
Sedikit Pengenalan Diri
Assalamualaikum & Salam Sejahtera kepada korang semua. Aku nak bagitau sedikit mengenai diri aku yang hanya insan biasa. Nama sebenar aku Arif Bin Ishak. Selalunya kawan-kawan aku panggil aku Arip. Tetapi semasa di UPM dulu kawan-kawan aku panggil aku Pok Rep. Lantakla mane-mane pun boleh. Kalau didunia internet ni aku menggunakan Nickname ‘Mr Piratz @Piratz. Dulu aku pernah menggunakan nickname OmiSan. Jika korang pernah mendengar nick itu, ia mungkin aku. Itu dalam sekitar 2004-05 la. Pastu aku terus pakai nama Piratz ni. Aku orang Pahang yang dilahirkan di Felda Keratong 6, Muadzam Shah. Tapi sekarang aku tinggal kat Bandar Sri Permaisuri, Cheras.
Latar-Belakang Pendidikan
Kalau nak cerita pasal pendidikan, semasa tadika aku belajar kat Taman Bimbingan Kanak-kanak Felda Keratong 6. Pastu aku ke Sekolah Kebangsaan (LKTP) Keratong 6 & 7. Tapi sekarang Sekolah tu dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan (LKTP) Keratong 6, 7 dah ilang. Kenapa? Entah. Ketika meningkat ke alam sekolah menengah, aku bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Muadzam Shah. Kat sane aku duduk Asrama. Tapi malangnya, sebab aku ni baik sangat, takat 3 tahun setengah sahaja aku bersekolah disana. Jadi aku menamatkan zaman persekolahan aku di Sekolah Menengah Kebangsaan Chanis. Semasa aku tengah tunggu panggilan UPU, aku pergi ke Kursus Bahasa Inggeris di Felda English Language Centre (FELC) kat Asrama Semai Bakti Kelana Jaya. Batch ke-4 Adala 3 bulan kat sana. Pastu aku keluar dari ELC. Aku keluar pun sebab dapat panggilan UPM Bintulu. Bintulu? Aah. Yang kat Sarawak tu. Kat sana aku ditawarkan Diploma Perikanan. Aku tak bape minat sangat ngan Biologi, jadi disebabkan itu, aku terpaksa menamatkan pengajian aku diperingkat Diploma selepas bertarung 3 semester. Kira-kira 7-8 bulan lepas tu, aku ditawarkan untuk satu bidang yang jarang diceburi oleh orang. Mungkin luck kot. Jadi aku pun masuk la Malaysia Airlines Engineering Centre kat Subang Airport. Kat sini aku ambik kos Aircraft Maintenance. 3 tahun tu. Lama la jugak. Tapi dah abes dah. Sekarang kena buat praktikal kat Malaysia Airlines dalam 2 tahun atau lebih. Bila aku abes nanti aku bakal menjadi Jurutera/Engineer kapal terbang. InsyaAllah.
Bila Mula Menulis Blog
Pada mulanya aku adalah seorang forummer sebelum menjadi blogger. Antara forum yang aku sertai dahulu adalah Thetruthspy, Jiwang.ORG, dan Scukz.Com. Setelah melihat alam berforum telah luput dihati forummer lain, aku berpindah menjadi blogger. Walaupun pada masa itu aku tahu cara menggunakan WordPress, aku membuat keputusan menulis blog menggunakan platform Blogger. Kenapa Blogger dan tidak terus ke WordPress? Ianya kerana aku ingin mendapatkan feedback dari penulisan aku. Dan pada masa itulah terhasilnya; http://mrpiratz.blogspot.com. Selepas setahun menggunakan platform Blogger, kini aku telah berpindah secara rasminya ke WordPress pada 1 Mei 2010. Sebelum ini aku dapat banyak tawaran untuk menaja blog aku ke alam self-host dan aku menolaknya. Tetapi, untuk maklumat korang semua, blog ini ditaja oleh seorang insan yang merupakan pembaca blog ini yang tidak mahu nama, jantinanya diketahui oleh aku. Tanpa insan tersebut, aku rasa aku masih lagi menggunakan platform Blogger.


Komen Terkini
(10 jam lepas)
(10 jam lepas)
(1 hari lepas)