297 views 7 comments

Ringtone Maker – Buat Nada Dering Untuk Telefon Dari MP3

by on July 4, 2012
 

Telefon hari ini tiada lagi nada dering polifonik mahupun monofonik. Kini, korang boleh membuat lagu yang berformat .mp3 sebagai nada dering. Tetapi kadang-kadang, korang meminati sesetengah bahagian lagu yang korang mahu jadikan nada dering telefon. Dengan Ringtone Maker korang boleh melakukannya. Korang boleh membuat sebahagian daripada lagu terus dijadikan nada dering.

Ringtone Maker adalah aplikasi percuma yang mempunyai paparan minimalis dan yang mudah difahami. Pengguna juga boleh memasangnya pada Windows XP, Windows Vista, Windows 7 dan Windows 8. Selain dari itu, Windows edisi 32-bit dan 64-bit juga menyokong aplikasi ini.

Langkah Membuat Nada Dering Dari MP3

1. Pertama sekali, korang mestilah memuat turun fail pemasangan Ringtone Maker tersebut dan memasangnya ke dalam sistem operasi komputer korang.

Muat Turun Ringtone Maker

2. Sebaik saha memasang aplikasi ini, lancarkannya. Kemudian pilih MP3 yang korang mahu gunakan. Korang juga boleh melakukan ‘drag‘ untuk memasukkan lagu tersebut.

3. Seterusnya, pilih bahagian lagu yang korang mahu. Aplikasi ini hanya mampu menghasilkan nada dering kurang dari 30 saat.


4. Selepas itu, korang diminta untuk memilih model/jenis telefon yang bersesuaian dengan telefon korang.

5. Pilih lokasi yang mudah untuk korang simpan nada dering tersebut. Ianya memudahkan korang untuk mengesan nada dering tersebut semasa proses pemindahan ke dalam telefon.

6. Sebaik sahaja butang ‘Create Your Ringtone‘ ditekan, aplikasi ini akan memotong MP3 tersebut mengikut pilihan korang. Selepas siap, pindahkan ke dalam telefon dan tetapkan sebagai nada dering. Sekian.

Mata dah kuyu dah nie. Masa untuk tido. Selamat malam semua.

Kongsikan Artikel Kami
 

Tinggalkan komen anda