Mengenal 5 Mobile OS Secara Ringkas | MrPiratz[dot]Com

Mengenal 5 Mobile OS Secara Ringkas

Hi. Hari ni aku nak bercerita mengenai Sistem Operasi yang digunakan oleh kebanyakkan telefon pintar. Mungkin korang tahun mengenainya, dan ada juga yang tidak tahu langsung mengenainya. Yela. Bukan semua orang mampu memiliki telefon pintar kerana harganya. Tetapi kepada yang masih mencari-cari telefon pintar yang sesuai, pastikan korang tahu serba sedikit mengenai telefon tersebut. Yang paling penting apakah Sistem Operasi (OS) yang digunakannya. Ianya amat penting selain spesifikasi telefon itu sendiri. Jadi dibawah aku akan memberi serba sedikit mengenai 5 jenis sistem operasi yang digunakan oleh telefon pintar kini sebagai panduan untuk korang. Jika ada kesilapan maklumat, sila maafkan aku, kerana aku juga seperti korang, baru nak mengenal benda-benda nie. Betulkan aku juga aku silap ye.

1. iOS

Mungkin korang akan tanya, apakah itu iOS. iPhone Operating System atau dikenali sebagai iOS mula dicipta untuk telefon iPhone. Tetapi, ia telah dikembangkan bagi menyokong peranti iPad, iPod Touch dan Apple TV. Paparan antaramukanya berdasarkan gerakan multi-touch. Elemen kawalan seperti slide, swipe, tap, pinch, dan reverse pinch. Accelerometer dalaman digunakan untuk aplikasi/fungsi yang memerlukan pergerakan 3D, dan pergerakan melalui getaran. Multi-tasking mula diperkenalkan pada iOS 4 kerana Apple bimbang akan penggunaan bateri dari aplikasi pihak ketiga.

Company/Developer : Apple

Versi Terkini : 4.3.2

Market : App Store

Package Manager : iTunes

Multi-Tasking : Ada tetapi terhad.

Browser : Safari/Webkit Browser

Aplikasi : Lebih 300 000 (Januari 2011)

Ada beberapa rakan aku mengatakan, iPhone yang tak jailbreak memang useless kecuali korang mampu membeli aplikasi yang dijual didalam App Store. Pada mulanya Jailbreak ini digunakan untuk menukar theme & menambah fungsi pada iphone seperti multitasking, akses iPhone file system dan mengubah Springboard. Tetapi kini ia digunakan untuk membolehkan aplikasi berbayar yang sudah dicrack dipasang pada telefon tersebut. Sudah tentu sekali perbuatan ini adalah dilarang oleh Apple. Ada juga yang mengatakan jailbreak ini akan membuat warranty tidak lagi boleh digunakan.

Disebabkan iPhone adalah telefon yang menggunakan fully touch-screen, ia membuatkan aku kurang berminat untuk memilikinya. Oh ya. Front camera yang terdapat pada iPhone 4 hanyalah untuk fungsi Facetime. Aku tak tau ada aplikasi yang boleh menjadikan camera boleh digunakan untuk membuat panggilan video.

2. BlackBerry OS

Telefon BB atau BlackBerry menggunakan BlackBerry OS yang direka dan dibangunkan oleh Research In Motion (RIM). BB OS ini juga mempunyai fungsi multitasking dan menyokong input dari Trackpad, Trackwheel, Trackball, dan Touchscreen. BB OS ini pada mulanya mensasarkan pengguna dari golongan corporate/business. Ini kerana BB OS ini adalah platform terbaik yang menyokong corporate email.

Company/Developer : Research In Motion

Versi Terkini : BlackBerry OS 6 (BB Torch 9800)

Packager Manager : Blackberry Desktop Manager

Multitasking : Ada

Market : BlackBerry Apps World

Bagi aku BlackBerry adalah telefon pintar yang paling jimat menggunakan kuasa bateri. Mungkin dulu pengguna BlackBerry boleh berbangga dengan fungsi BlackBerry Messenger tetapi mungkin lepas ini tidak lagi kerana BlackBerry Messenger mungkin akan didatangkan untuk versi Android dan iPhone. Aku rasa macam nak try je BlackBerry Playbook. Macam best jerk. Bila la agaknya nak dijual kat Malaysia ye. Oh ya. BlackBerry Playbook nie tablet ye macam iPad dan Samsung Galaxy.

