243 views 15 comments

Membuat Live Blog Menggunakan Aplikasi PixelPipe & Symbian^3

by on Mar 23, 2011
 

Sejak 2 minggu lepas, aku telah menulis review mengenai Nokia E7 yang aku terima dari Maxis. Dan beberapa hari lepas aku berjaya menggunakan Nokia E7 tersebut untuk membuat Live Blog. Jika korang ada membaca entri ‘Langkah Membua Live Blog‘, dan kini aku mendapat satu lagi cara bagaimana untuk membuat live blog dengan menggunakan aplikasi PixelPipe yang dipasang pada Symbian^3. Bagi model yang lain, sila periksa samaada korang boleh menggunakan aplikasi PixelPipe atau tidak.

Sebagai contoh, sila ke salah satu entri pada Live Blog yaang menggunakan cara ini

Opera Mobile 11 Yang Ohsem

Barang-Barang Yang Diperlukan

  • Telefon yang menggunakan Symbian^3 dan mempunyai sambungan internet
  • Mempunyai blog. Platform Blogger dan WordPress
  • Memasang aplikasi Pixelpipe Share Online

Muat Turun Pixelpipe Share Online via Ovi Store

Langkah Membuat Live Blog

1. Sebaik sahaja korang install Pixelpipe Share Online, sila daftarkan diri di laman web Pixelpipe.com

Daftar Akaun Pixelpipe

2. Pergi ke Add Pipe seperti gambar dibawah

3. Pilih platform blog korang. Jika korang pengguna Blogspot, sila pilih Blogger. Jika korang pengguna WordPress Self-Host, sila pilih MetaWeblog. Pengguna WordPress, sila log masuk akaun wordpress korang dan pergi ke Setting > Writting. Pastikan pada Remote Publishing telah ditandakan pada XML-RPC.


Kepada pengguna Blogger, apabila korang klik pada logo Blogger, ia akan membawa korang terus ke login page Blogger. Masukkan user id dan password dan seterusnya klik pada Grant Access. Pilih blog yang korang mahu jadikan Live Blog (jika mempunyai lebih dari satu blog didalam akaun Blogger)

4. Masih lagi untuk pengguna WordPress, sebaik sahaja korang memilih MetaWeblog, ia akan meminta username, password dan API Endpoint URL blog korang. Bagi API Endpoint URL, sila pastikan korang memasukkan URL seperti : http://domainkorang.my/xmlrpc.php seperti gambar dibawah.

5. Seterusnya, sila tukar setting Post Items kepada Individual Immediately (Jika korang mahu live blog itu terus publish).

6. Sila log masuk akaun Pixelpipe pada telefon korang. Buka aplikasi Pixelpipe dan pergi ke Options > Settings >Account Credentials. Masukkan email dan password yang korang gunakan semasa mendaftar di Pixelpipe.

7. Untuk memulakan Live Blog, sila pilih gambar yang korang ingin masukkan ke dalam live blog. Pergi ke Option > Send > Via Pixelpipe

8. Aplikasi Pixelpipe akan dibuka secara automatik dan korang boleh terus masukkan tajuk, content entri dan tag/keyword ke dalamnya.

9. Pada bahagian Destinations, sila setkan ke blog korang saja jika korang mempunyai destinasi yang lain. Jika sudah siap, klik pada Upload.

10. Korang boleh memantau proses upload dengan membuka semua aplikasi Pixelpipe kerana proses upload dijalankan didalam keadaan senyap/hide. Sebaik sahaja berjaya mengupload, sila tunggu dalam 1 minit untuk melihat hasilnya. Periksa blog samaada entri yang korang hantar itu berjaya atau tidak.

Sekian sahaja tutorial kali ini. Buat masa sekarang aku tidak lagi tahu berapakah kapasiti maksimum yang boleh kita muatkan didalam Pixelpipe.

Korang juga boleh merujuk entri ‘[Tutorial] Langkah Membuat Live Blog‘ jika korang tidak boleh menggunakan aplikasi Pixelpipe

comments
 
Leave a reply »

 

Leave a Response