53 views 48 comments

[Review] Samsung Galaxy S II

 

Seperti yang korang tahu, aku sekarang sedang menguji Samsung Galaxy S II (SGS2). Jadi selepas beberapa hari menggunakannya, akhirnya aku rasa dah cukup untuk aku rangkumkan kesemuanya didalam entri ini. Untuk pengetahuan korang, SGS2 nie adalah telefon pintar idaman aku buat masa kini. Menurut laman blog Amanz.MY, Samsung Galaxy S II ini akan dilancarkan di Malaysia pada 22 Jun ini dan mungkin akan dijual pada harga RM2499. Jadi aku rasa tanpa membuang masa jom baca review SGS2 dari aku. Seperti biasa, aku akan asingkan mengikut beberapa kategori.

[box type=”alert”]Diingatkan! Entri ini mungkin agak panjang dan akan mengambil masa yang agak lama untuk memuat kesemua kandungan entri, jadi aku memohon maaf dan meminta korang semua bersabar.[/box]

Spesifikasi Teknikal

Reka Bentuk

Jika dirujuk pada spesifikasi teknikal diatas, ia menunjukkan Samsung Galaxy S II (8.49mm) ini lebih nipis jika mahu dibandingkan dengan Galaxy S (9.9mm). Semasa aku mula memegangnya, aku sungguh terkejut dengan berat SGS2 ini sendiri kerana ia amat ringan (116 gram). Walaupun SGS2 ini mempunyai saiz yang agak besar jika nak dibandingkan dengan telefon yang aku gunakan sekarang, tetapi ianya masih lagi selesa untuk dipegang dan permukaan belakangnya mempunyai lengkungan yang membantu menambah cengkaman pada tangan. Bahagian penutup belakang SGS2 ini amat nipis dan lembut. Ianya memerlukan penjagaan yang agak teliti kerana kelihatan seperti mudah patah. Antara pembaharuan yang dilakukan pada SGS2 ini adalah pada bahagian bucu yang diperkemaskan lagi dan serta merta menyerlahkan reka bentuk yang lebih menarik yang mampu memikat sesiapa saja untuk memilikinya. Untuk SGS2, nampaknya Samsung masih lagi mengekalkan kedudukan butang navigasi seperti yang terdapat pada Galaxy S.

Hardware

Seperti yang dilampirkan, SGS2 ini menggunakan skrin jenis Super AMOLED + dan menggunakan Gorilla Glass. Bagi mereka yang tidak mengetahui kelebihan Gorilla Glass ini, ianya agak kuat dan dikatakan sukar untuk calar. Skrin SGS2 ini memang berlainan dengan Nokia E7 yang aku gunakan kerana ia lebih terang dan jelas, dan aku rasakan skrin iPhone tidak dapat menandinginya. Video dan gambar yang dipaparkan pada skrinnya nampak realistik dan memberi kepuasan yang amat sangat apabila aku bermain permainan. Lain-lain mengenai skrinnya adalah ia masih lagi boleh dilihat walaupun berada di bawah cuaca yang panas terik. Tetapi resolusi skrin yang dihasilkan hanyalah 800 x 400 jika mahu dibandingkan dengan HTC Sensation yang mempunyai resolusi 960 x 540 yang memberi paparan lebih baik dari SGS2.

SGS2 ini dikuasakan dengan 1.2GHz Dual Core Processor dan ditambah pula dengan 1GB Ram seolah-oleh SGS2 ini sebuah netbook. Jika sebuat telefon sudah menyamai netbook pasti korang boleh agak akan kepantasannya. Aku cuba melakukan multitasking dengan banyak, tetapi ianya masih lagi dapat berfungsi dengan lancar tanpa lagging sekali pun walaupun ia didalam standard mode. SGS2 ini berkapasiti 16GB dan boleh dilanjutkan kapasiti ruangan menggunakan micro-SD yang menyokong sehingga ke 32GB.

