Kebelakangan ini banyak laman torrent dan blog yang menawarkan muat-turun filem/drama yang baru/lama/belum dikeluarkan di wayang/televisyen. Ada yang hanya mengambil link dari laman lain, ada juga yang mengupload sendiri. Apa jua yang mereka lakukan hanyalah dengan satu tujuan iaitu berkongsi. Sharing is caring la katakan. Tapi, ada juga pihak yang mempunyai tujuan lain selain dari berkongsi. Biarkanlah apa jua tujuan mereka, yang penting bagi aku sendiri, ia mudah dimuat-turun.
Jika korang dalam insan yang selalu memuat turun file-file dari laman blog/torrent, korang mesti tau bezakan kualiti video yang dikeluarkan bagaimana. Tapi, ada juga yang masih belum faham apa itu DVDRip, DVDSCR, dan lain-lain lagi. Dan hari ini aku ingin terangkan apakah yang dimaksudkan dengan perkataan itu. Aku mulakan dari kualiti yang paling rendah (hampeh) hingga ke yang paling baik. Entri lepas aku ade bercerita tentang Laman Torrent Pilihan Aku. Koarng dah usha?
Cam
Label :
- CAM
Kebarangkalian :
- Sangat banyak & mudah didapati, tetapi kurang popular kerana masalah kualiti
Maklumat :
- Salinan dibuat dengan menggunakan kamera video, mungkin dipasang pada tripod. Sumber suara diambil dari mikrofon kamera. Selalunya kualiti video senget, ada orang lalu, orang gelak pun ada.
Telesync
Label :
- TS, TELESYNC, PDVD
Kebarangkalian :
- Sama seperti CAM. Selalunya dikeluarkan selepas versi CAM.
Maklumat :
- Ramai orang tersalah tafsir dengan jenis ini. Selalunya, kualiti video sama seperti CAM, tetapi yang membezakannya adalah kualiti suara. Suara tidak dirakam melalui mikrofon kamera, sebaliknya microfon yang beza. Kadang-karang ia dirakam menggunakan FM Radio.
- PDVD atau Pra-DVD. Selalunya ia datang dari India atau filem India. Ia adalah versi CAM/TS yang telah dimuat-turun dan dijual di jalanan dalam format DVD dan di’rip’ semula.
Workprint
Label :
- WP, Workprint
Kebarangkalian :
- Sukar didapati
Maklumat :
- Salinan filem diperbuat dari versi yang belum selesai dan masih lagi dalam proses editing. Beberapa workprints mempunyai indeks masa di sudut atau di bahagian atas, mungkin juga terdapat watermark.
Screener
Label :
- SCR, SCREENER, DVDSCR, DVDSCREENER, BDSCR
Kebarangkalian :
- Mudah didapati.
Maklumat :
-
Ini adalah versi awal DVD atau VHS yang dikeluarkan dari versi teater, biasanya dihantar ke peninjau filem, Ahli Akademi, dan eksekutif untuk tujuan ulasan. Biasanya mempunyai mesej overlay pada gambar seperti “The film you are watching is a promotional copy, if you purchased this film at a retail store please contact 1-800-NO-COPIES to report it.” Selain itu, beberapa filem keluaran screeners, ia mempunyai adegan yang dipaparkan dalam hitam-putih. Screeners biasanya mempunyai kualiti sedikit lebih rendah dari DVD-Rip.
Digital Distribution Copy
Label :
- DDC
Kebarangkalian :
- Amat sukar didapati.
Maklumat :
- DDC pada dasarnya sama sebagai Screener, tapi dihantar secara digital (email / ftp / http / dll.) untuk syarikat, bukan melalui sistem pos. Hal ini membuat pengedaran lebih murah. Mutunya lebih rendah daripada R5 namun lebih tinggi dari Cam atau Telesync.
R5
Label :
- R5
Kebarangkalian :
- Sangat banyak & mudah didapati.
