Padamkan “Not Responding Program” Dengan Mudah
|
|
|
“This program is not responding” adalah masalah biasa pada komputer yang menggunakan OS Windows. Setiap kali ia berlaku pada aku, aku terpaksa membuka Task Manager untuk memadamkannya. Bagaimana pula jika apa yang aku lakukan itu boleh di ringkaskan dan tanpa perlu membuka Task Manager. Dan hari ini, aku telah menjumpai cara yang paling ringkas untuk aku melakukannya. Terdapat 2 cara yang aku jumpa. Dan aku akan tunjukkan di sini. Pertama, ia dilakukan dengan menggunakan shortcut pada desktop, dan yang kedua ia terdapat pada Context Menu.
Menggunakan Shortcut Pada Desktop
1. Right Click pada Desktop, dan pilih New –> Shortcut

2. Ia akan mengeluarkan satu wizard iaitu “Create Shortcut Wizard” seperti gambar. Seterusnya, masukkan string yang diberi dibawah.
taskkill /F /FI “STATUS eq NOT RESPONDING”
3. Selepas memasukkan string yang diberi, klik pada Next. Seteruskan namakan ia kepada apa juga nama yang korang mahu. Seperti, gambar dibawah aku melabelkannya kepada “Kill Not Responding Task“. Sebaik sahaja korang klik pada butang “Finish“, ia akan membuat satu icon shortcut pada Desktop.
4. Untuk mencantikkannya, tukarkan icon shortcut tersebut kepada icon yang korang suka.
Nota : Bagi sesiapa yang agak kurang yakin untuk membuat shortcut tersebut, bolehla memuat-turun Shortcut yang telah dibuat oleh aku. File tersebut didalam bentuk .ZIP. Korang perlu ‘extract’ terlebih dahulu untuk menggunakannya.
*Untuk pengguna Windows 7, korang boleh meletakkannya pada bahagian Taskbar.
Menggunakan Shortcut di Context Menu
Diingatkan, langkah ini hanya boleh digunakan di Windows Vista dan 7

1. Buka “Regedit” pada startmenu.
2. Seterusnya, pergi ke :
HKEY_CLASSES_ROOT\DesktopBackground\Shell (Windows 7)
HKEY_CLASSES_ROOT\Directory\Background\Shell (Windows Vista)
3. Seterusnya, dibawah “Shell“, Right Click pada shell dan pilih New –> Key dan namakan “Kill Not Responding Tasks“.

4. Ulang langkah 3 pada key yang korang buat tadi dan namakan kepada “Command“.
5. Seterusnya, tukar Value kepada string dibawah.
taskkill /F /FI “STATUS eq NOT RESPONDING”
6. So, siaplah shortcut pada Context Menu tersebut.
Nota : Bagi sesiapa yang agak kurang yakin untuk membuat shortcut tersebut, bolehla memuat-turun Shortcut yang telah dibuat oleh aku. File tersebut didalam bentuk .ZIP. Korang perlu ‘extract’ terlebih dahulu untuk menggunakannya. Didalamnya, ada key untuk korang membuangnya jika tidak mahu menggunakannya lagi.
|
|
|






Masha
June 18, 2010
Dh try..info yg bgus..slalu pon mmg gne task manager kalo tetibe jdi prob cmni..tp skrg tidak lg..:-)