373 views 2 comments

Nokia 808 PureView Berharga RM1899 Mula Dijual Mulai Esok

by on June 7, 2012
 

Mulai esok 8 Jun 2012, Nokia Malaysia telah membawa masuk telefon pintar Nokia 808 PureView yang menggunakan sistem operasi Nokia Belle FP1. Untuk maklumat semua, Nokia 808 PureView ini mempunyai sensor kamera 41 megapiksel, dan secara eklusif menggunakan kanta Carl Zeiss. Telefon pintar ini diperkenalkan pada umum pada Febuari lepas di acara MCWC 2012. Walaupun Nokia kini sedang memasarkan telefon pintar Nokia Lumia mereka, tetapi untuk model PureView ini adalah yang terbaik untuk Symbian.

Klik Untuk Spesifikasi Penuh Nokia 808 PureView

Jadi kepada mereka yang berminat untuk memiliki Nokia 808 PureView ini bolehlah ke mana-mana pusat jualan Nokia seluruh negara dan dapatkannya dengan harga RM1899. Buat masa ini, pihak Nokia Malaysia memberitahu kami, hanya pilihan warna putih dan hitam sahaja dipasarkan.

Ini saja yang dapat aku laporkan untuk kali ini. Mungkin lain hari aku akan menulis artikel mengenai Nokia 808 PureView ini. InsyaAllah.

Kongsikan Artikel Kami

Tinggalkan komen anda