365 views 2 comments

Magiapp – Hantar Gambar Kepada Rakan Anda Di Whatsapp Dengan Paparan Thumbnail Yang Berbeza

by on October 4, 2012
 

Beberapa hari yang lalu aku menerima satu gambar di Whatsapp yang memaparkan thumbnail seorang perempuan seksi. Sebagai seorang manusia berjantina lelaki dan mempunyai perasaan ingin tahu, aku pun klik butang ‘view‘ untuk melihat paparan lebih jelas. Tetapi malangnya gambar tersebut bertukar kepada seekor orang utan yang sedang menunjukkan isyarat lucah menggunakan jari. Aku cuba mencari bagaimanakah mereka melakukannya. Akhirnya, aku dapat juga membongkar rahsia tersebut dengan terjumpanya aplikasi Magiapp.

Magiapp membenarkan anda menggunakan gambar palsu sebagai thumbnail untuk gambar sebenar. Sehingga kini aku cuma menjumpai aplikasi ini hanya boleh digunakan pada aplikasi Whatsapp. Cara ini hanya boleh digunakan dengan cara Forward sahaja.

Walaupun aplikasi Magiapp ini adalah aplikasi untuk peranti Android, ianya masih boleh digunakan untuk pengguna Whatsapp pada peranti iPhone, Windows Phone, Symbian, dan Blackberry.

Terdapat 2 ruangan yang memerlukan anda memasukkan gambar iaitu satu untuk paparan palsu, dan satu lagi untuk gambar sebenar. Sebaik saja anda klik butang Send picture!, anda diminta untuk menetapkan kualiti gambar yang mahu dihantar. Seterusnya, Magiapp akan membuka aplikasi Whatsapp secara automatik dan anda hanya perlu memilih mangsa. Jika anda mahu menghantar kepada mangsa lain, sila gunakan fungsi Forward. Jika tidak, ianya tidak akan berhasil..

Jika aplikasi Crash, sila cuba kurangkan kualiti gambar

Muat Turun Magiapp

Muat Turun Aplikasi Magiapp Ke Dalam Peranti Android

Kongsikan Artikel Kami
 

Tinggalkan komen anda