Nokia N9 – Maklumat & Ulasan Ringkas

Ditulis oleh

Seperti yang diberitahu di Facebook, tengahari semalam (13 September 2011) aku telah menghadirkan diri di pelancaran Nokia N9 untuk Media. Jadi pada entri ini aku ingin memperkenalkan dan memberi pendapat mengenai peranti Nokia N9 tersebut. Mungkin entri ini agak panjang dan dipenuhi gambar. Jadi aku meminta korang bersabar. Mungkin antara korang tahu yang mana peranti Nokia N9 ini menggunakan sistem operasi MeeGo. Bagi aku sendiri MeeGo adalah benda baru pada aku. Tak banyak yang aku boleh perkatakan. Jadi ianya agak sukar untuk aku memberi pendapat mengenai MeeGo. Untuk pengetahuan korang semua, N9 ini adalah telefon pintar pertama yang menggunakan skrin sentuh secara keseluruhan.

MeeGo adalah sebuah sistem operasi sumber terbuka yang berasaskan Linux dan boleh digunakan untuk alat elektronik yang lebih besar seperti netbook, tablet, laptop, smartTV, dan lainnya. MeeGo merupakan projek kerjasama antara Intel dan Nokia dan pertama kali diperkenalkan melalui pameran Mobile World Congress pada bulan Februari 2010. Idea awal dari pembuatan sistem operasi ini adalah dengan menggabungkan sistem operasi terdahulu dari perusahaan Intel iaitu Moblin dan Maemo dari Nokia untuk menjadi satu sistem operasi baru yang lebih umum.

Maklumat Ringkas Nokia N9

Ciri-ciri Dalaman & Umum
Seperti yang diberitahu diatas, N9 ini menggunakan MeeGo OS versi 1.2 Harmattan sebagai sistem operasi utamanya. Dikuasakan dengan 1GHz Cortex A8 CPU, PowerVR SGX530 GPU, TI OMAP 3630 chipset dan RAM 1GB. Selain itu, N9 juga membawa ciri baru yang sudah diperkenalkan sebelum ini pada beberapa peranti lain iaitu sokongan NFC (Near Field Communication). Bagi bluetooth, ia masih menggunakan Bluetooth 2.1 +EDR (Enhanced Data Rate). Tiada fungsi FM Transmitter seperti Nokia N8 termasuk radio. Dari segi bateri, ia menggunakan Li-Ion 1450 mAh (BV-5JW) dan menggunakan wireless WLAN IEEE802.11 a/b/g/n serta dilengkapi fungsi tether yang mampu menjadi N9 sebagai data modem.

Memori, Warna, & Harga

Pertama sekali, mesti orang tanya kapasiti/jumlah memori dan warna yang ditawarkan serta harganya dipasaran Malaysia. Seperti yang diberitahu, untuk  N9 terdapat 2 jumlah memori yang ditawarkan iaitu 16GB dan 64GB. Bagi N9 yang berkapasiti 16GB ianya dijual sebanyak RM1799 dan RM2088 untuk N9 yang berkapasiti 64GB. Sebanyak 3 warna yang ditawarkan setakat ini iaitu hitam, magenta dan cyan. Warna hitam hanya untuk N9 yang berkapasiti 64GB dan selebihnya untuk yang berkapasiti 16GB. Tetapi untuk N9, tiada slot untuk memori kad. Yang agak mengecewakan aku adalah dari penggunaan simkad. Ia menggunakan microSIM seperti Apple iPhone 4.

Kamera, Gambar & Video
Salah satu kelebihan yang ada pada N9 ini adalah pada kameranya. Bagi model N9 ini, ia didatangkan dengan kamera 8MP bersama kanta Carl Zeiss, dual LED flash, dan fungsi autofokus, ia  mampu menghasilkan gambar bersaiz maksimum 3264×2448 piksel. Untuk N9 ini, ianya mempunyai kamera hadapan seperti yang ditunjukkan didalam bulatan pada gambar dibawah, ianya tidak boleh digunakan setakat ini. Menurut Vlasta Berka, Nokia GM Malaysia, Singapura & Brunei ianya boleh digunakan jika terdapat aplikasi pihak ketiga yang mahu menggunakannya. Jadi buat masa sekarang, status panggilan video tidak dikenalpasti samaada boleh dibuat atau tidak. Bagi rakaman video pula, kamera ini dapat menghasilkan rakaman 720p@30fps. Lain-lain maklumat mengenai kamera adalah seperti geo-tagging, face detection dan touch-focus.


Kamera hadapan ini terletak pada bahagian bawah kanan Nokia N9

Aplikasi & Permainan

Seperti telefon pintar yang lain, N9 juga dimuatkan dengan beberapa aplikasi & permainan popular didalamnya, seperti Facebook, Twitter, Skype, Joikuspot Wi-Fi tethering, Galaxy on Fire 2, Real Golf, Angry Birds Magic dan lain-lain. Terdapat juga aplikasi yang menyokong fail dokumen seperti Word, Excel, Powerpoint, dan PDF. Tetapi aku diberitahu, aplikasi ini hanya membenarkan pengguna untuk melihat kandungan dan tiada fungsi untuk mengubahsuai dokumen tersebut. Mungkin aplikasi 3rd Party akan dibuat khas untuk fungsi tersebut. Selain dari itu, pihak Nokia masih mengekalkan aplikasi Ovi Store dan Ovi Maps. Perbezaannya hanyalah pada paparan antaramuka aplikasi tersebut. Ianya diubahsuai bagi untuk keseimbangan rekabentuk MeeGo itu sendiri.

Untuk permainan Angry Birds Magic, korang boleh berkongsi level dengan rakan-rakan menggunakan NFC.

Isi Kandungan Bungkusan
Apabila N9 ini telah dipasarkan, berikut adalah apa yang bakal disertakan didalam kotak.

  • Peranti Nokia N9
  • Nokia Fast USB Charger AC-16
  • Nokia Charging and Data Cable CA-185CD
  • Nokia Stereo Headset WH-901
  • Buku Panduan
  • Risalah maklumat produk
  • Kad Jaminan

Ulasan Ringkas & Pendapat Mengenai Nokia N9

I love the Nokia N9 running on Meego. Everything is silky sexy. Godlike multi tasking and curved screen. The only downside? No apps yet. – Obefiend

Walaupun aku hanya sempat mencuba N9 ini kira-kira 15 minit, bagi aku N9 ini adalah satu peranti yang boleh diketengahkan dan mempunyai classnya tersendiri. Ramai yang bersuara meluahkan perasaan dan mengatakan bahawa N9 ini adalah telefon pintar terakhir Nokia yang menggunakan sistem pengoperasian MeeGo dan merupakan produk yang gagal dari Nokia, aku dengan perasaan rendah diri menyangkal dan membantah kenyataan tersebut. Tidak rama pengguna/rakyat Malaysia yang mengambil tahu mengenai perkembangan gajet terbaru seluruh dunia. Kebanyakkan dari mereka terikut-ikut dan terpengaruhi dengan kata-kata rakan, iklan syarikat pesaing dan lain-lain. Penggunaan prosessor 1GHz Cortex A8 CPU beserta RAM 1GB amatlah satu kombinasi yang baik untuk N9. Dengan tahap kelancarannya melakukan sesuatu tugasan ke satu tugasan lain ianya amat membanggkan.

Begitu juga fungsi swipe yang dapat digunakan dari pelbagai arah. Mungkin agak kekok pada permulaan. Nasib baik aku ada baca sedikit tip and trick mengenai N9 sebelum pergi ke majlis tersebut. Dibawah adalah sedikit tip dan trick untuk N9 yang boleh aku kongsikan.

  • Double tap pada skrin jika ianya didalam keadaan standby. Skrin akan kembali aktif selepas itu.
  • Double tap dan swipe dari luar skrin untuk unlock N9.
  • Untuk tukar profile, hanya perlu menggunakan butang volume.

Bahagian slot microUSB/charger & microSim. Sumber : TechieLobang.Com

Reka bentuk N9 sendiri bagi aku amatlah cantik dan selesa dipegang. Jika korang mempunyai Nokia E7, saiznya hampir sama. Kedudukan butang volume dan On/Off sesuai kerana ianya mudah diakses walaupun menggunakan sebelah tangan tidak kira menggunakan tangan kiri atau kanan. Ada satu reka bentuk yang aku anggap tidak beberapa sesuai adalah cara untuk mendapatkan akses untuk microUSB cable dan sim kad. Penutupnya aku rasa mungkin berpotensi untuk patah atau tertanggal. Cara nak bukak pun agak tricky skit. Tapi aku tertarik dengan design skrin dia. Bentuk curve dan warna yang dipaparkan pun cantik. Kalau nak dibandingkan dengan Samsung Galaxy S2, aku rasa Galaxy S2 lagi cantik.

 

Perbandingan saiz antara beberapa telefon pintar. Sumber : GSMArena.

Pada bahagian contact list, sususan kelihatan teratur. Yang menariknya, jika contact list tersebut mempunyai thumbnail/gambar, ia akan generate satu thumbnail yang kelihatan seperti icon MeeGo. Bagaimana pula jika tiada thumbnail? Ianya akan menghasilkan satu icon berasaskan 2 huruf pertama contact tersebut. Sebagai contoh Bob menjadi Bo dan Simon menjadi Si. Rujuk gambar.

Lain-lain fungsi bagi aku agak sama dengan telefon pintar lain. NFC nie benda baru bagi aku. Walaupun Google Nexus S aku ada NFC, aku tak tau camne nak guna. Agak mudah dan menarik cara untuk menggunakan NFC nie dengan 360° speaker. Dan apa yang korang kena tahu, untuk korang menggunakan NFC seperti pada speaker, korang perlu ‘unpair’ dahulu sebelum speaker tue boleh ‘pair’ dengan peranti lain. Jadi aku rasa cukupla kot ulasan aku kat atas ni. Dah panjang sangat dah rasanya. Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca. Jika ada persoalan mengenai N9 ini, korang boleh ajukan pada ruang komen dibawah.

