Setahun Bersama P1W1max

Ditulis oleh

Bulan Disember adalah cukup setahun aku menggunakan perkhidmatan P1Wimax. Untuk pengetahuan korang, aku menggunakan pakej Home Plus dan dibekalkan dengan modem DV-230. Disebabkan aku mengambil kontrak selama 2 tahun, jadi modem dibekalkan bersama wifi. Ini adalah pakej lama dari P1. Hari ini aku ingin menulis review aku selepas setahun aku menggunakan perkhidmatan mereka. Dan dari entri ini aku akan memberitahu pada korang semua apakah kelebihan dan kelemahan P1.

Apa kata kita bermula dengan kelebihan P1. Tak syok la plak cite pasal kelemahan dulu. Apa yang aku tulis ini adalah review semata-mata. Tiada bayaran yang diterima semasa entri ditulis. Harap korang paham ini sekadar review pengguna.

Ada sesiapa yang nak sponsor aku SuperWiggy tak?

Kelebihan P1W1max.

  • Seriously, aku puji dieorang punya support/customer service. Memang superb. Terbaek punya. Operator yang contact ngan aku pun tahu apa yang perlu dibuat/troubleshoot kalau aku mengalami masalah. Memang korang payah nak jumpa kalau korang pakai ISP lain.  Knowledgable la senang kata. Oh ya. Korang boleh follow P1 punye Twitter; @P1W1max / @P1Cares.
  • Seperti yang korang tahu, P1 ini adalah salah satu daripada perkhidmatan Wireless Broadband. So, mestila ada fair usagekan. Walaupun bagi aku sendiri, fair usage tersebut hanyalah 20GB sebulan & aku habiskan kurang dari seminggu tiap-tiap bulan, tapi aku rasa still berbaloi jika nak dibandingkan dengan 5GB seperti yang ISP lain tawarkan. Ciput sangat.

Inilah pakej semasa aku mula-mula pakai. Nampaknya untuk pakej pro, dieorang dah kurangkan dari 40GB ke 30GB. Kenapa ye?
  • Masih lagi di fair usage, walaupun fair usage yang diberi telah habis, aku tidak merasa sambungan internet aku terganggu. Tak perlu nak topup usage kalau dah abes. Kalau masa problem memang agak perlahan. Biasalah Wireless Broadband.
  • Apa yang aku tertarik dengan P1 masa guna adalah dieorang akan bagi email dan SMS kalau berlaku sebarang penyelenggaraan. Sebelum penyelenggaraan dan selepas penyelenggaraan. Bayaran bill pun camtu. Lepas je korang buat penyelenggaraan, korang akan diberi SMS sebaik sahaja pembayaran tu diterima. (Aku tak tau la ISP lain)
  • Yang bestnya, korang tak payah susah-susah nak call dieorang, sebab korang boleh adukan masalah korang kat Twitter ataupun terus ke laman web dieorang. Kat bahagian Live Chat. Mungkin kadang-kadang agak lambat, tapi better la dari call dengar lagu jerk kan. Aku rasa, kalau korang takde Twitter, korang boleh adukan kat Facebook dieorang. Aku tak pernah try la sebab aku pakai Twitter jerk.
  • Sistem pembayaran pun mudah, tak payah nak tunggu bil baru nak bayar. Dah nak dekat waktu, dieorang akan hantar email peringatan. So, takde la terlepas pandang kan. Hope korang camtu la. Aku selalu pakai Maybank2u jerk bayar. Mudah. Baru la menggunakan perkhidmatan internet sepenuhnya. Ya, aku tau, ISP lain pun boleh bayar pakai online.
  • Terakhir sekali, korang tak perlu jahanamkan dinding rumah korang dengan cable-cable. Pastu takdela korang perlu tunggu lama untuk dapat guna. Just g kat mana-mana ejen P1, subscribe, then tunggu activate. Dah boleh pakai. Takde la nak tunggu line telefon pasang, pastu internet pulak. Leceh dowh. Kalau korang selalu ada rumah dan penyabar ok kot.

Kelemahan P1W1max

  • Seriously aku tak tau benda ni, sampai la aku ada masalah. Nasib baik operator P1 tue bagitau. Apa bendanya? Okla. Untuk pengetahuan korang, P1W1max ni hanya support sampai tingkat 10 je. (Untuk rumah yang banyak tingkat). So, aku duduk tingkat 15. Kadang-kadang ada gak masalah. Aku harap pasni, kat laman web/promoter P1 dapat mentionkan benda tue.
  • Area. Disebabkan P1 hanya ada pada certain-certain tempat je, so pastikan korang periksa dulu lokasi sebelum apply P1.
  • Fair usage. Seriously aku tak tau macam mana benda ni dieorang calculate berdasarkan apa. Contohla korang punye internet connection slow, tak ke rugi fair usage kalau camtu. Still ada fair usage, tapi speed macam fair usage dah abes.
  • Peak time/Traffic. Yang nie aku paling aku tak suka. Bila korang online jerk kat waktu peak time, connection akan jadi slow. Kadang-kadang, sampai tak boleh nak connect dengan Base Station. Takde ke jalan yang boleh kurangkan daripada dari jadi camtu. Maksud aku macam upgrade Base Station bagi boleh support banyak user dalam satu masa.

