Apakah Resistive & Capasitive Touchscreen

Diterbitkan Pada . Oleh

Hari ni aku nak kongsikan dengan korang semua mengenai skrin sentuh atau dalam bahasa inggeris dan mudah difahami adalah touchscreen. Sekarang penggunakan touchscreen nie sangat meluas. pelbagai alatan elektronik menggunakannya kerana ia lebih menjimatkan ruang. Tetapi apakah yang korang tahu mengenai touchscreen. Jika sebelum ini aku banyak mendengar dengan istilah heat sensor, pressure sensor, dan pelbagai lagi mengenai jenis-jenis touchscreen. Jadi untuk hari ini aku ingin mengulas sedikit beberapa jenis touchsreen yang digunakan pada telefon pintar pada zaman ini.

Setahu aku telefon pintar hanya menggunakan 2 jenis touchscreen sahaja; iaitu resistive dan capasitive touchsreen. Apakah yang dimaksudkan dan bagai mana ia berfungsi aku akan ulas pada bahagian dibawah. Bagi memberi kefahaman kepada korang, aku akan lampirkan beberapa model telefon pintar mengikut jenis touchscreen yang digunakan. Dan mungkin pada penghujung entri aku akan membandingkan kebaikan dan kelemahan touchscreen tersebut.

Entri ini mungkin bersifat teknikal. Harap maaf jika term yang aku gunakan kurang difahami. Kalau ada salah maklumat, bagitau ye.

Resistive Touchsreen

Resistive touchscreen terdiri daripada papan kaca dan membran plastik yang fleksibel. Kedua-dua papan dan membran diliputi dengan lapisan perintang. Ruang di antara kaca dan membran dipenuhi dengan penebat mikro yang diagihkan sama rata di sepanjang kawasan aktif skrin. Ia menebat permukaan yang mengandungi konduktor. Apabila sesuatu objek, seperti jari, menekan ke membran plastik pada suatu titik di atas permukaan luar panel, kedua-dua lapisan logam akan bersentuhan: panel kemudiannya bertindak sebagai sepasang pembahagi voltan dengan output. Ini menyebabkan perubahan arus elektrik, yang didaftarkan sebagai sentuhan dan dihantar kepada controller untuk processor. Kemudian processor akan mengesan koordinat lokasi yang ditekan tersebut dan tindak balas seterusnya akan mengikut arahan seperti yang diprogramkan.

Contoh Telefon Pintar

Nokia N97
Sony Ericsson Satio
Nokia 5800 XpressMusic

Capasitive Touchscreen

Capasitive touchscreen pula terdiri daripada penebat seperti kaca, disalut dengan konduktor yang telus seperti indium tin oksida. Badan manusia juga merupakan pengalir elektrik, dengan hanya menyentuh permukaan skrin, medan elektrostatik pada skrin akan bertindakbalas dan akan menyebabkan kadar voltan berkurangan. Aliran arus elektrik dari setiap penjuru akan dikira oleh controller untuk menentukan lokasi X/Y dan akan dihantar ke komputer.

Contoh Telefon Pintar

Apple iPhone
Samsung Galaxy S 2
Nokia N9

Perbandingan Antara Resistive dan Capasitive

[one_third]

Resistive

Kebaikan
[bullets type="black"]

  • Kos murah
  • Boleh menggunakan jari, stylus dan lain-lain
  • Kurang penggunaan kuasa elektrik
  • Cecair tidak akan mengubah prestasi skrin

[/bullets]

Keburukan
[bullets type="black"]

  • Permukaan skrin mudah rosak
  • Kurang daya tahan (sehingga 35 juta sentuhan sahaja)
  • Tidak tahan calar dan mudah rosak (terkoyak/berlubang)
  • Kadar ketelusan cahaya akan berkurangan dari masa ke semasa

[/bullets]
[/one_third]

[one_third_last]

Capasitive

Kebaikan
[bullets type="black"]

  • Tahan calar, permukaan tahan lama
  • Tindak balas pantas
  • Mudah melakukan fungsi multi-touch
  • Cecair tidak akan mengubah prestasi skrin

[/bullets]

Keburukan
[bullets type="black"]

  • Tidak boleh bersama sarung tangan/stylus
  • Memerlukan ketahan skrin yang tinggi apabila jatuh
  • Kos pembuatan lebih mahal
  • Penggunaan kuasa eletrik agak tinggi

[/bullets]
[/one_third_last]
 
 
 

Sumber :

http://www.planartouch.com/101/select/

http://en.wikipedia.org/wiki/Resistive_touchscreen

http://www.griffininteractive.net/2010/05/smartphones_with_resistive_and_capacitive_touchscr.html

Apa yang aku tulis nie hasil dari kajian dan bacaan yang aku lakukan dalam masa 3jam. Jika terdapat maklumat yang salah, aku mohon diperbetulkan. Apa-apa pun, jom kita tengok video dibawah perbandingan ketahanan skrin Apple iPhone 4S dan Samsung Galaxy S 2. Selamat Menonton. Cheer~

 

13 Komen Diterima.

  1. akubiomed

    20/10/2011, 01:56 pm

    Program untuk mengesan capacitive screen paling mencabar kerana ia pengunaan jari yang mempunyai permukaan lebar dan tidak sama antara seorang dari seorang yang lain.

    Berbanding mengunakan Sytlus lokasi pin point boleh ditentukan koordinat dengan tepat. Pertama kali digunakan touch sceen perlu di calibrate.

    Reply
  2. roha

    20/10/2011, 04:49 pm

    Terima kasih laa sebab bagi info kat akak …baru ler tau kenapa batteri hp cepat abis ..ingatkan bateri rosak ….screen capasitive guna elektrik tinggi …tq for the knowledge :love: yer memang saya sorang manusia yang telah menanda kotak pengesahan :ninja:

    Reply
  3. baby

    23/02/2013, 02:14 am

    ape pendapat ko tentang sony xperia J??ok tak??aku nak beli hnfone jenama sony yang bwh 800 yang ok dan tahan lama

    Reply

Tinggalkan Komen Anda

:amazed: :angel: :angry: :beaten: :bored: :clown: :confused: :cool: :cry: :devil: :doubtful: :emo: :frozen: :grin: :indian: :karate: :kiss: :laugh: :love: :millionaire: :nerd: :ninja: :party: :pirate: :punk: :sad: :smile: :speechless: :sweating: :tongue: :vampire: :wacky: :wink: :actress: :archaeologist: :artist: :comedian: :genius: :hippie: :newpolitician: :politician: :queen: :robot: :singer: :villian:

(*) Penting!! Jangan tinggalkan ianya kosong!

Trackbacks/Pingback