117 views 2 comments

Office 2013 Customer Preview Kini Sedia DiMuat Turun

by on July 20, 2012
 

Beberapa hari lepas, Microsoft telah pun melepaskan Office 2013 Customer Preview dan ianya kini sedia dimuat turun dah dicuba oleh pengguna Windows. Sama seperti Windows 8, untuk versi Office juga mereka mengeluarkan versi percubaan untuk aplikasi tersebut bagi memberi ruang kepada pengguna produk mereka tersebut menyediakan keperluan komputer yang mampu menyokong aplikasi tersebut. Office 2013 (codename Office 15) juga dikenali sebagai Office 365 Preview.

Untuk versi Office kali ini, ianya didatangkan didalam ciri-ciri baru antaranya; Integrasi Cloud, Click-to-Run iaitu satu fungsi yang membolehkan pengguna menggunakan aplikasi Office walaupun proses pemasangan masih belum selesai. Bagi mereka yang ingin mencuba, pihak Microsoft mengatakan untuk Office 2012 ini boleh dipasangkan bersama-sama versi Office sebelum ini seperti Office 2003, 2007, atau 2010. Malangnya, untuk versi Office 2013 ini tidak menyokong Windows XP dan Windows Vista dan pengguna perlu memasangnya didalam Windows 7 atau Windows 8 sahaja.

Keperluan Komputer

Komputer & prosessor: 1 GHz atau lebih, x86/x64 Processor
Memori: 1 GB RAM (32-bit) / 2 GB RAM (64-bit)
Hard disk: 3.5 GB ruangan kosong
Sistem Operasi: Windows 7, Windows 8, Windows Server 2008 R2 atau terkini
Grafik: Memerlukan kad grafik yang menyokong DirectX 10 dan skrin resolusi 1024×576

Perhatian: Office 2013 ini akan memasang versi 32-bit secara default, walaupun komputer korang menggunakan 64-bit. Jika korang mahu memasang versi 64-bit, pergi ke halaman My Office Account > Languages and install options > Additional install options > pilih Office (64-bit).

Muat Turun Office 2013 Customer Preview

Muat Turun Office 2013 Customer Preview 32-bit (624MB)

Muat Turun Office 2013 Customer Preview 64-bit (702MB)

Peringatan: Untuk versi Office 2013 Customer Preview ini akan tamat tempoh selepas 60 hari versi terakhir Office 2013 (Office 2013 RTM) dipasarkan. Sebaik sahaja ianya tamat tempoh, ianya akan bertukar ke mode Read-Only yang membenarkan pengguna membaca dan mencetak dokumen tersebut. Sebarang pengubahsuaian terhadap dokumen tidak boleh dilakukan.

What’s New in Office 2013
Office 2013 Customer Preview FAQ

Paparan Skrin Office 2013 Consumer Preview



Buat masa sekarang aku masih belum mencuba Office 2013 ini. Lagipun aku baru je upgrade Office 2010 dari Office 2007 dalam laptop nie. Bukan aku guna sangat pun Office nie, janji boleh baca fail-fail yang berpatutan cukup la kot.

Kongsikan Artikel Kami
 

Tinggalkan komen anda