208 views 3 comments

[#Iklan] Sertai Peraduan iPunya! Beli & Menang Dari P1

by on April 21, 2012
 

Mungkin antara dari korang sudah tahu, aku adalah diantara salah seorang pengguna pembekal jalur lebar 4G, Packet One Networks ( Malaysia) Sdn Bhd. atau dikenali sebagai P1. Sudah lebih 2 tahun aku menggunakan perkhidmatan internet dari P1. Tanpa perkhidmatan internet P1, aku rasa blog ini tidak berkemaskini. Haha. Mungkin korang dah tau mengenai peraduan “iPunya Beli & Menang” dari P1. Pada yang tidak tahu terus membaca.

Mengenai peraduan “iPunya Beli & Menang”, P1 menawarkan hadiah utama berupa Volkswagen Golf TSI. Selain dari itu, para pelanggan juga berpeluang memenangi lima (5) Samsung Galaxy Note, sepuluh (10) kamera WiFi Samsung dan dua puluh (20) pembesar suara X-mini yang berjumlah keseluruhan kira-kira RM180 ribu. Seperti yang dipaparkan pada gambar diatas, peraduan “iPunya Beli & Menang” ini berlangsung dari 20 April 2012 hingga 17 Jun 2012 iaitu kira-kira 2 bulan dan akan dibuka kepada para pelanggan baru mana-mana pelan P1 sepanjang tempoh peraduan.

Sepanjang tempoh peraduan, para pelanggan boleh memilih pakej P1 ForHome™, ToGo™, atau OnePlan™ yang didatangkan sepenuhnya dengan jalur lebar talian tetap dan sedia guna serta servis suara pada satu harga rendah. Untuk maklumat lanjut mengenai pakej yang ditawar, sila klik pada pakej dibawah.

p1 oneplan p1 forhome p1 togo

Sebarang petanyaan mengenai pakej anda boleh terus menghubungi bahagian Khidmat Pelanggan P1 yang terdapat pada laman utama, Facebook atau Twitter. Mereka sedia membantu anda.

Sebaik sahaja anda melanggan mana-mana pakej diatas, anda sudah layak untuk menyertai pertandingan ini. Tidak tahu dimana untuk bermula. Ikuti langkah dibawah.

1. Pertama sekali, pergi ke laman utama P1 (http://www.p1.com.my/) dan pergi ke bahagian Self-Care Login.

2. Jika anda pertama kali berada disini, sila daftarkan diri anda dengan menekan butang Register. Jika tidak, daftar masuk ke dalam akaun anda.

3. Sebaik sahaja anda berjaya mendaftar masuk, klik pada banner peraduan “iPunya Beli & Menang” seperti yang terdapat didalam gambar dibawah.

4. Satu borang popup akan muncul, dan pastikan maklumat tentang diri anda benar, dan jawab 2 soalan yang disertakan. Selamat mencuba.

Aku dah hantar penyertaan. Korang bila lagi? Langgan sekarang dan menangi hadiah diatas. Kalau korang tanya aku apa yang aku nak, dapat Samsung Galaxy Note pun dah ok. Bukan taknak kereta, tapi lesen takde. Ada Galaxy Note, dapatla aku keluar dari kepompong Nokia dan bersama-sama korang yang dah jadi otai toyol hijau. Aku pun nak gak jadi Android geek. Boleh aku buat tutorial/review tentang apps yang ada kat Android kan. Win-win situation apa. Wish me Luck..

Kemaskini terbaru (23/04/2012)

Selepas aku bertanya siapa yang layak masuk peraduan ini pada pihak P1, dibawah adalah jawapan mereka. Ala.. Tak pasal-pasal kena filter.. Hoho..


Berikut adalah beberapa entri aku mengenai P1.
[bullets type="black"]

[/bullets]

Kongsikan Artikel Kami
comments
 
Leave a reply »

 

Leave a Response