Ribuan terima kasih kepada saudara Azman Ishak kerana memberi banyak tips kepada aku mengenai P1W1max. Aku mungkin akan meneruskan perkhidmatan P1W1max selagi tidak menjumpai alternatif ISP. Jangan suggest aku guna Streamyx sebab aku benci dengan service yang dieorang tawarkan.

Komen

  • aku guna Celcom Broadband, tapi lepas kawasan aku support P1, terus tukar ke P1 sampai sekarang. Kawasan aku takde support Streamyx. Haha~

    aman Dec 4, 2010 12:13 am Reply
    • kalau ade support streamyx nak ke pakai? haha.. :laugh:

      Mr Piratz Dec 4, 2010 12:15 am Reply
      • haha. tak tau lagi. dah setia ngan P1. aku tweet apa2, dia terus call. sayang lebih. haha~

        aman Dec 4, 2010 12:17 am Reply
        • Sama la.. sebab tu aku still stick dengan p1.. biar la speed kadang2 cam haram…

          Mr Piratz Dec 4, 2010 12:24 am Reply
  • kelemahan paling melapau bila hujan mesti tak ada line dh jd cam astro lah pulak tapi tak tau lah kalau tempat korang ok jer time hujan…

    aper pun dah 2 tahun guna p1 .. paling best boleh guna banyak laptop kat umah

    namia Dec 4, 2010 12:23 am Reply
    • Maybe sesetengah tempat. tapi lain dengan aku. bile ujan, line makin clear. lagi lebat lagi clear + laju.. hehe..

      p/s : ini bukan cerita rekaan. Ini adalah kisah sebenar.

      Mr Piratz Dec 4, 2010 12:28 am Reply
  • baru 3 hari pakai..hope ok untuk setahun yang seterusnya

    Azam Dec 4, 2010 12:43 am Reply
    • Eceli p1 ok.. sume tu bergantung kat kawasan sekeliling ko..

      Mr Piratz Dec 4, 2010 8:33 am Reply
  • hehe sekrang aku pakai P1 kawan punya..
    boleh tahan la, kalau free..haha

    syahrilhafiz Dec 4, 2010 12:51 am Reply
  • Jap gi mesti P1 call Piratz cakap terima kasih
    Siap bagi Wiggy baru :P

    Aku setia Stimix :P
    Download tak penah abis limit pon haha

    Nizam6281 Dec 4, 2010 12:56 am Reply
    • maybe stimix ko tue blom fakap.. kalau dah fakap, maybe ko pun akan ban cam aku gak. operator dah la cam haram… macam cakap dengan mesin… :robot:

      Mr Piratz Dec 4, 2010 8:34 am Reply
  • bro tak try unifi lak? tempat aku P1 tak tak ada, terpaksa gune streamyx la jawabnya..

    arrizz Dec 4, 2010 12:57 am Reply
    • dalam proses. maybe akan apply pakej 10mb…

      Mr Piratz Dec 4, 2010 8:34 am Reply
  • kat tempat aku tak ada masalah gangguan streamyx. alhamdulillah sangat2~ tapi kat sini jugak langsung haprak line P1 tadak. hari tu ada orang offer P1 kat aku, terasa nak pijak je orang tu. HAHA

    btw, setia ngn streamyx. stable. la la la~

    Megat Azfar Dec 4, 2010 1:11 am Reply
  • kalau yg ada kontrak ni mmg rasa mcm rugi sket. sbb dlm masa 2 taun tu, mcm2 produk baru keluar. so nk cuba try test yg lain pun mcm ragu2 je :D

    serol Dec 4, 2010 1:21 am Reply
  • yg terbaru fiber broadband time..
    tp skrg ni dkt2 area mount kiara je..

    captainLJ Dec 4, 2010 3:40 am Reply
  • aku pkai p1 sejak ogos lepas,,,puas hati jugaklah….xpyhlah ak crack streamyx jiran sebelah(walaupun sebenarnya ak boleh buat) x elok tau,,,

    safwan Dec 4, 2010 7:59 am Reply
  • baru guna p1 dlm masa 4 bln..dan puas hati sbb bile dia slow pun bkn mcm siput dan dorg ni customer service bagus..saiap telefon tanya nak ke widgy yg baru tu..gud2..

    din Dec 4, 2010 11:07 am Reply
  • saya dah pakai 2 tahun lebih benda ni..memang laju..tengok tv online pun tak lekat…saya memanng berpuas ati..heeee

