360 views 12 comments

Buat Efek Instagram Pada Gambar Menggunakan Adobe Photoshop Action

by on May 21, 2012
 

Instagram adalah satu aplikasi untuk iOS dan Android yang membenarkan penggunanya menambah efek pada sesuatu gambar dan berkongsi pada rakan-rakan dan juga boleh dimuat naik le laman sosial seperti Facebook dan Twitter. Manakala Adobe Photoshop pula adalah satu aplikasi yang mana penggunanya dapat mengubahsuai gambar, menambah efek, dan pelbagai lagi fungsi didalamnya. Kedua-dua aplikasi ini adalah antara aplikasi pilihan dan popular buat masa kini. Mungkin ada yang tertanya-tanya, bagaimana mahu membuat efek seperti yang dilakukan oleh aplikasi Instagram menggunakan aplikasi Adobe Photoshop. Jadi, hari ini aku telah pun menemui satu cara dimana korang boleh melakukan perkara tersebut dengan menggunakan salah satu fungsi pada Adobe Photoshop iaitu Action. Untuk aku ulas mengenai fungsi ini aku sendiri tidak memahaminya, jadi apa kata kita teruskan tanpa melengahkan masa lagi.

Langkah-langkah Menambah Efek Instagram Pada Gambar

1. Korang perlulah memastikan komputer korang telah dipasang dengan aplikasi Adobe Photoshop.

Muat Turun Adobe Photoshop

Dicadangkan korang menggunakan versi aplikasi Adobe Photoshop yang terkini. Aku sendiri menggunakan Adobe Photoshop CS5

2. Seterusnya, muat turun fail ‘instagram actions‘ yang telah dibuat khas ke dalam komputer korang dan ekstrak fail tersebut.

Muat Turun Instagram Actions

3. Kemudian, pindahkan fail ‘instagram-actions-by-dbox.atn’ yang terdapat didalam fail yang diekstrak tadi ke dalam direktori Adobe Photoshop korang. “Local Disk ( C : Program FilesAdobeAdobe Photoshop CS6PresetsActions“. Ini adalah lokasi default.

Jikalau korang menggunakan aplikasi Adobe Photoshop Portable, korang juga boleh menggunakan fail action ini dengan memasukkannya ke dalam “<Portable Photoshop>AppPhotoshopCS6PresetsActions“.

4. Seterusnya, buka Adobe Photoshop korang dan masukkan gambar yang korang nak tambah efek instagram kerana aku dah nak start ajar macam mana nak guna fail action tersebut.

5. Pergi ke bahagian Menu > Window > Actions.

6. Berikut adalah diantara action/efek yang terdapat didalam fail yang korang masukkan pada Langkah 3.

7. Pilih action yang korang mahu gunakan, dan klik butang ‘Play‘.

8. Dibawah adalah perbezaan hasil dari action Instagram untuk Adobe Photoshop dan Instagram.


Menggunakan Adobe Photoshop Action


Ini adalah dari Instagram

Video Menggunakan Instagram Action di Adobe Photoshop

Please enter the url to a YouTube video.

Ok la kot filter/efek/ yang ada kat Photoshop Action nie kan. Nak yang lain tunggu aku dapatkan yang menarik, nanti aku kongsikan dengan korang semua.

Muat Turun Instagram Sekarang

Available on the App Store Coming soon to Android

Kongsikan Artikel Kami
 

Tinggalkan komen anda