 

Galeri Gambar N9

Kredit

Ribuan terima kasih aku ucapkan kepada pihak Nokia Malaysia yang sudi menjemput aku atas majlis pelancaran Nokia N9. Begitu juga pada Aman, Obefiend, Asri dan lain-lain yang memberi info mengenai MeeGo dan Nokia N9. Gambar-gambar diatas adalah diambil pada laman web GSMArena, TechieLobang, Amanz.MY, Obefiend & Nokia. Segala maklumat yang diberikan berdasarkan sumber rujukan yang boleh dipercayai. Segala kesilapan aku memohon korang memberitahu aku supaya aku dapat memperbetulkannya. Sekian.

 

Komen

  • nice seh review..

    Obefiend Sep 14, 2011 5:46 pm Reply
  • satu review yang cukup menarik,boleh baca berulang kali

    wazy Sep 14, 2011 5:46 pm Reply
  • aik mana komen aku siak….

    Obefiend Sep 14, 2011 5:47 pm Reply
  • Mantap beb…

    Terbaik punya review… Kalau dorangbagi mu sebijik untuk review dalam masa 2 minggu.. sure mantap punye kau kongsikan

    Bro Framestone Sep 14, 2011 6:11 pm Reply
  • Jadi dia guna mikrosim? Alamak, bagi aku itu satu downside.huhu

    melayubuntu Sep 14, 2011 6:12 pm Reply
    • tuela pasal.. apala kelebihan dia…

      Mr Piratz Sep 14, 2011 6:13 pm Reply
  • review yang simple dan menarik

    wariola Sep 14, 2011 7:33 pm Reply
  • aku rasa nokia n9 better dr sgs2… kalo info kt sini http://goo.gl/9rWmX btol so nokia n9 la yg terbaek… syabas nokia :laugh: btw aku rasa nokia n9 xkn ada mslah “kekurangan apps” sbb meego akn bleh guna apps android nnt…

    amar Sep 14, 2011 8:18 pm Reply
    • seperti yang aku cakap dalam entri.. itu pendapat aku.. sebab SGS2 aku pernah review dulu..

      Mr Piratz Sep 15, 2011 3:52 am Reply
      • Mksd aku dr segi screen je… Kalo spec mmg sgs2 menang… Hope nnt samsung akn guna os meego lak sbb meego full linux better than android linux+java… Artikel yg pnjang tp nice review… Gud job…

        Amar Sep 15, 2011 7:23 pm Reply
        • aku maksudkan screen la tue.. N9 pakai AMOLED, SGS2 pakai Super AMOLED Plus..
          Samsung kan dah ada BadaOS… Tak mungkin pakai MeeGo..

          Mr Piratz Sep 15, 2011 7:29 pm Reply
          • samsung pnah kta nk kurangkn penggunaan android n badaOs cuma untk low-end n mid-end phone… diorg jgk kta diorg agak berminat ngan os meego tp msih xdpt bli ats sebab2 tertentu…

            amar Sep 15, 2011 7:44 pm
          • n nokia n9 guna amoled+cbd… not juz amoled…

            amar Sep 15, 2011 7:51 pm
  • wah… mntap review n9 nih….

    sjiehan Sep 17, 2011 6:40 pm Reply
  • tengkiu,bla bca pandangan ko psl n9 nih aku jd teruja nk beli,suka ko punya cara tulisan,seb bek aku jntan….cuma aku dh bca perbandingan antara n8 punya kamera yg mantap tuh buat aku rasa sedikit kureng dgn n9….dn untuk 64gb kaler itam tu yg aku lemah sikit….klu kaler cerah kn best…aku dh lah ala2 kelam gitu…btw,tengkiu,best bca pndapat ko

    hamzan Oct 9, 2011 5:26 pm Reply
  • thankiu . menerangkan dengan dengan begitu jelas sekali, taniah diucapkan.. antara nokia n9 dengan samsung galaxy 2.. pada pendapat anda mana lebih mudah & senang digunakan.
    serta yang lebih memberi kepuasan

    buntit Oct 14, 2011 4:59 pm Reply
    • kedua-dua produk aku tak nafikan kebolehan masing2.. Nokia N9 guna MeeGo, Samsung Galaxy S 2 guna android. MeeGo nie benda baru.. banyak kena discover sendirik. tak macam android. banyak orang pakai, n senang cari info. ofkos SGS2 lagi mudah dan senang nak guna.. nak dapatkan pendapat orang senang.. Apps meego masih kurang… android dah banyak..

      so, aku cadangkan Galaxy S2..

      Mr Piratz Oct 14, 2011 5:07 pm Reply
  • Ui ui, kalau nak dibandingkan display SGS II dengan Nokia N9, Nokia N9 lagi cantik, lagi crispy. Aku baru beli Nokia N9 ni. Memang best. Boleh beat SGS II :D

    Jad Husin Feb 8, 2012 11:12 pm Reply
  • aku pun teringin nak dpt jemputan mcm ko bro.. ade cara boleh kongsi?

    thanks.

    aku Jun 16, 2012 10:52 am Reply
    • pastikan ko tulis blog yang berkaitan..

      Mr Piratz Jun 16, 2012 12:04 pm Reply

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *