54 views 18 comments

Laman Aggregator Negaraku Kembali, Kini Dengan Paparan & Domain Serba Baru

 

Pada mereka yang sudah menulis blog sejak dari tahun 2007, pasti korang pernah mendengar mengenai Negaraku.Net. Dah kini, selepas beberapa tahun menyepi, laman aggregator yang dibangunkan oleh Eddie atau NoktahHitam; Negaraku.Net kembali beraksi dengan paparan baru dan menggunakan domain .MY. Penggunaan domain .MY (URL : Negaraku.MY) nampaknya lebih bersesuaian dengan pembangunannya yang lebih menumpukan kepada artikel yang ditulis didalam bahasa Malaysia dan semestinya oleh seorang rakyat Malaysia. Penutupan laman Negaraku tersebut dikatakan disebabkan laman web aggregator tersebut menerima jumlah spam yang banyak setiap hari sehingga pihak adminnya tidak dapat melakukan apa-apa selain menutupnya. Tetapi kini, ianya muncul menggunakan platform baru (WordPress) dan meninggalkan platform laman iaitu Pligg. Pligg memang satu platform aggregator yang dikatakan terdedah kepada spam. Antara laman aggregator Malaysia lain yang menggunakan Pligg seperti MyeBuzz.Net dan IMCurtain.com juga terpaksa ditutup atas sebab yang sama.

[box type=’info’]Jika mahu mengetahui laman aggregator Malaysia yang lain, korang boleh rujuk artikel aku mengenai Laman Blog Aggregator Malaysia dan Kartikel[/box]

Sedikit Maklumat Mengenai Negaraku.MY

1. Korang perlu mendaftar terlebih dahulu sebelum dibenarkan untuk menghantar artikel.

2. Setiap artikel yang dihantar mestilah mengikut terma & syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Negaraku.MY.

[box type=’alert’]Sila rujuk terma & syarat yang disediakan di bahagian Penafian Negaraku.MY.[/box]

3. Jika korang degil, artikel tersebut akan dibuang dari Negaraku.MY dan lebih buruk korang tidak boleh mengakses Negaraku.MY selamanya.


Langkah Penghantaran Artikel

1. Korang perlu memiliki akaun di Negaraku.MY terlebih dahulu.

2. Selepas selesai mendaftar, klik pada butang ‘Hantar Artikel‘ yang terdapat pada bahagian atas laman.

3. Ikut langkah yang diberi, dan selamat berjaya.

[box type=’alert’]Disini juga ada beberapa tips dan tutorial jika gambar tidak keluar semasa proses penghantaran artikel.[/box]


[box type=’info’]Screenshot ruangan penghantaran artikel[/box]



Β Daftar & Hantar Artikel Ke

Negaraku.MY


[box type=’note’]Agak-agak Negaraku.MY nie ada plugin butang Fav macam dulu tak..[/box]
comments
 
Leave a reply »

 

Leave a Response