[Games] Mengembara Bersama Max & The Magic Marker

Ditulis oleh

Hari ni aku nak share sikit ngan korang antara permainan yang terdapat didalam lappy aku ni. Selain Plants VS Zombies, Max & The Magic Marker adalah satu permainan aku main. Kenapa ye? Permainan ini tidak memerlukan korang mempunyai komputer yang hebat. Walaupun permainan ini kelihatan seperti permainan kanak-kanak ia amat menyeronokkan. Jika korang ingin mengetahui bagaimana permainan ini dimainkan, korang boleh lihat preview video dibawah.

Sinopsis Max & The Magic Marker

Permainan ini berdasarkan 2D puzzle platform. Jika korang ada belajar fizik atau sains di sekolah, permainan ini boleh korang gunakan untuk mengadaptasikan pembelajaran korang tersebut. Ini kerana, permainan ini memerlukan korang melukis apa saja bentuk yang dapat membantu Max meneruskan pengembaraannya. Korang perlu melukis, melompat, dan berfikir cara untuk melepasi ke semua rintangan yang Max hadapi. Permainan ini dimulakan dengan Max (seorang kanak-kanak yang suka melukis) menerima sepucuk surat yang mengandungi Magic Marker. Lalu, Max pun mencuba Magic Marker tersebut dengan melukis seekor rasaksa dan mengakibatkan rasaksa tersebut hidup dan pergi mengucar-kacirkan lukisannya. Pengembaraan Max dan Magic Markernya bermula selepas Max melukis dirinya untuk menghapuskan rasaksa yang cuba mengucar-kacirkan lukisannya.

Ciri-ciri

  • Terdapat kira-kira 15 level
  • Cara pengawalan juga unik dan mempunyai elemen fizik
  • 3 dunia yang berbeza-beza (Diinspirasikan dari lukisan kanak-kanak)
  • Death traps, monsters, dan puzzle yang mencabar
  • Mempunyai challenges, secrets dan rewards untuk di unlock
  • Mempunyai soundtrack yang asli dan menarik oleh Analogik

Screenshot

Muat Turun Max & The Magic Marker

Muat turun Max & The Magic Marker via Mediafire

Langkah Untuk Bermain

1. Muat-turun permainan melalui link diatas.

2. Extract file tersebut.

3. Copy folder Max and the Magic Marker (PC) ke mana saja yang korang suka. (Dicadangkan : Di partition yang berasingan dengan Sistem Windows)

4. Buat shortcut di desktop ke atas file Max.exe dan mulakan bermain. (Cadangan sahaja)

Kepada korang yang ada adik-adik yang sedang cuti, apa kata download permainan ini dan berikan pada dieorang. Mesti dieorang suka. Haha. :laugh:

Aku pun tak abes lagi main game nie. Payah gak la. Tension aku.

Komen

  • Pingback: myebuzz.net

  • Pingback: IMCurtain.com

  • Ala, aku nak yg untuk Mac pulak :P

    acaPAWN7 Nov 14, 2010 11:04 am Reply
    • hm.. takde la bro.. nanti aku try carik…

      Mr Piratz Nov 14, 2010 11:16 am Reply
  • Nampak macam best! Nak trylah! :grin:

    Muhd Hafiz Nov 14, 2010 11:19 am Reply
  • member aku pernah main..tgk cam utk budak2..tu yg mls nk men..hehe

    aizuddin Nov 14, 2010 1:22 pm Reply
    • tengok jerk cam budak2.. tryla main.. susah wei..

      Mr Piratz Nov 14, 2010 1:24 pm Reply
  • best
    nanti aku download eh

    wazy Nov 14, 2010 3:10 pm Reply
  • bila di fikir2kan.. cam pernah je main game nie.. tp level satu baru jalan separuh dah ngmuk2 dah… coz melukis xcantik n xmembantu he..23x

    Bro Framestone Nov 14, 2010 3:15 pm Reply
  • nak try lak…mn tau best dr plantz vs zombies aq yg da x leh jd full version… :sad:

    DUSt Nov 14, 2010 5:26 pm Reply
    • hm.. still tak dapat jadikan full version..
      camne ye

      Mr Piratz Nov 15, 2010 6:44 pm Reply
      • key da ada tapi x tau nak letak mn…kalau windows xp dulu senang jadi…skg da tukar g windows 7 x lak jd full version. :sad:

        DUSt Nov 17, 2010 9:47 pm Reply
  • ohh aku tengok game ni macam game world of goo.. konsep dia sama jer .. puzzle jugak

    Ayie Nov 15, 2010 3:51 am Reply
  • wahhhh…. dah lama tak main game camni.. last game aku main world of goo! rindunye!

    MuJE Nov 15, 2010 7:42 am Reply
  • Aku dah jumpa game ni untuk version Mac OS X..memang best la pulak, hehe :wacky:

    acaPAWN7 Nov 15, 2010 12:53 pm Reply
    • abesla.. melekat la kat komputer karang…

      Mr Piratz Nov 15, 2010 6:40 pm Reply
      • Main time busan2 je la, cam Internet tgh down ke..wahahaha..

        acaPAWN7 Nov 15, 2010 8:01 pm Reply
  • ko cuba try main game avenue flo – special delivery…best weyh, puzzle tp payah giler…try ar! aku pun nak try gak game ni…nampak cam best…

    DiaD Nov 15, 2010 2:17 pm Reply
  • haha…. aku dh lama x main game komputer ni…. dh keras tangan aku ni agaknya… lol :laugh:

    Taufik Mansor Nov 15, 2010 7:38 pm Reply
  • tima kasih, teruskan share game2 yg best & xperlu specs. yg tinggi camnie.

    XVI Nov 17, 2010 11:49 am Reply
  • xleh nak download la..pelik aku.haih..
    harap kwn2 dpt mmbantu..

    fahmi Nov 18, 2010 1:10 am Reply
  • xleh nak download la..pelik aku..haih
    harap2, kwn2 dpt mmbantu…

    wan fahmi Nov 18, 2010 1:12 am Reply
    • same la kite….

      Nazmi Othman Dec 8, 2010 8:00 pm Reply

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *