tumblr Look Alike

Laman Tumblr adalah salah satu platform microblog. Dan kini dengan WordPress korang boleh membuat blog yang serupa dengan fungsi Tumblr. Untuk mendapatkan theme tersebut korang boleh pergi ke entri 4 WordPress Theme di Inspirasi Dari Tumblr.
12. Laman Galeri

Minat berkongsi gambar-gambar? Mesti korang memerlukan theme yang berasaskan galeri.
13. Laman E-Commerce

Korang nak buat bisnes internet atau ada barang nak dijual? Contoh : Jual Jersey secara online seperti SoccerPitStop. Mungkin cara ini dapat membantu korang memajukan bisness korang. Selamat mencuba.
14. Laman Real Estate

Laman ni sama seperti Classified. Tapi theme dan fungsi yang digunakan lebih menarik dan user-friendly. Kebanyakkan theme ini digunakan untuk menjual/menyewa rumah atau menjual perabot. Contoh : Real Estate
15. Twitter Look-Alike

Twitter adalah satu laman microblogging yang popular. Banyak source code yang dikeluarkan untuk membuat laman sepertinya. Antaranya adalah P2 yang dibuat oleh Automattic (Pencipta WordPress).
16. Laman Iklan Perkerjaan

Ingin membantu rakan-rakan mencari kerja. Mungkin ini cara baru untuk membantu mereka. Laman yang berfungsi seperti Jobstreet. Contoh : JobPress
17. Laman Resume

Penat mencari kerja? Putus asa? Nanti dulu. Cuba cara ni pulak. Buat Resume Online mengenai korang, Mana la tau ade company nak ambik korang kerja. Contoh : MyResume
18. Laman Panduan Bandar (City Guide)

Ingin mempromosi tempat-tempat yang menarik pada rakan-rakan atau pelancong asing, mungkin ini adalah langkah terbaru yang bersesuaian dengan zaman sekarang. Contoh : City Guide
19. Laman Dalam Pembinaan/Penyelengaraan

Theme ini sesuai untuk sesiapa yang mahu melancarkan laman web baru, menyelenggara atau sebab-sebab lain. Mudah dengan hanya satu klik. Contoh : BeBackWP
Sumber/Source
- 10 Awesome Things To Do with WordPress | SelfTest.Com.Pk
- 50 Best Ways To Use WordPress | WPJedi.Com
- WordPress Themes with Unusual Uses | AppStorm
p/s : Selamat menikmati entri yang panjang dam mempunyai banyak gambar. Jap g nak g Gath GengBlogger.
|
|
|


![[Download] 4 Wordpress Theme Diinspirasi Dari Tumblr](http://mrpiratz.com/wp-content/uploads/2010/07/tumblr.jpg)



Affan
September 28, 2010
thanks bro, entry ni bg aku idea nak buat sesuatu