Langkah Menaik Taraf Samsung Galaxy Note Ke Android 4.0 Ice Cream Sandwich

Diterbitkan Pada . Oleh

Mungkin korang tahu, Samsung Galaxy Note kini telah menerima kemaskini Android 4.0 – Ice Cream Sandwich. Kehadiran ICS ke Galaxy Note begitu ditunggu-tunggu kerana aku ingin melihat peningkatan baru untuk Galaxy Note iaitu Premium Suite. Disebabkan aku tidak pernah menggunakan telefon pintar Android dalam jangka masa yang lama, agak sukar untuk aku mendapatkan cara untuk mengemaskini firmware untuk telefon pintar Samsung tersebut. Akhirnya, aku menemui juga cara untuk menaik taraf Galaxy Note tersebut ke versi ICS dari versi Gingerbread. Dan mungkin salah sorang dari korang pengguna yang menggunakan Galaxy Note dan tidak tahu bagaimana untuk untuk memasang ICS pada peranti Galaxy Note, sila ikuti tutorial bergambar dibawah.

Langkah Mengemaskini Firmware Samsung Galaxy Note Ke ICS

1. Pertama sekali korang perlu memasang aplikasi Samsung Kies pada komputer korang. Sila muat turun Kies mengikut sistem operasi komputer korang.

Muat Turun Aplikasi  Kies 2.0

2. Pasang aplikasi tersebut pada komputer korang, dan jalankannya sebaik sahaja proses pemasangan selesai. Korang akan dapat melihat paparan Kies 2.0 seperti dibawah.

3. Sambungkan Galaxy Note korang ke komputer, dan jika peranti Galaxy Note korang menerima kemaskini, ianya akan mengeluarkan popup seperti dibawah. Nak terus update ke? Nanti dulu. Kena buat back up dulu. Sebagai langkah keselamatan. Untuk melakukan back up, korang perlu menekan butang ‘Cancel‘ terlebih dahulu

4. Pergi ke bahagian tab Back up/Restore, pilih maklumat manakah yang korang mahu back up dan klik butang ‘Back up‘.

5. Kembali ke tab ‘Basic Information‘, pada bahagian Firmware Information jika terdapat paparan seperti dibawah, klik butang Firmware Upgrade.

6. Pada bahagian ‘Caution’ sila baca dan fahami betul-betul. Dah puas baca, tandakan kotak-kotak yang perlu dan klik Start Upgrade.

Pastikan bateri Galaxy Note korang berada didalam kapasiti 60% keatas. Sambungan internet juga hendaklah stabil. Kadar kelajuan yang laju lebih bagus, sebab takde la lama kena tunggu.

7. Notis ini akan paparkan memberitahu korang yang mengenai beberapa tetapan akan di reset kepada tetapan asal. Tekan saja butang Next tak payah baca. Haha.

8. Seterusnya, Kies akan memuat turun beberapa Firmware yang diperlukan untuk proses kemaskini ini. Biarkan sahaja, kerana ianya dijalankan secara automatik.

9. Sebaik saja Firmware dimuat turun tadi dipasang, proses memuat turun Android 4.0 Ice Cream Sandwich akan dijalankan. Masa nie korang dah boleh pegi buat air.

Lepas je muat turun selesai, proses pemasangan Android 4.0 ICS akan dijalankan secara automatik.

10. Yeay. Samsung Galaxy Note telah berjaya dinaik taraf ke Android 4.0 ICS. Cabut kabel USB dan Restart Galaxy Note korang tue.

11. Dah siap restart kan? Korang cucuk semula kabel USB sebab aku nak suruh korang restore balik back up yang korang buat. Kat Kies, pergi ke tab Back up/Restore, scroll skit kebawah, klik butang Restore.

12. Lepas Restore mesti korang nak godek-godek tengok apa yang baru kat ICS kan, maknanya korang dah boleh tutup blog nie. Esok datang lagi ye. Selamat mencuba.

Patutnya artikel nie aku publish semalam (Jumaat), skali terlelap plak. So, pas subuh tadi terus sambung. Petang karang aku nak pegi Lepak-IT dengan Team Amanz Network kat KLCC. Jom la kalau korang nak tengok Samsung Galaxy S3 + Nokia Lumia 800.

 

59 Komen Diterima.

  1. fauzee

    10/06/2012, 03:38 pm

    kenapa aku buat spi 6% lpas tu kluar command box “gagal menjalankan upgrde..ralat tidak dapat dikenal pasti”… dh bnyk kali buat tetap same je jadiny… ade ape2 suggestion bro???

    Reply
  2. Fadhlan

    06/07/2012, 04:31 pm

    salam, nak tanya. kalau guna kies ni untuk update android 4.0 ice cream untuk samsung galaxy tab 10.1 pun boleh ke? ke hanya untuk note sahaja? sbb skrang guna honeycomb, trasa nk update plak. yg jellybean pun boleh jugak ke? tq. repy reply

    Reply
    • Mr Piratz

      06/07/2012, 05:58 pm

      Hi,
      Untuk update Galaxy Tab 10.1 pun still cara yang sama.. Tapi kena tunggu Samsung umumkan update ICS untuk Galaxy Tab 10.1 la.. Buat masa sekarang masih belum dengar cerita official bila keluar ICS untuk Tab 10.1.. Dijangka bulan nie jugak.
      Untuk Android 4.1 (JellyBean) boleh je nak update kalau samsung ada keluarkan update Jellybean untuk Tab 10.1.. Satu lagi boleh jugak kalau guna custom rom kalau ada orang develop rom Jellybean untuk Galaxy Tab 10.1..

      Reply
  3. ali

    28/08/2012, 11:13 pm

    Saya nak berhubung dengan anda melalui telpon. Ada masalah sikit berkenaan ics yg telah saya upgrade. Boleh email saya nombr tel anda. ASAP

    Reply
    • Mr Piratz

      02/10/2012, 10:35 pm

      Cuba pegi Settings > Bahagian Wireless and network pilih ‘More…’ > Mobile networks >Tengok kat Network mode pakai GSM/WCDMA.. Kalau boleh buat auto/WCDMA untuk 3G.. Kalau GSM memang takkan dapat 3G

      Reply
  4. zul

    15/10/2012, 08:25 pm

    biasenye berapa lame untuk download firmware components tu? sy download dr 0%-99% lancar je.. xsampai 15minit.. tapi dari 99% – 100% dia xbergerak.. memang dekat hujung tu makan masa ke ataupun ada masalah ape2..? connection internet stakat ni xada masalah..

    Reply
  5. lan

    27/12/2012, 09:50 pm

    takut la nk upgrade sendiri mcm xconfident jer…..xblh bawak kat samsung servis centre ker?atau ade kedai yg blh upgrdekn note sy nie…..nk ty ics nie blh install astro on the go ker?sbb jelly bean 4.1 yg dpt astro on the go nie….please reply…

    Reply
    • Mr Piratz

      28/12/2012, 03:43 am

      Ala.. Bukan susah pun.. Yang penting line internet kena stabil… Samsung service centre tak sure plak boleh upgrade.. Kalau kedai not sure.. Kompom diaorang akan charge..
      Untuk Astro On-The-Go, note 1 boleh guna.. Tapi tak sure plak kalau ko tak upgrade ICS boleh guna ke tak..

      Reply
  6. Rosilah Binti Ruslin

    01/01/2013, 10:17 pm

    as-salam..nk tanya, album gmbr yg terdelete dlm note, boleh restore balik x.? almost 4++ pcs gmbr yg anak sy deleted..pls help me…

    Reply
    • piratz

      16/01/2013, 02:44 am

      Ya – Anda kena root phone, flash mana² ICS rom/ custom rom untuk device.. Tapi ianya akan membuatkan device tersebut tidak ada lagi warranty.

      Reply
  7. pett

    17/01/2013, 12:53 am

    xingat lak,tp kdng2 mmg slalu pg updated yg dkt stting tu.updated dlm hp je tk pernah buat mggunakn kies mcm ni, smlm bila cek knpa hp sy xdpt nk buat ics mmgunkn kies ni , bila tgok kt fon stting version 4.0.4.

    Reply
    • piratz

      17/01/2013, 02:31 am

      Apa² version Android yang dimulai dengan 4.0.X adalah ICS. Tutorial kemaskini ini dibuat dari Galaxy Note Gingerbread 2.3.6… bagi mereka yang baru memiliki galaxy note, mungkin ianya telah didatangkan dengan ICS secara automatik dari kilang..
      Note : X = Sebarang nombor..

      Reply
    • piratz

      17/01/2013, 02:33 am

      Satu lagi, langkah kemaskini ini menggunakan cara kemaskini melalui Kies.. Selain dari itu, pengguna juga boleh melakukan kemaskini melalui OTA (over the air) seperti saudara lakukan pada bahagian settings tersebut. Kadang² langkah kemaskini melalui OTA disertakan lebih awal dari kies atau vice versa..

      Reply
  8. izzat

    17/01/2013, 12:59 pm

    nk tye sikit laa…versi android ape yg paling menarik sekali…di antara versi2 android yang ada…skrg sy pkai note 1st model…kalau ank upgrade..versi mana yang lebih bagus…tq..

    Reply
    • piratz

      17/01/2013, 01:02 pm

      Versi JellyBean… Tapi custom rom la… kena root, flash custom rom… yang bestnya, ada multiview macam note 2 dan pelbagai lagi fungsi note 2 ada…

      Reply
  9. juriana

    26/01/2013, 09:26 pm

    sy nak tanye, mcm mana nak bukak fanpage fb dari hp galaxy note 10.1? sy ada personal fb dan fanpage (untuk berniaga).kalau dari laptop, blh buka dua2 tu serentak..tp bila buka melalui note 10.1, sy just blh buka fanpage tp xblh nak tgk notification, xblh update gmbr,status, dsb..mcm mane nak buat mcm desktop setup ye?

    Reply
  10. sha

    20/05/2013, 03:44 am

    Salam. Nape bila download apps, shortcut xder kat menu? Only appear kat wallpaper. Xseronok tgk wallpaper serabut dgn shortcut. Sy guna samsung tab10.1 . Kenape ekk?

    Reply
  11. hanis

    25/05/2013, 01:16 am

    Salam. sekarang saya pakai galaxy note 1,tapi masalahnya hp saya ni macam over sensitive. Macam kalau bukak camera,games or apa apa application nanti dia balik Home semula. Haritu ada bawak samsung center dia reset katanya tapi bila check balik tetap sama over sensitive tu. Lepastu,saya ada bawak pegi kedai cuba cuba tanya then cina tu cakap iphone dia pun pernah jadi sama(over sensitive)dan tak boleh buat apa apa. Susah nak guna phone kalau over sensitive sampai kalau nak tekan number baru untuk save kalau gerak sikit(dia ada bunyi mcm vibrate) dia terus balik Home. Jadi,phone ni macam bosan kalau nak main game pun tetiba dia keluar sendiri. Harap dapat tolong masalah saya ye?Terima Kasih

    Reply

Tinggalkan Komen Anda

:amazed: :angel: :angry: :beaten: :bored: :clown: :confused: :cool: :cry: :devil: :doubtful: :emo: :frozen: :grin: :indian: :karate: :kiss: :laugh: :love: :millionaire: :nerd: :ninja: :party: :pirate: :punk: :sad: :smile: :speechless: :sweating: :tongue: :vampire: :wacky: :wink: :actress: :archaeologist: :artist: :comedian: :genius: :hippie: :newpolitician: :politician: :queen: :robot: :singer: :villian:

(*) Penting!! Jangan tinggalkan ianya kosong!

Trackbacks/Pingback