Muat Turun Microsoft Security Essentials 4.0 Public Beta

Ditulis oleh

Adakah korang diantara pengguna Microsoft Security Essentials (MSE) iaitu salah satu produk keselamatan dari Microsoft? Jika tidak dan masih lagi tercari-cari produk keselamatan yang sesuai dengan komputer, aku rasa korang patut mencuba MSE. Aplikasi ini mempunyai fungsi dari mengawal komputer korang dari sebarang ancaman dari virus, malware, spyware dan lain-lain lagi. Dengan kemaskini yang berterusan dari pihak Microsoft, ia dapat mengekalkan tahap keselamatan komputer korang ke tahap maksimum.

Jika korang lihat versi yang terkandung pada gambar yang aku paparkan diatas, ianya merupakan versi 4, dan mempunyai copyright 2012. Aku baru sedar, yang versi diatas adalah versi Beta yang dikeluarkan kepada umum oleh Microsoft. Disebabkan itu, korang tidak mempunyai versi yang sama dengan aku. Apakah yang menarik untuk MSE kali ini.

[bullets type=”black”]
  • Ciri perlindungan dipertingkatkan dan pemulihan dari jangkitan malware dilakukan secara automatik.
  • Peningkatan prestasi MSE. Prestasi MSE dipertingkatkan bagi mengurangkan penggunaan memori yang menjejaskan prestasi komputer.
  • Paparan antara muka diperkemaskan bagi memudahkan penggunaan.
  • Enjin perlindungan baru dan dipertingkatkan. kadar pengesanan dipertingkatkan serta proses pemulihan dapat dilakukan dengan segera.
[/bullets]

Keperluan Sistem

[bullets type=”black”]
  • Windows XP Service Pack 3 (SP3)*; Windows Vista (Service Pack 1, atau Service Pack 2)*; Windows 7 (Service Pack 1)*
  • Windows XP, komputer mestilah mempunyai CPU clock speed 500 MHz keatas, dan 256 MB RAM keatas. Manakala Windows Vista dan Windows 7,komputer mestilah mempunyai CPU clock speed 1.0 GHz keatas, dan 1 GB RAM keatas.
  • Paparan VGA mestilah melebihi 800 × 600
  • Komputer mestilah mempunyai ruangan melebihi 200 MB
[/bullets]

Muat Turun Microsoft Security Essentials 4.0 Public Beta

Muat turun installer melalui laman Microsoft Connect. Log masuk diperlukan

Installer 32 bit/x86

Installer 64 bit/x64

Harap maaf kerana aku terpaksa mengupload file installer ke tempat lain kerana kesukaran mendapatkan link dari Microsoft. Bagi korang yang tidak pasti komputer korang menggunakan sistem operasi 32 bit atau 64 bit, sila periksa menggunakan aplikasi ini. Muat turun aplikasi 64 bit Checker disini.

Komen

  • dah release yang betul2 punya. kabor aku… tak reti pakai beta beta niii. hiks

    paeh Nov 30, 2011 4:39 pm Reply
  • kalau nak pakai yg ni kene uninstall yang lama ker boh?

    zerous Nov 30, 2011 5:11 pm Reply
    • upgrade pun boleh.. tak perlu uninstall…

      Mr Piratz Nov 30, 2011 5:15 pm Reply
  • Nak promote Avast! wkwkwkwk..

    Serious ni, Avast ada fungsi Sandbox.. MSE xde pun.. kui kui kui :P

    ZoOL Nov 30, 2011 5:53 pm Reply
  • bro.,,link yang “Muat turun installer melalui laman Microsoft Connect” tak bole bukak.

    ikmal Nov 30, 2011 6:12 pm Reply
  • TQ.. dah download.. aku suke MSE.. ringan..
    :wink:

    Anarm Dec 1, 2011 2:15 am Reply
  • aku dengar mse ni blh detect windows pirate, betul ke?

    Mohd Isa Dec 2, 2011 10:23 am Reply
    • ha ah, boleh, aku dah kena, tapi main trick sikit lepas la..kekeke

      syahrilhafiz Dec 3, 2011 10:34 pm Reply
      • aku pakai kaspersky sudah…dah murah dah sekarang…selamat skit…:)

        Mohd Isa Dec 3, 2011 11:02 pm Reply
  • Dulu aku guna kaspersky gak setahun.. tapi rasa macam beratkan komputer.. pahtu banyak function tak guna.. so aku tunggu expired lesen trus download MSE.. aku rasa oklah.. ringan.. cepat je load.. macam takde antivirus.

    Izzat Aziz Dec 19, 2011 7:49 am Reply
  • Nampak macam best…tp windows defender pun so far ok dah. hoho

    Zinedine Zaiddin Dec 22, 2011 5:04 pm Reply

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *