270 views 3 comments

MiHome Launcher – Launcher Dari MIUI Untuk Android 4.0 & 2.3

by on June 17, 2012
 

Jika korang masih belum mengetahui mengenai MIUI, cara menyebut MIUI adalah ‘mee-you-eye‘ (Mi-U-I). Ianya adalah salah satu custom ROM yang dihasilkan di negara China dan merupakan diantara 3 custom ROM popular untuk peranti Android. Dan jika sebelum ini aku ada menulis mengenai aplikasi MiLocker yang juga didatangkan dari MIUI, maka hari ini aku ingin memperkenalkan MiHome Launcher. Jika MiLocker boleh mengubah paparan lockscreen, jadi MiHome Launcher pula boleh menukar paparan tema sesebuah peranti Android tersebut termasuk ikon, wallpaper, dan lain-lain.

Berbeza dengan custom ROM MIUI, untuk custom ROM ianya memerlukan peranti Android yang sudah di’root‘kan. Tetapi untuk MiHome Launcher ini ianya menyokong peranti Android yang tidak di’root‘. Untuk MiHome Launcher ini, ianya juga didatangkan bersama-sama MiLocker.

Sama seperti aplikasi MiLocker, untuk MiHome Launcher juga membenarkan pengguna memuat-turun kira-kira 8000 tema, wallpaper, ikon, dan nada dering yang telah dibuat khas untuk MIUI. Selain daripada mudah digunakan dan difahami, MiHome Launcher ini juga menyokong sehingga 9 skrin utama. Pengguna juga boleh mencampurkan mana-mana tema bersama ikon, wallpaper, mahupun lockscreen mengikut kesesuaian mereka.


Jadi jika korang berminat untuk mencuba MiHome Launcher ini, bolehla memuat turun menlalui pautan yang diberi dibawah. Korang juga boleh mengimbas kod QR menggunakan telefon pintar korang. Pastikan korang memuat turun mengikut versi yang betul.

Muat Turun MiHome Launcher

Muat Turun MiHome Launcher untuk Android 4.0 ICS

Muat Turun MiHome Launcher untuk Android 2.3 Gingerbread

Okey, dah lapar dah. Masa untuk makan. Yosh~

Kongsikan Artikel Kami
comments
 
Leave a reply »

 

Leave a Response