Pembesar suara yang dipasang pada SGS2 ini juga dipertingkatkan. Walaupun ianya hanya dipasang dengan satu pembesar, bunyi yang dihasilkan memang memuaskan hati. Ianya dapat didengari dengan jelas walaupun berada jauh darinya.

Kamera

Seriously aku cakapkan, gambar yang dihasilkan oleh kamera ini memang ‘sharp’, dan jelas. Kamera belakangnya menggunakan 8MP Auto Fokus dan ditambah dengan LED Flash memang tak dapat ditandingi oleh kamera Nokia E7 aku walaupun ianya menggunakan 8MP. Bukan takat kamera belakang je yang cun, kamera depan pun style gak. Dengan 2MP kamera, kompom best layan video call. Barula ade semangat nak buat video call. Gambar dari kamera akan dimasukkan kemudian kerana aku tidak menjumpai gambar yang sesuai untuk ditunjukkan disini.

Apa yang aku kurang minati akan kamera SGS2 ini adalah reka bentuk kamera belakangnya. Walaupun kedudukan dan reka bentuknya memang cantik, tapi kedudukannya yang agak terkeluar mungkin boleh mengakibatkan kanta/cermin berhabuk, calar atau lebih buruk pecah. Jika korang letak SGS2 ini diatas lantai yang rata, ternyata bahagian kamera ini adalah salah satu bahagian yang terdedah pada permukaan lantai. Jadi, untuk mengelaknya korang perlulah mencari penutup khas yang diperbuat untuk SGS2 ini.


Bahagian settingsnya juga mempunyai pelbagai pilihan/mode yang korang boleh cuba gunakan. Ianya masih sama dengan telefon pintar yang lain dan mungkin mempunyai kelebihan atau kekurangan.

Software

Sudah pasti SGS2 ini menggunakan Android untuk membuatkan ia berfungsi. Dengan menggunakan Android 2.3.3, ianya tidak la versi terbaru kerana versi 2.3.4, sudah dilancarkan. Mungkin apabila 2.3.4 sudah boleh dimuat turun, ianya akan memaparkan notifikasi muat turun kemaskini tersebut. Oh ya. Untuk pengetahuan korang semua, inilah kali pertama aku menggunakan telefon pintar yang dipasang sistem operasi Android didalamnya. Jadi, ianya agak sukar untuk aku terangkan kesemua ciri-ciri sistem operasi yang digunakan. Jika Roslan mengatakan ia kurang meminati paparan TouchWiz 4.0 dan menyukai paparan Sense, serius aku tak tau apa perbezaan kedua-duanya. Dibawah adalah video menerangkan apa itu TouchWiz.

Please enter the url to a YouTube video.

[box type=”info”]Bagi mereka yang mahu mengetahui perbezaan antara Sense 3.0 & Touch sika ke pautan ini[/box]


Aku diberitahu pelayar internet untuk SGS2 ini telah diperbaharui dan dipertingkatkan. Ternyata kepuasan melayari internet tercapat dengan kelajuan pelayar internetnya.

Samsung Kies Air

Jika dahulu, untuk menyambungkan telefon pada komputer memerlukan satu aplikasi yang dipanggil Kies. Tetapi, pada SGS2 ini ia telah memperkenalkan Kies Air iaitu menyambungkan telefon dan komputer tanpa menggunakan USB cable tetapi sambungan WiFi. Fungsi ini memang terbaik dan sangat relevant untuk telefon masa kini. Tetapi kelemahan yang aku dapat kenal pasti adalah ianya tidak dapat mengupload folder, dan jika mahu meupload banyak file dalam satu masa memerlukan Java.


 

[box type=”note”]Setakat ini sahaja review aku mengenai Samsung Galaxy S II. Jika korang ada sebarang pertanyaan, boleh kemukakan pada ruangan komen dibawah. Terima kasih kerana menyokong aku dan laman blog ini. Entri ini akan ditambah dari masa ke semasa.[/box]

 

comments
 
Leave a reply »

 

Leave a Response