Aku pernah try online guna BlackBerry Blod 2 milik member aku. Agak payah la juga sebab button dia kecik. :tongue:

3. Android

Android adalah Sistem Operasi yang dimiliki oleh Google Inc. Ia pada mulanya direka dan dibangunkan oleh satu syarikat kecil (aku tak tau apa namanya) dan telah dibeli oleh Google pada Ogos 2005. Android ini berdasarkan dari versi modifikasi Linux Kernel. Dan yang menariknya ianya adalah percuma/sumber terbuka. Banyak telefon pintar yang dijual di negara ini menggunakan sistem operasi Android. Telefon pertama yang menggunakan Android sebagai OSnya adalah HTC Dream.

Company/ Developer : Google Inc

Versi Terkini : Tablet – 3.0.1, Telefon – 2.3.3

Package Manager : APK

Multi-Tasking : Ada

Market : Android Market

Aku tertarik pada nama versi-versi Android nie. Kesemuanya dari nama makanan; Cupcake (v1.5), Donut (v1.6), Eclair (v2.0, v2.1), Frozen Yogurt/Froyo (v2.2), Gingerbread (v2.3), Honeycomb (v3.0). Dan yang paling baru dan belum lagi dilancarkan adalah Ice Cream Sandwich. Selain dari nama dieorang, aku suka akan mascot Android ni, robot hijau tu. Sapa-sapa ada jumpa Android Robot Plushie Bag nie bagitau aku. Nak bagi hadiah kat aku pun boleh gak. Kalau korang nak tahu telefon pintar apa yang menggunakan Android dan versinya, boleh ke pautan dibawah.

Android Device List

Root dan custom rom adalah berbeza. Menurut Roslan Nazri, Root adalah langkah untuk mendapatkan akses ‘SuperUser’. Manakala custom rom adalah untuk mengubah paparan antaramuka atau UI.

Sekali tengok Tablet HTC Flyer cam best jerk. Maxis pun ada bukak form untuk sape nak jadi reviewer. Kalau aku dapat jadi reviewer kan best. Haha. Memang berangan nak pakai Android device ni.

4. Windows Phone 7

Nampaknya Microsoft nak lawan ngan Apple. Dieorang pun dah keluarkan sistem operasi baru yang menggantikan Windows Mobile yang dikenali sebagai Windows Phone 7 (WP7). Paparan antaramuka WP7 nie memang berlainan dengan dengan paparan OS yang aku senaraikan ni. Ia dipanggil Metro. Agak menarik la jugak dia punya UI nie kan. Aku sempat gak bermain-main dengan HTC HD7 milik AzmanIshak. Jika iPhone menggunakan iTunes untuk melakukan sync dan lain-lain pada telefon mereka, manakala WP7 memerlukan Zune untuk membuat sedemikian.

Company / Developer : Microsoft Corporation

Versi Terkini : 7.0.7390.0

Package Manager : Zune Software

Multi-Tasking : Ada

Market : Windows Phone Marketplace

Untuk versi 7.0.7390.0 – “NoDo” (“No Donuts”) WP7 mengemaskini fungsi Copy/Paste dan meningkatkan prestasi WP7 dan Windows Phone Marketplace. Aku rasa nama dia Windows Phone 7 nie berasal dari versi ke 6 Windows Mobile la. Pastu Microsoft rebrand balik Windows Mobile jadi Windows Phone 7. Serupa macam mana  Windows 7 dapat nama dah rasanya. Tapikan, aku tak beberapa setuju bila Steven Elop (CEO Nokia) mengumumkan kerjasama dieorang dengan Microsoft. Jadi Nokia akan menggunakan WP7 sebagai sistem operasi mereka dan mungkin akan menggantikan symbian^3.

