Hm. Hari ni hati aku terbuka untuk memberi komen mengenai video iklan yang dikeluarkan oleh pihak TV3 untuk sambutan Hari Raya Aidil Fitri yang bakal datang untuk ke semua umat Islam. Jika dihitung dengan jari hari pada hari jumaat 10 September 2010 akan bermulanya 1 Syawal 1431 Hijrah mengikut kalendar. Apa yang aku nak sampaikan disini hanyalah pendapat semata-mata. Jika korang membaca pada tajuk entri ini, pasti korang tertanya-tanya apakah maksud aku. Nak tau lihat dulu video diatas.
Jika korang tidak perasan apa-apa, tidak mengapa. Cuba baca apa yang aku akan tulis dan lihat semula dan fikirkanlah. Aku sendiri tidak menganggap diri aku layak untuk berbicara mengenai agama. Tapi sebagai seorang Islam, aku sendiri tidak mahu agama aku dipermain-mainkan. Seperti contoh video diatas. Apa yang tak kena?
1. Video ini bermula dengan seorang budak lelaki berada di dalam sebuah rumah yang terbuka tingkapnya sambil membaca sebuah buku.
2. Tiba-tiba seorang pakcik tua dan becanya menjelma dari buku tersebut dan mengajak budak tersebut naik ke becanya.
3. Seterusnya, pakcik tersebut pergi mengajak kanak-kanak lain naik ke becanya.
4. Selepas itu, mereka tiba ke satu tempat berumput yang seolah-olahnya berada diatas bukit.
5. Di suatu babak, muncul bunga teratai yang mempunyai pelita didalamnya.
6. Di sertai pula dengan bunga teratai membawa kuih-muih yang selalunya dihidang semasa Aidil Fitri. Bunga tersebut seolah-olah terbang kepada mereka yang hadir.
7. Babak mengacau dodol juga dihiasi dengan bunga teratai kalau tak silap yang sedang berkembang.
8. Dan diakhir video semasa perkataan Sinari Lebaran terpapar, terdapat bunga teratai sekali yang mengandungi pelita.
Apa yang aku ingin sampaikan adalah ;
1. Tidakkah watak pakcik tua yang muncul dengan becanya seolah-olah Santa Claus yang sinonim dengan perayaan Krismas?
2. Pak Cik tua itu mengembirakan kanak-kanak dengan membawa mereka berterbangan didalam beca seolah-olah Santa Claus memberi hadiah kepada kanak-kanak supaya gembira?
3. Tidak kan bunga teratai sinonim dengan agama Buddha?
4. Akhir sekali, tidakkah bunga teratai yang berada di akhir video semasa perkataan Sinari Lebaran terpapar seolah-olah perayaan Deepavalli yang disambut oleh mereka yang beragama Hindu (betulkan jika aku silap).
Hulurkan pendapat korang melalui komen dibawah. Aku hanya meluahkan pendapat dan tidak setuju dengan iklan ini. Mesej iklan ini pun kabur dan janganlah pesongkan pemikiran kanak-kanak. Wassalam.
p/s : ini hanyalah pendapat semata-mata. Salam Lebaran dari aku untuk korang semua. Semoga lebaran ini memberi kenangan yang penuh makna kepada kita semua.
buduh siol.. mane ade org blek kampg nek beca!
ade kot… tapi zaman dulu la…
Piratz membebel mengenai Pasang Butang ‘Reply’ Pada Ruang Komen Blog
samer,kiter pon menulis tentang iklan ini,memang xberfikir tv3
mohammednajib membebel mengenai Awas Blogger Semua-Berhati-hati dengan Artikel anda
Semoga entri ini membuka minda penulis script… hehe
Piratz membebel mengenai Pasang Butang ‘Reply’ Pada Ruang Komen Blog
what are you expect from TV3?
LOL
amoi membebel mengenai Kaki Gosip
yela.. hope pasni takde la iklan yang ade unsur2 yang agak menyimpang dengan ajaran Islam..
p/s : Maybe sebab ko bukan beragama sama dengan aku iaitu Islam, mungkin pendapat ko berlainan…
Piratz membebel mengenai Pasang Butang ‘Reply’ Pada Ruang Komen Blog
Ya… I agree with you… and good to know that TV3 dah tarik balik iklan nie….