Maklumat :
- Jika DVD tidak mengandungi audio berbahasa Inggeris, video R5 adalah disinkronisasikan ke keluaran yang mengandungi audio berbahasa Inggeris. Kemudian tag LINE ditambah.
Telecine
Label :
- TC, Telecine
Kebarangkalian :
- Sukar didapati, ini kerana keluarnya versi R5.
Maklumat :
- Salinan yang diambil dari filem cetak menggunakan mesin yang memindahkan filem dari reel analog ke format digital. Ini jarang berlaku kerana mesin telecine untuk membuat salinan ini sangat mahal dan sangat besar, namun, sebelum keluarnya versi R5 ia mudah didapati. Telecine dasarnya mempunyai kualiti yang sama seperti DVD, kerana versi ini adalah versi yang dipaparkan di panggung wayang.
DVDrip
Label :
- DVDrip
Kebarangkalian :
- Sangat mudah didapati.
Maklumat :
- Salinan DVD yang telah diedarkan di sesetengah kawasan. DVDrip umumnya menggantikan salinan/versi yang telah keluar.
DVDR
Label :
- DVDR, DVD-Full, Full-Rip
Kebarangkalian :
- Sangat mudah didapati.
Maklumat :
- Biasanya salinan lengkap dari DVD. Jika DVD aslinya dari format DVD9, segala tambahan akan dibuang dan di’codec’kan bagi agar sesuai untuk format DVD5. Ia selalunya dikeluarkan beberapa jam selepas DVDRip dikeluarkan. Selain itu, saiz video juga lebih besar dari versi DVDRip (kira-kira 4.5 GB).
HDTV/DS Rip
Label :
- TVRip, DSR,STV, PDTV, HDTV, DVBRip
Kebarangkalian :
- Sangat mudah didapati.
Maklumat :
- TVRip adalah sumber capture dari kad capture analog (coaxial / composite / sambungan s-video)
- STV (TV Berlangganan Rip). Digital stream rip (DSR) adalah rip yang diambil dari sumber bukan definisi standard digital seperti satelit.
- Analog, DSR, dan PDTV sering dibuat kepada 512 × 384, widescreen 640 × 352. Sumber HDTV yang dikodekan semula untuk beberapa resolusi seperti 640 × 352 (360p), 960 × 528 (540p), 1280 × 720 (720p).
BD/BR Rip
Label :
- BDRip, BRRip, BDRip.XviD, 1080p.Blu-Ray.x264/720p.Blu-Ray.x264, BDR, Blu-Ray, BD5/BD9
Kebarangkalian :
- Mudah didapati.
Maklumat :
- Serupa dengan DVD-Rip, hanya sumber adalah Blu-ray disc. BD rips terdapat dalam keluaran DVD-Rip berukuran (biasanya 700MB atau 1.4GB) disesuaikan XviD serta DVD5 atau DVD9 yang lebih besar (sering 4.5gb atau lebih, bergantung pada panjang dan lebar) keluaran saiz disesuaikan kepada x.264.

09/05/2010, 10:27 pm
tmbah satu lagi bro, r6 .. yg ni atas sket pada r5..
masa cite the spy nextdoor ada kuar ;)
.-= Scromix´s last blog ..3 Permainan Kanak-Kanak Yang Semakin Dilupai =-.
09/05/2010, 10:34 pm
Aah.. tul tu.. nak kena cari maklumat jap…
09/05/2010, 11:01 pm
aku kenal jenis workprint pun lepas x-men origin keluar.. hehe.. :)
.-= Ramdzi´s last blog ..Jika Dunia Tanpa Internet – Part 1 =-.
09/05/2010, 11:18 pm
thanks piratz sebab share maklumat
09/05/2010, 11:58 pm
Baru ku tahu selama ni rename jek file tu
serabut banyak sangat dan panjang2 nama tu
10/05/2010, 02:06 pm
Nak cari yang betul2 lawa gambar dia memang susah sebab selalu keluarkan versi CAM tu. Tunggu la beberapa bulan untuk keluarkan DVD punya version :)
.-= Syafrizal´s last blog ..Buktikan jika mee segera tidak mudarat dengan ujian makmal =-.