Agak-agak nanti ada tak dieorang keluarkan patch/update WP7  untuk Nokia E7. Boleh gak aku cuba.

5. Symbian

Aku rasa Symbian nie dah lama bertapak kat dalam bidang telefon pintar nie. Dari S60v3 ke S60v5 dan paling latest Symbian^3. Pasal Symbian^3 nie aku pernah tulis masa aku review Nokia E7 dulu. Untuk Symbian^3 nie dieorang baru je keluarkan PR 2.0 atau dikenali sebagai Symbian Anna. Nice gak la. Buat masa nie yang boleh pakai Symbian Anna hanya 2 model je iaitu Nokia X7-oo dengan Nokia E6-oo.

Company/Developer : Nokia

Versi Terkini : Symbian^3 (PR 2.0)

Package Manager : Nokia Ovi Suite

Multi-Tasking : Ada

Market : Ovi Store

Apa yang tak best pasal Symbian^3 nie adalah tak beberapa stabil. Sejak aku guna Nokia E7 nie, dia asyik restart ngan ‘hang’ je. Walaupun dia buat aku macam tue, aku takkan jual E7 tu. Sayang la kalau jual. Memang la kalau jual sekarang masih ada harga dan mahal lagi. Tapi syok gak pe dia punya function, tak semua telefon pintar ada USB On The Go ngan HDMI. Apa yang aku perasan, die punya video player boleh bukak macam-macam format. Boleh masuk subtitle gik. Terbaik kan?

Kalau sume orang taknak pakai Symbian^3, sape lagi nak pakai. Haha. Ok pe lain dari orang lain.

Kredit :

  • http://Amanz.MY
  • http://NoktahHitam.Com
  • http://AzmanIshak.Com
  • http://Qiilans87.Com
  • http://JomPHP.Com
  • http://Obefiend.Blogspot.Com

Abes jugak aku membebel. 2 jam lebih aku ambik masa nak tulis entri kat atas nie. Walaupun takde apa maklumat sangat pun ok la dari aku biar blog ni tak berupdate


22 Respon Diterima

« Older Comments
  1. Selalu pakai symbia jer ,yang tu jer ada !!

    Balas
  2. Nice review man. :cool:

    Balas
  3. Ada juga artikel mengenai OS semuanya disatukan didalam artikel. Ramai yang diluar sana tidak tahu mengenai OS yang berbeza-beza digunakan tapi yang pasti OS Android antara paling hot sekarang ini kerana ia adalah sumber terbuka. Bagi saya OS yang terbaik pernah saya gunakan adalah OS Apple

    Balas
    • tuela.. orang banyak tau pasal iphone ngan blackberry.. bila orang tue dah pakai symbian/android, mesti dieorang akan tanya “iphone ke?”

      Balas
  4. pengalaman aku pakai android[sony xperia x8] memang btul2 best…lagi2 bila da root then tukar2 rom dia lepas baca n kaji xda developers…elok2 2.1 da jadi 2,2….memang best r…

    nak rase iphone dgn bb..mimpi je la..haha :tongue:

    Balas
  5. skg iphone 4.3.5… hehe… akan dtg iOS 5…

    Balas
« Older Comments

Tulis Respon Korang Mengenai Entri Ini

:amazed: :angel: :angry: :beaten: :bored: :clown: :confused: :cool: :cry: :devil: :doubtful: :emo: :frozen: :grin: :indian: :karate: :kiss: :laugh: :love: :millionaire: :nerd: :ninja: :party: :pirate: :punk: :sad: :smile: :speechless: :sweating: :tongue: :vampire: :wacky: :wink: :actress: :archaeologist: :artist: :comedian: :genius: :hippie: :newpolitician: :politician: :queen: :robot: :singer: :villian:

Terbaru Di TwitterAll tweets

Please wait while our tweets load indicator

Entri Random

  • Pasang Mashable Social Box Pada Sidebar Blog

    Mashable (Mashable Inc.) adalah satu laman blog yang popular masa kini. Ia dibangunkan oleh Pete Cashmore seorang rakyat Scotland pada Julai, 2005. Mashable mengfokuskan mengenai berita sosial media tetapi ia juga merangkumi berita dan pembangunan mobile, hiburan, video online, perniagaan, teknologi, meme dan gajet. Bermula sebagai sebuah laman blog dan kemudiannya menjadi satu syarikat yang ...

