257 views 17 comments

Apakah Hard Disk Drive & Solid State Drive? Kelebihan & Kekurangannya

 

Semasa proses membina atau membeli sesebuah PC/laptop, harddisk adalah diantara barang utama yang menjadi pilihan. Dari segi kapasiti, jenama, hinggalah kelajuan harddisk tersebut. Dan hari ini aku ingin memeningkan lagi kepala korang semasa proses pemilihan harddisk. Adakah korang akan membeli harddisk atau hard drive (HDD) yang selalu diguna ataupun menggunakan solid state drive (SSD). Mesti korang tertanya-tanya, yang manakah lebih bagus dan berbaloi? Apakah pula perbezaan diantara kedua-duanya.

Jadi hari ini aku nak huraikan sedikit mengenai jenis, kelebihan dan kekurangan diantara kedua-duanya.

Hard Disk Drive (HDD)

Kita mulakan dengan harddisk atau hard drive (HDD). Pertama kali HDD diperkenalkan oleh IBM pada tahun 1956. HDD menggunakan medan magnet untuk menyimpan data pada piring (platter) yang berputar. Semakin laju platter tersebut berputar, semakin laju/pantas respon HDD tersebut. HDD yang berada dipasaran selalunya diantara 5400 RPM (Rotation Per Minutes/Putaran Per Minit) ataupun 7200 RPM. Sesetengah HDD mempunyai kadar putaran sehingga 15000 RPM. HDD juga mempunyai 2 saiz yang berbeza iaitu 2.5 inci (selalunya digunakan pada laptop/external harddisk) dan 3.5 inci. Selain daripada saiz, perbezaan connector juga dapat dilihat. Antara 2 jenis connector yang aku tahu adalah IDE dan Serial ATA/SATA.

Bagi IDE, ia mempunyai 40 pin berbanding dengan sata yang hanya mempunyai 7 pin. Tahap kelajuan proses pemindahan data juga berbeza untuk kedua-dua HDD ini. Bagi ID, ia mempunyai kelajuan memindahkan data dari 5MB/saat hingga 133MB/Saat. Manakala SATA, ia mempunyai kelajuan dalam lingkungan 150MB/Saat. Terdapat juga jenis SATA yang dapat menggandakan jumlah kelajuan memindahkan data sehingga 300MB/saat. Lain-lain adalah pada saiz kabel sambungan HDD itu sendiri yang mana IDE lebih besar berbanding daripada SATA.

Solid State Drive (SSD)

Seterusnya aku mahu memperkenalkan serba sedikit mengenai SSD. Mungkin korang biasa dengan ‘term’ pendrive ataupun USB drive. Untuk pendrive, ianya menggunakan mikrocip untuk menyimpan data. Jadi dengan lebih mudah SSD ini adalah menyerupai pendrive yang telah dibesarkan kapasitinya. Selalunya SSD ini diperbuat dari NAND-based flash memory atau dengan kata lain ianya menggunakan non-volatile memory. Ada ura-ura mengatakan SSD akan kehilangan data secara tiba-tiba selepas bertahun, tetapi aku rasa ianya hanyalah mitos semata-mata. Disebabkan SSD tidak mempunyai piring yang berputar, ia mampu membuatkan proses pemindahan data dengan laju. Sebagai contoh, SandForce SATA 3.0 (6 GB/s) mampu melakukan proses pemindahan data hingga ke 500MB/saat. Hingga ke hari ini, aku hanya mengetahui SSD mempunyai satu saiz sahaja iaitu 2.5 inci. Kabel sambungan menggunakan soket SATA.

Kelebihan & Kekurangan HDD dan SDD

[table “8” not found /]

[box type=’note’]Aku harap lepas ni korang dah boleh bezakan antara HDD dan SSD. Jangan beli hard disk batang besi sudah la ye. Tak pasal-pasal rugi.[/box]

comments
 
Leave a reply »

 

Leave a Response