Pada 10 Februari lepas, Nokia telah pun melancarkan 2 model telefon pintar mereka yang menggunakan Windows Phone 7 iaitu Nokia Lumia 800 dan Nokia Lumia 710 ke pasaran Malaysia. Untuk model Lumia ini, ianya dikatakan telefon pintar Windows Phone 7 pertama yang menggunakan sistem operasi Windows Phone 7 secara sepenuhnya. Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan Nokia Lumia samaada 800 atau 710, korang bolehla pergi ke Nokia Store seluruh negara mulai dari hari semalam. Syarikat telekomunikasi di Malaysia juga sudah mengeluarkan pakej bagi sesiapa yang mahu memiliki telefon pintar ini.
Untuk maklumat lanjut mengenai pakej yang ditawarkan sila rujuk pada entri ini
Kali ini, aku diberi sekali lagi peluang oleh pihak Nokia Malaysia untuk mencuba Nokia Lumia 800. Sebelum ini aku diberi peluang untuk mencuba Nokia N9 yang menggunakan sistem operasi MeeGo. Berikut adalah antara ulasan mengenai Nokia N9.
[bullets type="standard"]
- Nokia N9 – Maklumat & Ulasan Ringkas
- 20 Aplikasi Permainan Terbaik Pada Nokia N9
- Aplikasi Yang Patut Dicuba Pada Nokia N9
[/bullets]
Untuk ulasan kali ini aku telah membahagikan ulasan kepada beberapa halaman untuk mengurangkan masa untuk entri dimuat turun. Untuk ke halaman seterusnya, korang boleh menggunakan pautan dibawah dengan mengklik pada ‘tiles‘ dibawah atau menggunakan pautan halaman yang berada pada bahagian bawah entri.
Spesifikasi & Kandungan Bungkusan

Spesifikasi Nokia Lumia 800
[toggles]
[toggle title="Ciri-ciri Teknikal"]
Sistem Operasi – Microsoft Windows Phone 7.5 Mango
Chipset – Qualcomm MSM8255 Snapdragon
Prosessor – 1.4 GHz Single Core MSM8255 (WCDMA)
RAM – 512MB
Sensors – Accelerometer, proximity, compass[/toggle]
[toggle title="Saiz & Berat"]
Dimensi – 116.5 x 61.2 x 12.1 mm
Berat – 142 g[/toggle]
[toggle title="Skrin"]
Jenis – AMOLED capacitive touchscreen, 16M colors
Saiz Skrin – 480 x 800 pixel, 3.7 inci
Lain-lain – Corning Gorilla Glass, Nokia ClearBlack display & Multitouch[/toggle]
[toggle title="Memori"]
Kad Memori – Tiada slot
Memori Dalaman – 16GB[/toggle]
[toggle title="Kamera"]
Belakang – 8 MP, 3264×2448 pixels, Carl Zeiss optics, autofocus, & dual-LED flash
Hadapan – Tiada
Video – 720p@30fps
Lain-lain – Mempunyai fungsi geo-tagging[/toggle]
[toggle title="Bateri"]
Jenis – Li-Ion 1450 mAh (BV-5JW) *Tidak boleh diakses
Masa Menunggu – sehingga 265 h (2G) / sehingga 335 h (3G)
Masa Berbual – sehingga 13 h (2G) / sehingga 9 h 30 min (3G)
Bermain muzik – sehingga 55 h[/toggle]
[toggle title="Sambungan"]
WLAN – Wi-Fi 802.11 b/g/n
Bluetooth – v2.1 dengan A2DP, EDR
USB – microUSB v2.0
GPS – Mempunyai sokongan A-GPS[/toggle]
[toggle title="Warna"]
Hitam, Cyan, Magenta dan Hitam[/toggle]
[toggle title="Lain-lain"]
Kad Sim – Menggunakan MicroSim
Radio – Ya, Stereo FM radio dengan RDS
Format Audio – MP3/WAV/eAAC+/WMA
Format Video – MP4/H.264/H.263/WMV
Aplikasi – Mempunyai Nokia Maps & Drive[/toggle]
[toggle title="Harga Pasaran"]
RM1650[/toggle][/toggles]
Pandangan 360° Nokia Lumia 800
Pandangan Pandangan 360° diambil dari GSMArena.Com
Kandungan Bungkusan
[bullets type="standard"]
- Peranti Nokia Lumia 800
- Nokia Fast USB Charger AC-16
- Nokia Charging and Data Cable CA-185CD
- Nokia Stereo Headset WH-902
- Pelindung Lembut (Bersesuaian dengan warna peranti)
- Buku Panduan
- Risalah maklumat produk
- Kad Jaminan
[/bullets]
28/03/2012, 05:49 pm
Taknak compare dengan iPhone lagi ke ? haha
28/03/2012, 07:01 pm
karang meroyan lagi karang pengguna iPhone…
29/03/2012, 11:38 am
Salam buat Admin…saya nak bertanya…boleh ke Nokia Lumia 800 ni bluetooth gambar dari HP ke Laptop…sebelum ni saya pakai Nokia N97…sebab saya ni suka mengambil gambar sebab tu mengapa pilih Nokia Lumia ni…seperkara lagi mengapa ye beteri cepat habis…boleh tolong saya selesaikan masaalah ini…tQ
29/03/2012, 01:44 pm
persoalan anda telah dijawab di email..
01/04/2012, 08:55 am
cmane nk beli apps kt Nokia Store mgunakan kredit prepaid? saya dah try tp opsyen yg ada hanyalah mngunakan kad kredit. boleh bagi tutorial x, untuk panduan semua pguna Symbian.
30/12/2012, 12:48 am
knpe ta boleh na bluetooth dengan fon samsung , sony n etc ? :( or mmg ta boleh bluetooth lansung selain fon lumia jugak ?
30/12/2012, 12:52 am
Nokia Lumia/Windows Phone memang takde fungsi file transfer guna bluetooth… even Lumia to Lumia pun tak boleh…
15/02/2013, 02:41 am
kalau mcm tu ape je function bluetooth kalau tak boleh nak connect ? serupe takde bluetooth je ?
15/02/2013, 08:27 am
itu dulu.. skarang dah boleh bluetooth file transfer dah… tapi kena update ke windows phone 7.8 dulu
10/03/2013, 06:32 am
mr piratz mcm mna nk update window 7.8? xtahu cara nk update… bagi solution mcm mna nk update.. helppp
10/03/2013, 08:56 am
untuk update, boleh rujuk entri http://mrpiratz.com/kemaskini-nokia-lumia/
11/03/2013, 04:36 am
mr piratz?klau lumia 710?? update dia mcm mana? sama jgk ka firmware revision number dia? helpp
11/03/2013, 06:46 pm
Firmware revision number dia akan berubah kepada versi yang latest la… nak update Nokia Lumia 710 tue, boleh ikut cara nie.. sama je.. rujuk entri ni.. http://mrpiratz.com/kemaskini-nokia-lumia/
p/s : abaikan revision number dalam entri tue.. itu untuk kemaskini lama Nokia Lumia 800….