  • [Infografik] Insan Yang Menjadi Jutawan Teknologi Sebelum Berusia 30 Tahun

    Ramai yang menganggap apabila menjadi seorang blogger pasti mendapat duit yang banyak hasil dari pengiklanan di blog. Mungkin mereka tidak tahu bagaimana cara syarikat pengiklanan seperti Nuffnang, Advertlets, dan lain-lain mengira hasil pendapatan seseorang blogger itu berdasarkan pengiklanan yang dipaparkan. Apabila mendengar sesuatu blog tersebut mempunyai jumlah kunjungan yang tinggi, pasti mereka menganggap blogger itu ...

  • Kongsikan Artikel/Entri Terbaru Blog Di Kartikel.Com

    Jika sebelum ini aku ada menulis mengenai 6 Laman Aggregator Buatan Malaysia. Jika korang masih ragu-ragu mengenai laman aggregator, ia adalah satu laman yang menghimpunkan pelbagai entri dari blog lain secara automatik atau manual. Mungkin jika disebut laman aggregator korang sukar untuk memahami, tapi bila disebut laman web ping blog korang tahu. Dan kali ini ...

  • [Infografik] WordPress Self-Host VS WordPress.Com

    Mungkin korang pernah baca artikel aku mengenai “11 sebab mengapa WordPress Self-Host lebih baik dari Blogspot” dan kali ini aku ingin memaparkan satu infografik yang dibuat oleh WPBeginner.Com. Memang WordPress yang dihost sendiri mempunyai banyak kelebihan berbanding WordPress.Com (laman blog yang menggunakan WordPress & diselenggara oleh WordPress). Ada juga kelemahan jika korang menggunakan WordPress Self-Host. ...

  • Langkah Pemasangan Butang Perkongsian Sosial (WordPress)

    Jika korang perasan, blog ini mengalami perubahan sedikit sejak semalam apabila aku menambah butang perkongsian sosial pada bahagian atas dan bawah entri. Jika sebelum ini aku hanya memasang butang Facebook Like dan Tweet Button, kini ia ditambah dengan butang Google+. Idea untuk menambah butang ini datangnya dari paparan tema blog Amanz.MY. Disebabkan ia nampak kemas, ...

  • Langkah Jadikan Blog Mesra Mobile Browser

    Sejak menggunakan Nokia E7 nie, baru aku tahu bile wat blog walking pakai henpon mesti susah bila nak bukak blog yang tak mesra mobile browser. Sesetengah blog sampai tak boleh bukak. Kalau boleh bukak pun, mesti berterabur punya layout blog. Blog aku ni pun sama. Jadi dari semalam aku mencari jalan penyelesaian macam mana nak ...

  • Membuat Live Blog Menggunakan Aplikasi PixelPipe & Symbian^3

    Sejak 2 minggu lepas, aku telah menulis review mengenai Nokia E7 yang aku terima dari Maxis. Dan beberapa hari lepas aku berjaya menggunakan Nokia E7 tersebut untuk membuat Live Blog. Jika korang ada membaca entri ‘Langkah Membua Live Blog‘, dan kini aku mendapat satu lagi cara bagaimana untuk membuat live blog dengan menggunakan aplikasi PixelPipe ...

  • Memasang Smiley/Emoticon Pada Ruangan Komen Blog

    Ramai yang bertanya, plugin apakah yang aku gunakan untuk memaparkan smiley/emoticon kat ruangan komen blog ini. Jadi hari ini aku ingin membongkar plugin yang aku pakai. Mungkin ada yang tahu, bagi yang blom, seswai sangat la kot baca tutorial ni. Hurm, kalau aku tulis pasal WordPress je mesti orang tanya kalau blogger macam mane. So, ...

