Sebagai seorang pengguna Windows di Malaysia, kita tidak lari dari menggunakan aplikasi cetak rompak. Bagi pelajar universiti atau kolej, perisian Microsoft Office amatlah penting untuk tugasan-tugasan yang diberi. Disebabkan Microsoft Office adalah aplikasi berbayar, adalah sukar kepada mereka untuk menggunakannya. Dan langkah mudah untuk menggunakannya adalah dengan memasang perisian tersebut secara haram/cetak rompak. Kadang-kadang perisian tersebut disertakan pada komputer/laptop yang baru tetapi ianya mempunyai jangka masa percubaan. Selepas tamat jangka masa tersebut, pengguna tidak lagi boleh menggunakannya dan memerlukannya membeli perisian tersebut.
Dan hari ini aku ingin menc
adangkan pada mereka satu perisian percuma yang mempunyai fungsi yang sama dengan perisian Microsoft Office. Aku tahu, bagi seorang pelajar universiti/kolej, hanya aplikasi Office, PowerPoint serta Excel yang digunakan. Jadi aplikasi ini cukup untuk memenuhi keperluan korang itu.
Maklumat Mengenai Kingsoft Office Suite Free 2012
- Terdapat 4 jenis perisian yang disertakan dalam satu fail pemasangan iaitu ; Kingsoft Writer (Microsoft Word), Kingsoft Spreadsheet (Microsoft Excel), Kingsoft Presentation (Microsoft PowerPoint) & Built-in PDF converter
- Menggunakan kapasiti ruang yang kecil berbanding Microsoft Office.
- Masa untuk memuat juga lebih laju
- Mengguna paparan UI yang sama dengan Microsoft Office 2003
- Boleh membuka file Office 2003 dan 2007 serta 2010
- Mempunyai tab jika membuka dokumen yang berlainan.
- Windows 2000/Windows XP/Windows Vista/Windows 7
- CPU: Pentium II 266 MHz or higher
- Memori : Sekurang-kurangnya 128 MB
- Ruangan Hard Disk : Sekurang-kurangnya 200MB
[bullets]
[/bullets]
Keperluan Sistem Komputer
[bullets]
[/bullets]
Previu

Kingsoft Writer – Buka, ubah dan simpan file Word (97/2000/2003/2007/2010) .doc, .docx.

Kingsoft Presentation – Buka, ubah & simpan fail Powerpoint : (97/2000/2003) .ppt, .pptx.

Kingsoft Spreadsheet – Buka, ubah, dan simpan fail Excel (97/2000/2003) .xls, .xlsx.
Muat Turun Kingsoft Office Suite 2012
Muat Turun Kingsoft Office Suite Free 2012 Secara Percuma
Selain dari Kingsoft Office Suite ni, korang juga boleh menggunakan OpenOffice sebagai alternatif pada Kingsoft dan Microsof.
19/09/2011, 01:27 am
Dah jumpa option lain selain MO dan Libre Office .
19/09/2011, 06:26 pm
Menarik?benda percuma, sedut dulu bro
20/09/2011, 08:29 pm
kalau dah .pptx. dah sah2 versi 2007 boleh ubah jugak kan
20/09/2011, 08:55 pm
Memangla paeh oit.. skarang software ni free.. tak berbayar+besar+berat macam Mcrosoft office
23/09/2011, 12:50 am
baguslah. dah ada yg free dan sama dengan ms office, baik guna yg free ni daripada yg cetak rompak :)
10/10/2011, 02:45 am
great!
tp konpem de prob klw korg nk print kt cc or comp len y pki ms office…
10/10/2011, 09:36 pm
kan boleh save format office 2003/2007…
19/10/2011, 02:46 pm
ohh…
yeke…br twu…heheh…
thanks!