Gom Player adalah satu pemain media percuma yang mempunyai sokongan dalaman untuk format audio dan video. Terdapat juga pelbagai pilihan yang disediakan dan tetapan yang boleh diubah-ubah. Selain itu, ianya mempunyai perkhidmatan carian codec bagi membantu penggunanya memainkan video atau audio menggunakan Gom Player. Tetapi, kemaskini terbaru untuk aplikasi Gom Player ini mempunyai popup yang akan muncul apabila korang ingin mematikan pemain media tersebut. Selepas beberapa hari mencari langkah membuang popup tersebut, akhirnya aku menjumpai juga cara untuk membuang popup iklan tersebut daripada dipaparkan.

Langkah Membuang Popup Iklan Pada Gom Player
1. Buka direktori dimana korang pasang Gom Player sebelum ini. Dibawah adalah lokasi default untuk Gom Player.
C:\Program Files\GRETECH\GomPlayer\
2. Seterusnya, cari Popup.exe, dan buang fail tersebut. Rujuk gambar dibawah.

Korang juga boleh tukar nama Popup.exe tue kepada nama yang lain
3. InsyaAllah, popup tu takkan muncul dah.
Â
Siap pun entri ekspress tuk hari ini. Aku dah ngantuk.
22/05/2012, 01:47 am
saya x pernah cuba gom ni, saya lebih suka pakai KMPlayer, lagi best
22/05/2012, 01:40 pm
tak pernah try plak kmplayer… dah lama pakai gomplayer..
27/05/2012, 04:16 pm
try la pakai KMPlayer, lagi best, ringan dan berkuasa spt vlc, malah iklan semua ni xda, saya dah pakai hampir 4-5 tahun dah
27/05/2012, 07:55 pm
Thanks.. Cuma aku rasa selesa dengan Gom buat masa nie..
22/05/2012, 02:01 am
xprasan plak ad popup.exe tu..trimas!!
22/05/2012, 03:10 am
thanks weii..gom ni frendly user..tp KM gmbr lg superb..myampah gak laa bila kuar popup tu..haha
22/05/2012, 10:03 am
mekasih bro… info yg sangat berguna… hahahaha… memang menyemak la popup tu… lega jiwa aku…
02/06/2012, 06:06 pm
thanks bro..lagi selesa pakai gom walaupun ada banyak lagi player installed dalam laptop nie..
02/06/2012, 06:08 pm
tuela.. aku pun selesa pakai gom…