  • Akhirnya MrPiratz.Com Mempunyai Google Sitelinks

    Apakah yang dimaksudkan dengan Google Sitelinks. Jika ditafsirkan dalam bahasa mudah, Google Sitelinks ini adalah pautan (link) yang terdapat pada bahagian bawah hasil carian Google untuk sesebuah laman web. Aku mengetahui mengenainya setelah membaca laman blog AriffShah. Ia ada bercerita di entri “Dapat Google Sitelinks” dan “Mana Perginya Sitelinks Itu?‘. “Sitelinks are additional links Google ...

  • Laman Blog Aggregator Malaysia

    Hi. Salam Maal Hijrah. Kali ni aku nak review sikit tentang beberapa laman blog aggregator yang wujud dan dimiliki oleh warganegara Malaysia. Jika korang masih ragu-ragu mengenai blog aggregator, ia adalah satu laman yang menghimpunkan pelbagai entri dari blog lain secara automatik atau manual. Mungkin jika disebut blog aggregator korang sukar untuk memahami, tapi bila ...

  • Tukar Shoutbox Kepada Facebook LiveStream

    Jika korang perasan, banyak blog yang menggunakan Shoutbox dari Facebook. Ia adalah Facebook LiveStream. Kebanyakkan owner blog tidak mahu mengeluarkan tutorial kerana ingin menunjukkan blog mereka unik. Tetapi, pada entri kali ini, aku ingin membongkar bagaimana mereka memasangnya. Jika korang masih kabur lagi, aku sertakan seperti dibawah. Cuba lah ye. Ini adalah sebagai demo sahaja.. ...

  • SyntaxHighlighter : Paparkan Code Snippets Pada Entri Blog

    SyntaxHighlighter (SH) adalah satu cara untuk memaparkan code snippets bagi memudahkan pengunjung/korang sendiri melihat code tersebut. Apabila korang menggunakan SyntaxHighlighter ini, ia akan memberi paparan yang lebih cantik dan tersusun untuk code tersebut. Ia juga membantu korang mengenal pasti code-code yang salah. Sebelum ini, pelbagai cara yang aku gunakan untuk memaparkan code-code didalam entri aku. ...

  • Langkah Membuat Style Box Pada Blog

    Jika korang perasan, pada entri aku yang akhir-akhir ni mesti ade style box. Dan ada yang tanya plak tue, camne nak buat. So, selepas menangguhkannya akibat sambungan internet yang terlalu lambat, dan hari ini kembali pulih, so aku tulisla pasal style box ni. Ok la. Style box ni ada orang panggil ‘alert message’. Tak kisahla ...

  • Pasang Butang ‘Reply’ Pada Ruang Komen Blog

    Setiap entri yang ditulis memerlukan feedback/maklum balas dari pembaca. Tidak kira platform blogging yang digunakan, pasti mempunyai ruangan komen. Bagi pengguna Blogger, ruangan komen yang disediakan amatlah tidak mesra pengguna (pendapat aku). Banyak kelemahan yang terdapat pada ruangan komen Blogger. Antaranya tiada fungsi ‘reply’ disediakan. Sesetengah theme WordPress juga tidak disertakan dengan fungsi tersebut. Keadaan ...

  • 19 Fungsi Lain WordPress Selain Blog

    Banyak blogger di dunia ni menggunakan platform WordPress untuk menulis blog. Dengan menggunakan WordPress, korang boleh melakukan pelbagai benda selain menulis blog. Korang boleh membuat WordPress tersebut sehingga ia tidak kelihatan seperti menggunakan platoform WordPress. Untuk melakukan sedemikian, korang perlulah menggunakan theme yang berbayar. Agak sukar untuk korang menjumpai theme yang percuma. Hari ni aku ...

Imbas Untuk Paparan Mobile