HalalScape : Pelayar Internet Islamik Pertama DiDunia
|
|
|

Seperti yang dinyatakan pada tajuk entri, HalalScape adalah pelayar internet/internet browser Islamic pertama didunia. Pelayar ini berfungsi sama seperti pelayar internet lain, yang membezakannya adalah ia dapat menapis/menyekat korang atau anak korang (bagi yang dah berkahwin) dari melayari laman web yang mengandungi unsur-unsur lucah, perjudian dan lain-lain. Yang menariknya mengenai pelayar ini ia akan menyekat jika pengguna memasuki laman web yang mengandungi unsur lucah atau perjudian dan membawa mereka ke halaman yang selamat. HalalScape bukan sahaja sesuai untuk umat Islam, malah sesuai untuk pelbagai agama dan bangsa.
Dengan mengandungi parental control, HalalScape dapat menjamin dan membantu ibu bapa mengawal anak-anak dari melayari laman yang tidak sesuai untuk usia mereka. Pelayar ini juga direka untuk dapat berintegrasi dengan laman web pencarian seperti Google, Yahoo, dan Bing. Selain dari fungsi parental control, terdapat juga addon yang boleh dimuat turun seperti Muslim Prayer Times dan Islamic Calendar. Bagi addon Muslim Prayer Times, ia mempunyai fungsi untuk memperdengarkan laungan Azan pabila waktu solat telah tiba. Ia menyokong pelbagai lokasi seluruh dunia. Manakala Islamic Calendar akan memaparkan kalendar Islam atau Hijrah di statusbar.
Setakat ini, HalalScape hanya terdapat didalam versi Windows. Ia telah dicuba pada Windows 7 Ultimate 32-bit dan berfungsi sepenuhnya. Hanya terdapat satu bahasa yang disokong iaitu English. Untuk versi Arab ia masih dalam proses pembangunan.
ScreenShot

Paparan Halaman Redirect & Notifikasi Apabila Membuka Halaman Yang Mengandungi Unsur Lucah/Judi

Menggunakan Sumber Dari Pelayar Mozilla Firefox

Lokasi & Contoh Addon Pada HalalScape
Muat Turun HalalScape Sekarang
Sertai HalalScape di Facebook
http://www.facebook.com/group.php?gid=140579199299481
Terima Kasih kepada Cin kerana memberi link Group Ini.
|
|
|

![[Giveaway] Download WinX HD Video Converter Secara Percuma](http://mrpiratz.com/wp-content/uploads/2010/05/screenshot.jpg)



paan
September 6, 2010
sangat menarik…mesti cuba..thanks..
haru
September 6, 2010
pergh..aku dah ade 3 dah browser. ff, opera ngan flock..nk kena tmbah lg nie
Mr Piratz
September 6, 2010
banyaknye…
Zala Wajik
September 7, 2010
dah guna dah browser ni :D wuwut memang belayar tanpa was2 lah.
mij
September 10, 2010
leh percaya ke kalu wat internet banking kalu gune halalscape ni?
cam bahaya je sbb baru lagi kn
Mr Piratz
September 13, 2010
die pakai source mozilla.. terpulang la kat ko…
numbness
September 22, 2010
patutnya
Oops! Halalscape has detected inappropriate content. Please don’t search this page again. Dosa!
adik2 takboleh notti2 da..hihi
ibnuDDin
January 15, 2011
Alhamdulillah,
akhirnya ada juga buatan untuk orang Islam,
izin saya sebarkan ye bro,
Mr Piratz
January 15, 2011
dipersilakan…