11/05/2010, 12:27 pm
aku tak pernah tgk blueray nya video.. pemain blueray takde dan dvd dia mahal nak mampos.. nak download pon pikir byk kali..
.-= syahirul´s last blog ..Sehari bersama pemilik Justkhai.com =-.
11/05/2010, 06:00 pm
rugi wo.. aku ade download transformers 1 & 2 + Batman.. Terbaik gambo…
11/05/2010, 04:27 pm
Lorh :[ de kategori upenye..slama nie pkai klik je nk dunlud :bloody: ..cter2 yg ku dh dunlud biasanya byk yg de xvid kt ujung nama,gambar pn ok gak r.
11/05/2010, 06:00 pm
tak silap aku la xvid tue tuk codec.. kualiti gambar yang ape aku terang nih.. huhu…
11/05/2010, 08:47 pm
Aku lebih suke prefer DVDrip je sbab mudah didapati. Kualiti gambo pun bole tahan. yg penting mate tk sakit la tengok cite tu. hehe. TQ for info.
13/05/2010, 03:12 pm
wahh… ada pilihan yang lebih bagusla lepas nie…hehe
.-= zik´s last blog ..Malaysia mara ke separuh akhir piala thomas 2010! =-.
13/05/2010, 11:46 pm
eh bro ko selalu download movie best2 baru2 kt mana…ak selalu g download kt ottel-zon @ buzymovie.blogspot…
14/05/2010, 12:05 am
nanti aku buat entri khas
14/05/2010, 03:03 am
blueray, HD terbaik. tapi saiznya mesti besar gedabak. 8 gig tu kire biasa la. huhuhu~
.-= JHafiz´s last blog ..New Chelsea FC Home Kit Adidas 10/11 =-.
15/05/2010, 12:19 pm
byk rupanya.. aku tau sikit jek. tq bro
.-= serol´s last blog ..Award Beautiful Blogger ada,Tapi Hensem Blogger takda ke? =-.
28/01/2011, 10:12 am
salam bro, huh! penerangan kau lagi bagus dari yang aku jumpa selama ini ditambah dengan bahasa melayu pulak.
aku pun tak tau kenapa aku faham artikel kau ni, mungkin sebab gambar tu, sebab banyak jenis file ada CAM, TS, DVDSCR, DvDRip dsb.
thanks for the info!
puas jugalah aku menGOOGLE dan jumpa artikel macam ni, tapi penerangan diorang masih membuatkan aku tak faham lagi (tak dapat gambaran/banyangkan macam mana perbezaan antara CAM, TS, DvDRip, dsb)
sekarang baru aku dapat gambaran dah :)
soalan aku, ‘TS’ dan ‘XviD/DivX’ adakah codec(jenis) yang berbeza? tapi aku tengok ada orang tulis macam ni, contoh :
Iron Man TS XviD
Iron Man DvDRip XviD
tengok, kedua2 file jenis tak sama kan? tapi masih ada “XviD” kenapa? kenapa tak buat macam ni :
Iron Man TS
Iron Man XviD
bukan macam tu?
p/s : minta izin share boleh tak?? kredit to mrpiratz.com
28/01/2011, 05:25 pm
camni.. contoh : Iron Man DvDRip XviD
ironman = tajuk movie
DVDrip = Sumber/format
Xvid = Codec
ada juga yang macam Iron Man DvDRip x.264/Iron Man DvDRip DivX dll..
semua bergantung pada jenis codec. tapi die still format .AVI..
Untuk Xvid dan DivX, tak banyak masalah jika nak convert/burn ke DVD. Tapi x.264 DVD takleh baca..
26/08/2011, 10:52 pm
woww… info berguna utk blog aku… thanks bro. OhFilem