    Ismael Dec 4, 2010 11:28 am Reply
  • Menarik. Customes service memang bagus. After sales service memang bagus. Malangnya kawasan saya tidak ada coverage

    akubiomed Dec 4, 2010 12:58 pm Reply
  • tk berani nk try mana2 broadband buat masa ni.. serik dgn Celcom BerukBand.. skang yonz guna Streamyx kt umah jer (hampir 4 tahun)… Streamyx Customer service mmg hampeh tapi line Yonz setakat nie ok jer… cuma guna net kt umah jer la… tak bleh portable… itu saja…

    yonz Dec 4, 2010 2:13 pm Reply
  • aku pkai dekat sthun gak.. bagi ok lar wimax nih.. aku amek mcm ko gak.. tapi biase ujung2 bulan mmg slow.. huhu

    Souls89 Dec 4, 2010 5:20 pm Reply
  • patut P1 kene bayar ko sebab review mcm ni..utk end user..dari segi pengalaman..kebaikan dan keburukan…aku pengguna celcom bband ni rasa nak tukar je.. :)

    kaizendeen Dec 4, 2010 8:55 pm Reply
  • masalahnya..dia tak support semua tempat. hujung kampung memang tak dapat punye :bored:

    ohcikgu Dec 5, 2010 10:25 am Reply
  • UniFi Terbaik! :)

    haziq Dec 5, 2010 11:08 am Reply
  • kebanyakan yang give up dgn streamyx akan amek p1.ak ad pnglaman ngn streamyx setahun je tp ckup wat aku menyampah ngn streamyx.aku baru sebulan subscribe.so far ok.juz ak xpuas ati kt fair usage die yg pada aku cpt sgt hbs.so ak amek alternatif instal Bandwidth Monitor utk tau bpe dah ak gne.more graphically.so far ak hrp p1 akan sentiasa beat other ISP.

    taufiqsani Dec 5, 2010 1:22 pm Reply
  • piratz boleh jadi duta wimax pasni…aku xpernah byar lagi bill wimax sebab masih lagi dalam tempoh percuma 6 bulan..so far kalau ada masalah x pernah try tanya kat fb, apa2 mention kat twitter je, cepat..

    khairil Dec 6, 2010 5:29 pm Reply
    • lagi best.. aku takat dapat free 2 bulan jerk..

      Mr Piratz Dec 6, 2010 5:34 pm Reply
  • Aku da buang jauh2 Celcom berukband & Aku baru sebulan menggunakan P1 wimax 4G dgn pakej baru mereka tawarkan iaitu Pakej Home Plus dgn modem terbaru (DX-230) dgn byrn RM99 sebulan. Sgt berbaloi & berpuas hati setakat ini. CS sgt2 tip top. Dok tgkt 5 still bgs signal reception… hasilnya happy!

    Finalcross Dec 8, 2010 9:58 pm Reply
  • aku guna streamyx..ok je..kenapa streamyx x best pulak? :grin:

    aizuddin Dec 12, 2010 3:47 pm Reply
  • aq pkai Wimax home lite..
    dia punye laju tu x laa laju sangat..
    aq benci time dia slow gile..
    walaupun dok umah kat tingkat satu

    epul acap Dec 12, 2010 9:28 pm Reply
  • bila dah habis guna
    fair usage.youtube jadi lambat.

    Ali ridha Dec 16, 2010 11:34 am Reply
  • totally slow……..
    x konsisten speed p1 ni.
    rugi2… :millionaire:

    mek Dec 16, 2010 1:32 pm Reply
  • Nak guna P1Wimax malangnya rumah aku di Parit Buntar tiada liputan. :sad:

    Cadang waktu belajar di KL ni nak cuba langgan satu pakej 20GB. Agak-agaknya ada tak pakej tanpa kontrak?

    msbmna Dec 24, 2010 5:24 pm Reply
    • hm.. tapi tanpa kontrak takde rasanya…
      boleh try subscribe yang setahun, agak2 tak best, komplen banyak2 kat P1 sampai die suggest ko terminate…

      Mr Piratz Dec 24, 2010 5:29 pm Reply
      • Aku pun tinggal dalam 10 bulan je lagi duk KL ni. Nanti tak pasal-pasal kena bayar RM200 untuk tamatkan perkhidmatan.

        Aku sekarang guna Celcom Broadband pakej pelajar sebulan RM50/5GB. Jadinya, tak cukuplah dengan keperluan aku nak muat turun Chuck, Nikita dan The Mentalist…huhuhu…

        Nak ambil yang prepaid lagi tak berbaloi…adeh… :cry:

        msbmna Dec 24, 2010 5:44 pm Reply
  • Pingback: [#Iklan] Sertai Peraduan iPunya! Beli & Menang Dari P1 | MrPiratz[dot]Com

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *