403 views 1 comment

Start8 – Mengembalikan Windows Start Menu Untuk Windows 8

by on September 12, 2012
 

Jika dulu aku ada kongsikan dengan korang semua satu aplikasi yang hampir sama fungsinya dengan aplikasi kali ini iaitu ViStart. Dan selepas menggunakan Windows 8 hampir sebulan, aku tertarik dengan aplikasi Start8. Seperti yang kita sedia tahu, Microsoft secara rasminya telah melancarkan Windows 8 yang membawakan pelbagai perubahan dan penaiktarafan keatas sistem operasi mereka, dan antaranya adalah dengan membuang fungsi butang Start Menu. Perkara ini mungkin agak menyukarkan para pengguna desktop untuk mengakses aplikasi-aplikasi yang telah dipasang pada komputer tersebut.

Tapi masalah tersebut telah dapat diatasi dengan wujudnya pelbagai aplikasi seperti Start8. Dibangunkan oleh Stardock dan membawakan pelbagai paparan dan fungsi-fungsi yang lebih menarik berbanding Start Menu yang lain. Antara perkara menarik adalah pengguna boleh mengubah paparan butang Start Menu tersebut kepada butang yang mereka mahukan.

3 Paparan Start Menu Yang Terkandung Pada Start8

 

 

Antara Fungsi Yang Terdapat Pada Start 8

  • Boleh menukar paparan butang Start Menu
  • Menyah-aktifkan paparan utama Start Menu Windows 8 kepada paparan Desktop selepas boot.
  • Pin aplikasi pada Desktop dan pada Metro Start Menu
  • Memudahkan pengguna untuk melakukan Shut Down, Restart, dan Lock
  • Membenarkan fungsi carian kesemua aplikasi termasuk aplikasi Metro

Muat Turun Aplikasi Start8 Sekarang

Muat Turun Aplikasi Start8

Aplikasi ini hanya berfungsi untuk kesemua versi Windows 8 sahaja.

Video Demo Start8

Pejam celik sudah hampir 17 tahun sejak ianya mula diperkenalkan pada 24 Ogos 1995. Ianya mula digunakan oleh Windows 95, dan diubah kepada paparan Orb pada Windows Vista. Dan kini untuk Windows 8, Microsoft telah pun mematikan fungsinya.

Kongsikan Artikel Kami

Tinggalkan komen anda