[Tutorial] Langkah Mengemaskini Nokia Lumia (Gambar & Video)

Diterbitkan Pada . Oleh

Seperti yang korang tahu, aku kini sedang menggunakan Nokia Lumia 800 yang dipinjamkan oleh pihak Nokia kepada aku. Kemaskini terbaru untuk Nokia Lumia 800 tersebut dikeluarkan secara umum pada 28 Mac yang lalu dan kemaskini tersebut tidak dilepaskan secara serentak seluruh dunia oleh pihak Nokia dan Microsoft. Ianya mungkin bagi mengelakkan kesesakan pada server kemaskini tersebut. Kemaskini tersebut dilepaskan setiap minggu bermula dari 28 Mac, 4 April, 11 April dan 18 April. Bagi melihat status kemaskini Nokia Lumia 800 korang, sila rujuk pada pautan dibawah. Status kemaskini tersebut bergantung pada model/versi Nokia Lumia 800. Ianya berbeza-beza mengikut negara dan syarikat telekomunikasi.

Kemaskini juga boleh diterima secara notifikasi pada peranti Nokia Lumia dengan mengaktifkannya di bahagian Settings > Phone Update > Notify me when new updates are found. Tetapi cara ini mungkin mempercepatkan penggunaa bateri dan memerlukan sambungan internet.

Untuk Nokia Lumia 800, kemaskini terbaru itu adalah 1600.2487.8107.12070 (pada bahagian Phone Information). Untuk memeriksanya korang perlu pergi ke Settings > About > more infomation. Dan versi untuk versi firmware terkini Nokia Lumia korang adalah pada bahagian Firmware revision number.

Semak Status Kemaskini Nokia Lumia 800

Product Code boleh didapati pada bahagian belakang pemegang Sim seperti ditunjukkan pada gambar dibawah.

Untuk mengemaskini Nokia Lumia ianya korang perlulah memasang aplikasi Zune (Windows) atau Windows Phone Connector (Mac) kedalam komputer korang. Jika korang masih belum memasangnya sila muat turun melalui pautan dibawah. Untuk pengguna Linux, aku masih belum jumpa cara untuk mengemaskini pada Linux.

Muat Turun Zune Untuk Windows Muat Turun Windows Phone 7 Connector Untuk Mac

Langkah Mengemaskini Nokia Lumia Menggunakan Aplikasi Zune (Gambar)

1. Pertama sekali, sambungkan komputer dan Nokia Lumia menggunakan kabel USB. Jika aplikasi Zune tidak dijalankan secara automatik, sila jalankan secara manual.

2. Klik Settings yang terdapat pada bahagian atas aplikasi tersebut.

3. Pastikan korang berada pada bahagian Phone Settings. Seterusnya klik pada bahagian Update.

4. Jika terdapat sebarang kemaskini, paparan seperti dibawah akan kelihatan. Sila klik butang Update untuk langkah seterusnya.

5. Korang akan berpindah kepada paparan berikut. Klik butang Update Now jika korang mahu meneruskan proses kemaskini.

6. Proses memuat turun kemaskini dijalankan sebaik sahaja korang klik butang Update Now. Pastikan korang mempunyai sambungan internet yang stabil dan laju bagi melancarkan proses kemaskini.

7. Sebaik sahaja proses muat turun fail kemaskini selesai, peranti Nokia Lumia korang akan restart dengan sendiri. Proses salinan pendua (backup) tersebut akan dijalankan secara automatik.

8. Proses pemasangan akan dijalankan selepas proses salinan pendua selesai. Korang boleh memantau proses tersebut pada peranti Nokia Lumia itu sendiri.


9. Proses kemaskini peranti Nokia Lumia berjaya. Korang dah boleh tanggalkan kabel USB pada komputer dan Nokia Lumia korang.

Video Langkah Kemaskini Nokia Lumia (Windows & Mac)

Langkah kemaskini untuk pengguna Windows

Langkah kemaskini untuk pengguna Mac

Kedua-dua video diatas dibuat oleh Nokia US.

 

40 Komen Diterima.

  1. azny

    16/04/2012, 11:51 am

    saya ade masalah sikit..saya ade beli nokia lumia710..tp x bleh dan xpandai nk setting hp saya..kat kedai nokia mana dpt bantu saya untuk setting hp saya(area kl,cheras)?saya dpt nk download lagu dan sbgainya..

    Reply
  2. shaiful

    22/04/2012, 09:58 am

    Ingin bertanya lg,sy guna prepaid maxis, masaalahnya bila nk tambah nilai @ lain2 pertanyaan kena dail “100# kemudian kluar maklumat…..bla tekan ok jer terus hilang maklumat x tau nk tambah nilai mcm mana

    Reply
    • Mr Piratz

      22/04/2012, 10:09 am

      itu problem yang memang telco tau.. aku pun ada problem ngan celcom.. tapi untuk masalah teknikal macam tue, ko ke rujuk pihak maxis sendiri.. aku memang tak boleh bantu.. rasanya tuk masik ada option tuk topup pakai call kan?

      Reply
  3. shaiful

    18/05/2012, 08:50 am

    salam baru…..boleh bagi tau nama server hotmail……aku dh terpadam lah…..email hotmail dh x leh buka…….buka setting….g kat email + accounts….windows live…..server(dlm petak tue nk taip apa, dh terpadam arie tue)…. Minta tolong

    Reply
  4. Norein

    25/06/2012, 11:47 am

    nk tny mcm mana nk add lagu2 utk ringtone dlm nokia lumia 800 nie dr hp lama….bluetooth tk boleh…yg boleh hanya contact2 je…..

    Reply
  5. nida

    10/07/2012, 03:14 pm

    nk tanya skit..bentuk n colour icon2 yg kt screen tu xleh tukar ker?boring lak tgk sumenya satu warna jer..klu oren..sumer icon tu jadi oren..setiap satu icon tu leh wat wrna lain2 tak?

    Reply
  6. syira

    19/07/2012, 12:27 pm

    salam.

    suami belikan nokia lumia 610. hati sy mmg x minat. dah dia beli sy terima je. tp pada saya mmg x besh dan tidak kena langsung dgn hati saya.huhu

    Reply
  7. tqa

    31/08/2012, 06:18 pm

    masalah yg tekan *100# tu same dgn kite gak..lumia 710..ntah knp.pergi mxs centre pn maxis takleh wat ape..dh nk beli intenet yg rm2 tu dh tak dapat dh.huhu :cry:

    Reply
    • Mr Piratz

      01/09/2012, 04:37 pm

      masalah tu bukan dengan maxis je.. aku guna celcom pun ade problem.. kalau windows phone, memang tak boleh guna ussd code.. telco kat malaysia nie tak support..

      Reply
  8. kuan

    15/03/2013, 06:30 am

    assalam mr piratz,aiyo…. sy dh update lumia 710 , bila proses kelapan masa update tu,connection dia teputus dari cable,pas2 nk bt mcm mna? saya xtau ni mr pirats, tolonggg..
    nk reset phone ka?

    Reply
  9. Dalila

    23/03/2013, 09:03 am

    o…xpela tersilap buat…lepas reset email kene setup blek..camne nak transfer file dlm phone ni..mmg kene sync ke

    Reply

Tinggalkan Komen Anda

:amazed: :angel: :angry: :beaten: :bored: :clown: :confused: :cool: :cry: :devil: :doubtful: :emo: :frozen: :grin: :indian: :karate: :kiss: :laugh: :love: :millionaire: :nerd: :ninja: :party: :pirate: :punk: :sad: :smile: :speechless: :sweating: :tongue: :vampire: :wacky: :wink: :actress: :archaeologist: :artist: :comedian: :genius: :hippie: :newpolitician: :politician: :queen: :robot: :singer: :villian:

(*) Penting!! Jangan tinggalkan ianya kosong!

Trackbacks/Pingback